bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday 30 December 2014

Tersentuh



Malaysia kini dalam suasana bersedih. Banyak negeri yang terlibat dengan banjir. Harta benda musnah. Rumah ada yang hanyut. Ada juga yang kehilangan ahli keluarga.
Tapi disebalik musibah, masih ramai yang melihat segala yang terjadi dari sudut positif.

Saya  ingin kongsikan nukilan Muhammad Rusydi untuk tatapan anda hari ini. Semoga ia memberi sedikit keceriaan untuk anda.
———————————————————————
Rumah kami terkepung dengan air banjir.
Menyesal pula balik bercuti di kampung hujung minggu. Sekarang, dah tak boleh keluar dari sini. Nasib baiklah rumah ni di kawasan tinggi sikit. Tapi, kawasan yang lain yang tenggelam. Jalan utama dah tutup.

Jawabnya, berkampung dalam rumah sehinggalah air banjir surut. Adik-beradik lain ada di rumah sama. Balik sebab nak kemas-kemas bilik masing-masing. Takut barang-barang kesayangan dibawa air.

Yang peliknya, abah nampak happy. Aku pun pelik. Adik-beradik lain pun pelik. Dahlah streamyx pun dah terputus, tiang dah tumbang. Internet fon bukan main siput lagi. Bosan kot duk rumah ni. Nak-nak, seminggu nak hidup dalam banjir. Nak tengok tv, tak ada cerita best. Nak layan movie di laptop, bosan ulang tayang benda sama. Nak turun dari rumah main air banjir, nanti demam pula tak pasal-pasal. Last-last, duduk sajalah dalam bilik. Tidur.

Lepas Isyak, abah panggil semua anak-anaknya berkumpul. Abah suruh : “Semua ambil Al-Quran, tunggu di ruang tamu.”
Aku pun dengan malas ambil Al-Quran dan tunggu. Adik-beradik lain pun nampak malas juga. Maklumlah sibuk dengan henpon masing-masing. Dah besar-besar belaka dah pun. Semua umur 22 ke atas. Memang dah season berpasangan belaka. Dah beberapa orang yang kahwin.

“Semua dah ada ya. Baiklah, abah nak tanya, berapa umur abah sekarang?”
Angah menjawab : “67 tahun. Kenapa abah?”
Abah senyum. “Rasulullah s.a.w. umur 63 tahun wafat. Bermakna abah sekarang dah guna umur subsidi 4 tahun.”
Along pula mencelah. “Kita nak baca Ya Sin ke malam ni? Siapa yang meninggal?”

Abah menggelengkan kepala. “Malam ni, abah nak setiap seorang baca Al-Quran depan abah. Biar abah dengar dan check, betul atau tidak bacaan kamu.”

Kami semua tersentak seketika. Angah bersuara, “Tapi, kami dah dewasa. Dah umur 20, 30 tahun dah. Dah boleh baca sendiri, abah.”
Abah senyum. “Bila kali terakhir kamu baca Al-Quran depan abah?”
Semua terdiam. Abah menyambung kata, “Seingat abah, kali terakhir setiap dari kamu baca depan abah, masa akhir sekolah rendah. Kemudian, khatam. Lepas tu, setiap dari kamu sibuk dengan study, kejar cita-cita masing, hinggalah dapat kerja dan berkeluarga. Jarang ada di rumah lagi.”

Along mencelah pula, “Maksud abah? Kami tak faham.”
Abah senyum manis. “Adakah abah hanya layak periksa bacaan anak-anak masa kamu semua masih kecil saja? Tak kan?”
“Akhir-akhir ini, abah banyak berfikir. Kerja mengajar Al-Quran pada anak-anak sepatutnya kerja abah seumur hidup. Supaya setiap hari, abah dapat pastikan anak-anak baca Al-Quran. 

Hidup dengan Al-Quran. Tapi, abah perhati, misalnya bila kamu balik kolej, tak ada pun anak-anak abah nak datang dekat abah, baca Al-Quran seperti kamu kecil-kecil dulu. Balik kampung, tak pernah abah dengar antara kamu baca Al-Quran walaupun berseorangan. Semuanya asyik dengan hal masing-masing.

