usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Thursday, 23 June 2022

pelan-pelan ajar dia


 hajat hati nak sangat tengok anak-anak boleh hafal al-quran dan bawa kesenangan buat aku di SANA nanti. kira saham akhirat buat aku. tak apa la kan kita merancang Allah yang tentukan semua nya...


semoga Doa aku Allah makbulkan supaya anak-anak semua dapat mengaji dan boleh halaf al-quran dan suka membaca al-quran serta menjadi peneman mereka setiap hari. aku pun pelan-pelan untuk terus istikomah dalam berdamping dengan Al-quran supaya senang aku di sana nanti.



Wednesday, 22 June 2022

Anak syurga ibu ngoh

Akhirnya penderitaan adik hani terhapus jua. Ucapan takziah buat adik aku dan adik ipar kerana korang sangat2 penyabar dan sangat kuat dalam menempuhi dugaan ini jika dibandingkan kami yang hanya menerima serpihan sahaja. 


“assalamualaikum semua.. selamat pagi pada jam 10.15 pagi ni  hani dah hembuskan nafas nyer di hospital besut... habis sudah derita hani sepanjang derita sakit kanser dia... alhamdullilah semua ALLAH permudahkan hani gie...” text dari adik kira2 pukul 10.30am 


Teringat masa dapat wasap group keluarga adik bongsu bagitahu yang abah tak ada.. rasa baru berlaku. Ingat semua detik2 tu detik dimana kami semua terkejut dan terkesima dengan berita yang mengejutkan. Berlainan dengan adik hani yang kami semua perlu menerima apa yang bakal berlaku bila2 masa. Adik dibibir mengucapkan redha tetapi di sudut hati luluh dan tiada ungkapan untuk diluah lagi. Kami yang melihat dah rasa sakit sampai ke tulang menerima berita adik hani sakit ini kan pula umi dia yang menanggung rasa sedih yang teramat sangat. 


Untuk yang sekelian kalinya masih aku mahu ungkapkan semoga adik aku tabah dan redha menerima takdir Allah dengan baik. 


Al- Fatihah buat adik hani.

adha suka betul dekat kucing

si adha ni kalau dekat mana-mana pun kalau jumpa kucing suka sangat cuma aku kadang risau sebab kebanyakan kucing jalanan ni banyak penyakit tapi dia selamba je pegang. satu ari tu lepas keluar dari DIY ada la kucing lepak dekat luar tu terus dia pergi dekat. tak sempat aku nak tahan sebab aku nak pastikan dulu sama ada kucing tu ok atau tidak


tengok dari jauh macam bersih kucingnya, so aku biarkan la dia main-main dengan kucing tu. hajat nak jugak beli seekor buat adha tapi tengok keadaan macam mana. si kakak pun suka jugak dekat kucing cuma aku je yang kurang heheheh... aku geli sikit dengan kucing tapi kalau dia datang aku ok je cuma nak pegang peluk-peluk tu aku kurang hehehehe




Tuesday, 21 June 2022

cuci mata di Kedai Emas Sri Tanah Merah

ahad lepas aku dan keluarga teman mak mertua dengan kawan dia cuci mata di Kedai Emas Sri Tanah Merah yang terletak di Bandar Baru Bangi. bukan apa cuma cuci mata sementara kawan mak tukar gelang lama kepada gelang baru.

aku ada tengok-tengok gelang dengan cincin dan ada lah yang berkenan jugak tapi dekat situ agak mahal tapi tak ada upah. nanti nak cari dekat Kampung aku, yang pasti aku suka beli dekat orang melayu kita sebab dia tak menipu.. heheheh



hantar kakak

 

sabtu yang lepas aku hantar si kakak ke kedai Angah dia. dia cakap nak cari duit poket untuk dia nak beli apa2 nanti senang. xpela.. ikutkan je dia tu

lepas tu singgah ke DIY beli sikit barang2 rumah dan jajan buat adha..



lunch jumaat 17/06/2022

pada jumaat yang lepas aku bersama 2 rakan baik heheheh... pergi cari makanan untuk lunch. sebenarnya kami dah ada makanan free pegawai bagi tapi nak keluar juga cari makanan. 

ni aku dekat kedai sushi, kedai ni baru bukak dan cantik la ruang dia.. aku dulu memang nak buat ala2 macam ni cafe aku tapi tak kesampaian. aku simpan dulu niat untuk buka balik cafe aku sebab aku kena fokus pada bisnes forever living ni. kena buat satu2 sampai berjaya baru fikir cafe pulak kan... 

harga dekat sini tak ada la mahal dan banyak juga hidangan sushi yang dibuat. ada juga kek dan donut yang menyelerakan.



Monday, 20 June 2022

susah nak update blog

semenjak laptop tak ada ni memang susah nak sangat nak update blog. aku jenis tak suka update pakai phone ni. nak jugak pakai pc atau laptop. biasa waktu malam en suami yang konker pc sebab dia ada kerja sambilan dia tu.

 

tengok la macam mana nanti, nak kena beli jugak sebuah untuk aku buat kerja-kerja biz dan update blog aku ni kan.hehehehe

 

UseZally