bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday, 10 February 2020

Aku seorang yang rabun

Permulaan aku memakai kacamata pada umur ku 9 tahun. Cikgu yang perasan yang aku tak nampak di papan hitam bila aki berada jauh dari papan hitam. Sejak dari hari itu aku terpaksa duduk di bahagian depan supaya aku nampak apa yang cikgu tulis dan ajar.

Semasa usia aku 9 tahun itu, keluarga aku tidak mampu untuk membelikan aku cermin mata, nasib baik sekolah aku sekolah yang mementingkan pembelajaran murid-murid dan mengetahui aku dari keluarga yang tiada apa2 menghadiahkan aku cermin mata yang besar dan comel.. hehehe

Berpuluh tahun aku memegang title budak kacamata sehingga pada 31/12/2016 aku membuat rawatan lasik di hospital professor muhaya yang menelan belanja beberapa ribu. Selepas beberapa minit sahaja aku boleh melihat seperti biasa.

Saat itu aku merasakan betapa bahagianya hidup aku yang selama berpuluh tahun rabun sehingga mencecah 1000 power. Korang bayangkan jika aku tidak mengenakan cermin mata atau contact lense aku langsung tidak nampak apa2 boleh di erti kan sebagai orang buta.

Aku akan menjaga mata aku supaya aku tidak akan rabun lagi dan tak nak dah pakai cermin mata sebab susah sebenarnya jadi orang rabun ni sebab nak bersukan pun payah. Oleh itu aku nak menasihati kawan2 supaya menjaga mata anda dan anak2 anda.

Related Post:

  • Abah pencenTak sangka sangat bulan 10 ni abah dah pencen. Sekejap sangat masa berlalu, rasa mcm semalam je aku habis sekolah menengah.Abah...Seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat jujur d
 Read More
  • Cuba tembus benteng Ada seorang kawan sekolah aku nak bawak aku berbiz yang mampu membuat income lagi besar.. kita tunggu apa yang kawan aku akan ajar aku.. yang pasti bisnes ini halal harap dari
 Read More
  • Jangan buat macam tugambar sekadar perhiasan... blog saya.. gambar saya... hehehehe kenapa mesti ada sifat2 kepimpinan macam tu? macam mana orang nak respect dengan awak? awak cakap macam la kacang sa
 Read More
2 comments on "Aku seorang yang rabun"