Abah rasa abah gagal sebagai seorang abah. Abah dah tua begini. Baru abah sedar kesilapan abah. Abah dah tengok anak-anak abah berjaya di dunia. Belajar bagus, kerja pun alhamdulillah. Tapi, dari sudut akhirat, abah rasa dukacita. Abah tak menyediakan anak-anak abah dengan jiwa Al-Quran. Andai baca pun jarang, bagaimana nak beramal dengan isi dalam Al-Quran itu? Jauh sekali.”

Kami semua terdiam lama. Sebak. Terasa ke lubuk kalbu. Akui memang Al-Quran dipinggirkan dalam kehidupan sehari-hari selama ini.

“Abah dah tua, abah harap abah belum terlambat untuk mengajar Al-Quran pada kamu semua balik. Harap sangat.”
Along ke depan abah. Dengan linangan air mata. Angah pun sama turut menangis. Aku pun dah menitis air mata sama.
“Along nak baca dulu, abah. Bagi along baca dulu. Abah periksa bacaan along dulu.”

Abah senyum, namun aku nampak air matanya jatuh saat mendengar anaknya seorang demi seorang membaca Al-Quran di hadapannya. Seolah-olah berkata dalam hatinya, Abah takkan putus asa. Selagi ada masa tersisa.”
Credit : Muhammad Rusydi
———————————————————————
Sy  pasti ada yang sebak selepas selesai membaca ini, sebab sy  juga rasai yang sama.
😭😭😭😭
Sunday 28 December 2014

Mesti positif

Sedap hati membaca...buat renungan dan peringatan kita bersama.

Ye...di balik titis-titis hujan yg jatuh, Allah membawa bahasa cintaNya kpd manusia...

Allah tidak zalim...
Malah Allah kasih...
Lihatlah dgn hatimu..
Andai air bah ini tidak menjadi tragedy, pasti konsert2 ambang tahun baru itu akan diadakan..
Betapa ramai anak2 luar nikah akan dilahirkan...

Lihatlah lagi..
Allah memberi kita ruang utk memberi sedekah...menghulur bantuan..

Lihatlah lagi...
Masjid2 diwarnai dgn bacaan yasin, tahlil dan solat hajat...
Jika tidak krn air bah, barangkali jemaah hny dtg utk bersolat shj..

Lihatlah lagi kasih Allah...
Semua para pemimpin turun padang buat kerja dr mrk duduk saja..

Lihatlah lg.. 
Dana kerajaan dpt disalurkan pd jalan yg betul..
Andai air bah ini tidak hadir, mgkin juga rasuah melata sana 

Allah memelihara M'sia dgn kasihNya..

Ini ujian...ujian ini pasti tidak lama..
Ujian utk menyatukan seluruh insan..

Sampaikan kpd mangsa2 banjir..
Spy mrk juga dpt melihat musibah ini sbg jalan utk mrk membantu negara menyelamatkan 'sesuatu' dr 'sesuatu'.

"Kadangkala Allah beri musibah utk.elakkn musibah yg.lebih besar.

"Allahuakhbar..

Saturday 20 December 2014

banjir oh banjir



Gambar dekat atas tu rasa-rasanya mgu lepas member wasap update. Harap hari ni dah surut. Semoga orang kampung tabah hadapi semua ini.d
Wednesday 17 December 2014

Pendahuluan yang baik

SATU PROJEK DEMI SATU PROJEK TERUS MOVED ON DAN AHLI-AHLI MENERIMA KEUNTUNGAN DIVIDEN 1O GANDAAN

>>thailand negara yang tidak pernah dijajah

>>thailand antara negara yang mempunyai undang-undang ketat terutama melibatkan projek hartanah...mana-mana pemaju-pemaju hartanah yang tidak menyiapkan projek hartanah akan dikenakan hukuman ketat iaitu dipenjara selama 25 tahun

>>26/10/2014 perasmian moa antara company ufun dengan company pengeluar terbesar mozek di dunia iaiti pelabur dari china

>>RAJA PEMAISURI THAILAND telah berkenan menerima UFUN SECARA RESMINYA di THAILAND didalam diUFUN CONVENTION ...DI BANGKOK ini....

