bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday, 10 February 2020

Aku seorang yang rabun

Permulaan aku memakai kacamata pada umur ku 9 tahun. Cikgu yang perasan yang aku tak nampak di papan hitam bila aki berada jauh dari papan hitam. Sejak dari hari itu aku terpaksa duduk di bahagian depan supaya aku nampak apa yang cikgu tulis dan ajar.

Semasa usia aku 9 tahun itu, keluarga aku tidak mampu untuk membelikan aku cermin mata, nasib baik sekolah aku sekolah yang mementingkan pembelajaran murid-murid dan mengetahui aku dari keluarga yang tiada apa2 menghadiahkan aku cermin mata yang besar dan comel.. hehehe

Berpuluh tahun aku memegang title budak kacamata sehingga pada 31/12/2016 aku membuat rawatan lasik di hospital professor muhaya yang menelan belanja beberapa ribu. Selepas beberapa minit sahaja aku boleh melihat seperti biasa.

Saat itu aku merasakan betapa bahagianya hidup aku yang selama berpuluh tahun rabun sehingga mencecah 1000 power. Korang bayangkan jika aku tidak mengenakan cermin mata atau contact lense aku langsung tidak nampak apa2 boleh di erti kan sebagai orang buta.

Aku akan menjaga mata aku supaya aku tidak akan rabun lagi dan tak nak dah pakai cermin mata sebab susah sebenarnya jadi orang rabun ni sebab nak bersukan pun payah. Oleh itu aku nak menasihati kawan2 supaya menjaga mata anda dan anak2 anda.

Related Post:

  • Kerja makan gaji VS berbisnesApa yang korang rasa? Mana best sama ada bisnes sendiri atau makan gaji? Kalau aku sendiri aku akan pilih berbisnes. Biarpun berbisnes tu banyak sangat dugaan tetapi dalam pada sus
 Read More
  • Bila DIA sedang mengujiSesuatu perkara yang sangat menyakitkan bila kita luahkan akan rasa lagi sangat sakit sebab kita tak tahu penerimaan pihak yang mendengar mungkin tidak sama dengan apa yang nak kit
 Read More
  • Kalau lah aku boleh...Kalau lah aku boleh putar balik masa, akan aku janji pada diri sendiri supaya aku akan menjadi seorang insan yang berguna pada keluarga dan diri sendiri.Sekarang pun sebenarnya mas
 Read More
2 comments on "Aku seorang yang rabun"