selama aku hidup pernah la beberapa kali aku bercucuk tanam tak kira lah aku tanam sayur ke pokok buah ke atau pokok bunga semua akan mati. orang tua-tua cakap tangan aku ni panas betul ke atau hanya mitos semata-mata? korang boleh bagi jawapan x?
setiap
wanita mesti nak laman rumah ada mini garden dan sama juga dengan aku. perasaan
nak menanam bunga sangat menebal sejak aku kecik lagi tetapi bila aku tanam
sesuatu mesti tak menjadi dan mati.
kat
bawah ni aku copy paste dari mr google dan blog ni. untuk tatapan aku dan rakan2 blogger yang nak
sama2 belajar menanam... hehehe
kat bawah ni gambar bunga aku oginal tau..
Langkah-langkah nak tanam pokok
for beginners.
1. Find a
kickstarter.
Nak buat
something baru ni, kena ada inspirasi/minat/kickstart/kawan/ orang atau benda
yang nak push supaya kita teruskan.
2. Cari
info
Caranya
is buat or berlagak makciks, kemudian p kedai-kedai jual pokok punya. Tengok
bunga yang kita berkenan. Sembang dengan orang yang menjual. Tanya cara-cara
nak jaga pokok. Apa kena ada. I started with zero knowledge, now dah tau sikit.
Sebab sembang macam makciks. hehehe. Ok antara soalan nak tanya is 'Berapa
ringgit bunga ni sepokok bang?' (intro :P). Kemudian, 'Susah
tak nak jaga? Saya ni baru nak mula. Malas lagi bang' or 'Saya
kerja tapi baru nak minat-minat pokok bunga'. 'Dalam tanah ni letak
apa bang?'. 'Ni nampak tumbuh elok ja, abang letak apa?'.
'Kalau saya guna baja tu, banyak mana kena letak?'
Pendek
kata, korang tanya je lah segala benda yang korang taktau. Kalau tak berkenan
nak beli, cakap pulak 'Takpa dulu bang. Saya datang kemudian. Terima
kasih' (senyum).
3. Survey
kedai yang jual barang-barang tanaman murah.
Sambil
survey boleh tanya lagi. Biar selalu masuk ilmu. Jangan malu. Dah betul kita
bukan dalam bidang tu, memang la tak tahu. Sebab tu la kita nak belajar kan.
4.
Pilih/beli pasu
Ada
banyak warna pasu-pasu ni pon.Ada warna common macam brown, dark brown,
white and green. Ada warna rare (susah nak dapat), pink, yellow, etc.
Harga:
bawah RM3. So far aku dapat paling murah RM2.20, paling mahal RM2.70.
Tips:
Kalau minat bunga gantung (which is lagi lawa kalau gantung) beli tali
penggantung tu RM0.50 setiap satu. Senang je. Click je kat pasu kita. Ada jenis
plastik and dawai besi.
5.
Pilih/beli baja
Rupa-rupanya
ada je campuran baja/tanah/kompos tu dijual di kedai. Kita tanya je orang kedai
tu. Ada yang tanah sahaja. Ada yang baja sahaja. Ada campuran baja/sabut/tanah.
Untuk most pokok bunga campuran pertama tu lebih baik. Sebab dah siap kan.
Boleh tanya orang kedai tu pokok yang kita minat tu letak baca apa. Kalau malu,
p godek-godek pasu kat kedai tu (make sure tuan kedai tak nampak ok :P)
6.
Tanam.
Mudah je tanam pokok ni. Awai-awai tak payah la buat susah. Macam aku buat, ambik je anak pokok/pokok yang kecik-kecik tumbuh tepi pokok bunga tu (datang dari biji pokok tu juga. Biji tu pecah, jatuh atas tanah, tumbuh la kat tepi-tepi pokok ibu tu) Letak campuran tanah/baja/kompos tu sikit. Lebih kurang 1/3 daripada saiz pasu. Dirikan anak pokok yang kita cabut dari tepi-tepi pokok bunga yang sedia ada tu. Penuhkan/isikan je campuran tanah/baja tu bagi penuh dan menutupi akar pokok bunga kita tadi. Tekan-tekan sikit. Lepas tu siram.
7.
Gantung kat tempat yang teduh (Ada matahari tapi tak terik).
Macam aku
kalau awal-awal nak start ni memang semangat lebih. Buat rumah untuk
pokok-pokok bunga tu. Cat warna putih nak bagi naik sikit warna bunga tu nanti.
Lepas tu letak jala warna hitamnak bagi redup. Pulun la sikit tapi bila dag
siap sedia camtu baru aku semangat sikit. Paling-paling pon bertahan la sebulan
semangat ni. hehehehe. Takpa. At least dah belajar benda baru n gotta say 'i've
spent my month well!' (dengan lagaknya)
Be First to Post Comment !
Post a Comment