Dan SERAMAI 10 ribu orang datang dari 30 buah negara menghadiri MAJLIS ini...

Dan 6 ribu darinya dari luar negara termasuk MALAYSIA..

=juga dihadiri penasihat diraja yang masih juga jeneral tertinggi di thailand

Salah satu lagi BUKTI KEKUATAN BIZ UFUN !!!

Tuesday 16 December 2014

Kenapa mesti memilih

Mengapa anda harus pilih UFun???? Banyak sebab.. ANTARANYA... ������

�� Tak perlu sewa kedai.

�� Tak perlu gaji pekerja.

�� Tak perlu bayar macam2 bil.

�� Bukan nak jual2 barang atau tak wajib taja orang.

�� Tidak ada maintain bulanan.

�� Konsep ialah dagangan utoken sehala. Nilai utoken memang sentiasa naik ☝dan tak akan turun ��..........
Sila layari UTOKEN
��di https://www.utokens.com/index.php

�� Networking tanpa had.
Sila layari UBONUSS
�� di https://www.ubonuss.com/index.php

�� Shopping 100% bayar pakai utoken (FREE REGISTER di UBARTER).
Sila layari UBARTER
�� di http://ubartertrade.com/index.php

�� Strategic partner yang mantap:
�� http://ubartertrade.com/index.php
�� http://www.udbpbank.com
�� http://bdg-guinea.com

�� Kompeni yang Join Venture ialah Bina Puri dengan Project
�� http://bangkokmarina.com

��Bina Puri adalah company yg sudah LISTED Di BURSA MALAYSIA.....
Sila layari UFUN di Bursa Malaysia
��di http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/1456909

�� SETIAP UTOKEN telah diinsurankan oleh NICO BANK
Sila layari
��di http://www.nico-bank.ru

��UFUN dianugerahkan sebagai ENTREPRENEUR EXCELLENCE...
��http://www.entrepreneuraward.asia/en/winners.html

��UFUN dianugerahkan dengan ANUGERAH KEJUJURAN "Honesty Awards" ASIA...........

�� http://www.honestyaward.asia/kerisaward/winners.htm

Monday 15 December 2014

perkongsian yang bermakna

Bukan BNM SHJ YANG SIASAT.... TAPI DSI THAILAND PUN BUAT SIASATAN TERHADAP UFUN (undang2 tersangatla ketat)

Masih berlaku pendaftaran kepada orang yang nak gandakan simpanan mereka... walaupun orang duk selalu burukkan bisnes ufun... UFUN still masuk projek baru... terus bergerak ke hadapan dengan projek baru seperti PERLOMBONGAN MARMAR DAN UWAY TV (seperti ASTRO)

UFUN dah lama clear dari BNM (tapi orang still berbunyi bende yang dah lepas)... ary baru dalam perhatian BNM semua menggelabah sedangkan baru dalam penyiasatan BNM (bende biasa kalau dalam perhatian sebab kat msia kena ikut undang2)... itu adalah bende biasa sebab kita kalau senang orang dengki... kalau susah orang hina... itulah dunia.. itulah sebab dalam pendaftaran saya tak paksa...

org nak org akan direct terus sms 017-3502400 untuk daftar... saya tak pernah rugi kalau sorang yang tolak untuk pendaftaran, tapi kena pikir balik kalau yang duk kondem bisnes org lain.. agak2 berkat ke buat mcm tu... jangan kondem bisnes orang, sebab kita tak penah tahu perjalanan yang Allah tetapkan untuk kita. Kita teruskan kerana untuk berjaya bukan tengok kejayaan orang... nak berjaya kita kena berusaha secara istiqamah

Tu sebab kalau sape2 nak buat pendaftaran keahlian bertanya kepada yang PAKAR DAN YANG AHLI DALAM BIDANG TU... kalau masih ragu2 dengan keputusan sendiri terus buat solat istikarah bukan bertanya dengan orang yang takde ilmu

Wednesday 10 December 2014

fight 4 5S

Esok (10.12.2014) adalah hari penentu penilaian 5s. Wooow... mcm giler kentang kan. Aku lagi la nervers sebab aku ketua zon.

