Aku, Ain, Kak Ita, Nina, Fiza, Nor dan Ulfah bertolak dari Seremban pukul 8.00pagi, singgah sarapan di Nasi Lemak Saleha di Pandan Prima Kuala Lumpur. Sampai situ pukul 9.00 pagi lebih kurang la, makanan dia sedap. Situ aku makan roti canai dan ada yang order nasi lemak. Tak menghampakan makanan dia sedap dan Fiza cakap restoran ni agak famos, patut la ramai orang datang makan.

habis je sarapan kami memulakan perjalanan ke Genting dengan menaiki Kereta Alza yang telah kami sewa. Alhamdulillah kami sampai ke destinasi dengan selamat. Alhamdulillah
lepas parking kami terus ke Cable Car, memang tenang je sebab bukan weekend kan so kami gerak chill2 je. Naik cable car (dalam gambar tu macam tak ramai kan) masing-masing dengan pelbagai ragam tapi memang seronok. Ada yang gayat, ada yang takut beralun dan macam-macam lagi la perangai masing-masing. Aku memang chill je la hahahaha...
Rasa sampai atas sana lebih kurang pukul 11.00 pagi, orang ramai tapi tak padat so kami bebas je nak berjalan.

Game yang kami sempat main dalam INDOOR THEME PARK adalag seperti dibawah :
Bumper Boss - Serlahkan jiwa pelumba dalaman kanak-kanak anda dengan permainan kereta bumper. Tetamu di bawah ketinggian 120cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak berketinggian antara 120sm dan 130sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Spin Crazy -Bandul berputar raksasa dengan putaran 360 darjah di udara. Para tetamu di bawah 130cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik.
Chariot Cruise - Pelayaran terbang mesra keluarga yang berputar di sekitar taman. Tetamu di bawah 110cm dan ketinggian 195cm ke atas tidak dibenarkan naik. Had ketinggian yang dibenarkan untuk bermain adalah diantara 110cm hingga 122cm dan mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Music Express - Lonjakan, berpusing dan berputar pada tunggangan bergelora berputar pantas ini dengan cerun mengejut dan gerakan ke belakang. Tetamu di bawah ketinggian 130cm tidak boleh bermain. Kanak-kanak yang tingginya antara 130sm dan 140sm mesti ditemani oleh teman selia yang berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Space Cadets - Permainan mesra keluarga dengan gerakan kapal terbang yang boleh dikawal. Tetamu di bawah ketinggian 80cm tidak boleh bermain. Tinggi kanak-kanak antara 80sm dan 122sm mesti ditemani oleh teman seliaan berumur 16 tahun ke atas dengan gelang tangan atau tiket yang sah.
Lepas dah main permainan ni kami gi CU minum-minum sebab masa ni dah pukul 2.00 petang. Habis je minum kami ke Ripley's Adventureland dan 4 Attraction yang kami masuk iaitu :
Ripley's Believe It Or Not!
Infinity Room
Selesai semua tempat baru la perut berkeroncong... waktu ni dah hampir ke pukul 4.00 petang. so kami turun ke GPO terus cari kedai makan so decide ke Peranakan Place. Aku order nyonya laksa


Be First to Post Comment !
Post a Comment