Aku sendiri pun tak brpe nak 5s nak suh orang lain ber-5s bleh gitu. So, mudah kan keja yang susah (bg aku la) kena aku yang mula dulu.

Terima kasih kwn2 sebab korang terlalu banyak bantu aku yg cetek ilmu 5s menjalankan tugas. Semoga esok lancar seperti yang dirancang.... amin

Sunday 7 December 2014

dating at istana budaya (search)













Semalam (06.12.14) dating time... hehhehe, nak release tension sikit (konon).

Best giler persembahan Search, dapat tengok real dan sound pun memang best giler...

sedikit perkongsian...

Assalamu'alaikum....sedikit perkongsian ilmu yg boleh kita amalkan bersama...IN SYAA-ALLAH
Cuba lah ...

Seringkali apabila keletihan, kita akan berasa pening kepala, begitu juga sebaliknya. Kemungkinan stress semasa kerja, tak cukup tidur dan sebagainya. Hal ini banyak berlaku dikalangan pelajar sekolah atau universiti dan tidak ketinggalan golongan pekerja.

Terapi Pernafasan Untuk Sakit Kepala Dan Keletihan adalah jalan penyelesaian kepada kita yang sering dibelenggu masalah stress.Terapi ini amat mudah dilakukan.

1.  Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?

2.  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bezanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).

3.  Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .

4.  Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .

5.  Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .

6.  Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat. Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak , tetapi kesannya akan lebih baik jika diterapkan kepada orang dewasa .

7.  Saya biasanya merasakan sakit kepala , dan rasanya perit. Kemudian saya berjumpa doktor dan beliau bergurau: “Anda akan sembuh jika berumah tangga !” Doktor itu tidak bercakap kosong. Apa yang dia sampaikan adalah berdasarkan teori dan testimoni. Selama itu, setiap malam saya merasakan sakit kepala dan tidak dapat belajar. Saya mengambil ubat , tetapi tidak sembuh .

8.  Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi.

9.  Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?

10.  Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.

Selamat mencuba…
Saturday 29 November 2014

misteri



"MISTERI PENJARA PUDU" SEBAB KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP? Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja... Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir".

Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung.. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu.

Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat          semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.

Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut. Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja. Ia berasa hairan bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.        

Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi. Apabila sampai je ke dalam  gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya.

Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata, "Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kw sentuh itu harta. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " "Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa . . . .      

Tahniah kerana minat membaca.        

Aku punya kusyuk dk baca.. puihh aku pun terkono. . . .so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak. HAHAHA mesti excited baca kan.
Friday 28 November 2014

Lawak xberapa best

Malam ni maharaja lawak tak  berapa nak lawak la. Bosan tengok...

Tapi aku respek la pada peserta2 sebab nak buat orang gelak guling2 susah sangat. Nak buat orang nangis senang je...

So, sepahtu n bochey... korang memang terbaik dan selamba. Tahniah

cinta


Malam2 jumaat ni nak bercerita pasal cinta la.. hehehe, nakal skit malam ni. Bukan kisah otak kuning pun, no... no...no...

Sebab cinta kita nak mengubah penampilan dari biasa ke luar biasa, sebab cinta kita merana, sebab cinta kita menderita, sebab cinta kita bahagia. Kerana cinta kita nak nampak sentiasa cantik sentiasa diterima.

Bila kita cinta pada DIA kita akan bahagia di alam abadi. Selami mana cinta yang perlu kita kejar supaya hati akan sentiasa suci. 

Wednesday 26 November 2014

Sentiasa ingat

Kita hidup hanya sekali jadi beringatlah dalam membuat perhitungan hidup. Allah bagi kita peluang untuk kita menjadi hamba yang diredhai olehnya...

Jika kita lalai didunia nescaya kita akan rugi di akhirat...

Peringatan pada diri sendiri dan pada kawan2 blogger tersayang. Semoga hidup kita dilimpahi rahmatNya.. amin dan selamat malam

Tuesday 25 November 2014

duhai

Sahabat2ku:

           Jangan tertipu
        dengan usia MUDA
        karena syarat Mati
         TIDAK harus TUA.

   Jangan terpedaya dengan
        tubuh yang SEHAT
       karena syarat Mati
       TIDAK mesti SAKIT

   Jangan terperdaya dengan
        Harta Kekayaaan
                Sebab
    Si kayapun tidak pernah
     menyiapkan Kain Kafan
             buat dirinya
      meski cuma Selembar.

      Mari Terus berbuat BAIK,
         berniat untuk BAIK,
     berkata yang BAIK-BAIK,
   Memberi nasihat yang BAIK
 Meskipun TIDAK banyak orang
      yang mengenalimu dan
   Tidak suka dgn Nasihatmu

        Cukup lah  اللهِ yang
     mengenalimu lebih dari
           pada orang lain.

      Jadilah bagai Jantung
        yang tidak terlihat,
     Tetapi terus berdenyut
     setiap saat hingga kita
 terus dapat hidup, berkarya
     dan menebar manfaat
       bagi sekeliling kita
     sampai diberhentikan
              oleh NYA

Sahabat2ku...

"Waktu yang kusesali adalah jika pagi hingga matahari terbenam,

'Amalku tidak bertambah sedikitpun, padahal aku tahu saat ini umurku semakin berkurangan"

Sunday 23 November 2014

Jangan tunggu..

Jangan tunggu sampai esok kawan2, ini la peluang kita untuk membuat simpanan dan sekaligus membuatkan anda bebas hutang... insya Allah

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut... 017-3502400

Ada rahsia antara kita

Bila seorang kawan bercerita pasal cinta dan meminta untuk kita merahsiakan nya. Patut kah aku bercerita pada orang ketiga?

Berat sungguh cinta dia dimata aku, patut kah aku berterus terang pada si empunya diri? Salahkah idea aku ini? Aduh... berat yang aku tanggung berat lagi si dia yang memikul.

Aku terpaksa melupakan hasrat aku bercerita perkara sebenar bagi memegang amanah seorang kawan. Semoga kau (kawan ku tersayang) tabah dalam merencanakan percaturan hidup. Semoga persahabatan kita kekal abadi. Amin

Sunday 16 November 2014

konsert & Graduasi day putri 2014

pada 15hb November 2014 telah berlangsungnya konsert dan Majlis Penyampaian Sijil untuk Putri dan rakan2 enam tahun dia.


 setahun belajar dengan cemerlang... akhirnya dia dapat sijil










Putri sepanjang di tadika 2014


2 tahun putri telah belajar di tadika ini, banyak pengalaman manis dia pelajari antaranya melakukan tugasan harian sendiri, belajar berdikari, belajar bersama kawan2, dan belajar bersama guru2 yang sangat penyayang.

antara kenangan putri 2014.



 aktiviti selepas makan, mereka diajar untuk melakukan sendiri sehinggakan dirumah dia akan basuh punggan dan bekas minuman setiap kali menggunakan nya.



 setiap pagi sebelum memulakan pembelajaran mereka terlebih dahulu berhimpun didepan sekolah menyayikan lagi kebangsaan dan lagi negeri sembilan.











 sambutan hari raya di sekolah, semua berpakaian baju raya... sungguh gembira mereka menyambut bersama-sama kawan2.





kafa time, mereka yang beragama Islam akan diajar menunaikan solat, membaca mukadam dan banyak lagi... terima kasih ustazah.


main2 time...






 sambut birthday bersama-sama kawan sekolah.... hepi sangat dia...

inilah sekolah putri... 


 peperiksaan...

 dapat result


snake dari teacher.... hepi