usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Monday, 22 January 2024

tugas cari nafkah adalah tugas suami


"terus terang aku cakap, aku kerja ni memang sebab nak tolong suami. Tak cukup weh kalau harap gaji dia sorang. Rupanya, walaupun niat aku tu baik, tapi aku salah."

Saya terdiam. Lama juga berfikir." Eh, apa yang salahnya, kak?

" aku dengar ceramah sorang ustaz ni. Dia kata, tugas cari nafkah adalah tugas suami. Bukan tugas kita untuk tolong cari nafkah. Tugas kita adalah untuk tolong agama Allah. Rezeki duit ni, Allah yang tolong bagi pada kita. Bukan kita yang tolong bagi pada suami. "

Kata kakak tu lagi, ustaz kata, bila isteri tolong cari nafkah sama-sama, mulalah suami jadi bergantung pada isteri. Dalam tak sedar, hilang pula kebergantungan pada Allah.

Ada juga isteri yang kuat sampai buat 2, 3 kerja untuk bantu suami. Dialah yang cari rezeki, dialah yang urus rumah. Yang suami pula, bila balik rumah saja semua benda dah tersedia. Sangat ramai suami yang pandai merungut bila rumah bersepah, tapi tak mahu menolong. Bab duit, tahu pula minta isteri tolong.

Akhirnya, lagi dia niat nak tolong suami, lagi dia jadi sakit hati. Semua pun terbeban atas bahu isteri. Dari bayar bil, beli barang dapur, urusan anak-anak, semua isteri yang buat.

Rupanya, niat isteri bekerja untuk tolong suami, tolong keluarga, sangat salah. Sepatutnya, niat kita bekerja ialah untuk DAKWAH. Untuk naikkan agama. Yang tolong suami kita tu, ialah ALLAH. Tugas isteri, doa banyak-banyak untuk suami. Supaya mencurah-curah rezeki untuk suami.

Saya khusyuk dengan penjelasan kakak ni. Dalam diam, saya mengangguk juga. Ada betulnya.

Kita kena jaga niat dari awal. Nak kerja, boleh! Tapi niat untuk bantu agama, niat untuk besarkan anak-anak dengan rezeki yang halal, niat untuk beri pendidikan terbaik untuk anak-anak supaya anak-anak boleh jadi pembela agama. Bukan niat bekerja untuk bantu ringankan beban suami.

Itu semua kerja Tuhan.

Lesson learned 💖 Betulkan niat
 

Friday, 5 January 2024

Penutup 2023


 Belum terlambat kakyus nak create entry untuk penutup 2023 yang banyak sangat suka dan duka kakyus tempuhi, walau bagaimana pun kehidupan perlu diteruskan. sukar mana dugaan, cabaran yang ditempuhi senyuman dan gelak tawa perlu seiring supaya tiada masalah kesihatan dikemudian hari. tempuhi masalah dan rintangan dengan berlapang dada dan dengan hati terbuka.

setiap manusia mempunyai masalah, suka duka kehidupan sendiri, itu yang telah terlakar dari DIA yang maha esa. kita yang telah dibekalkan akal dan fikiran perlu menggunakan dengan sebaik mungkin. jangan mengikut emosi dan perasaan amarah... berfikir dengan rasional dalam menanggani masalah yang menimpa dan masalah yang akan datang kelak.

tahun 2024 membuka tirai, harapan kakyus semoga kita sentiasa dirahmati dan dilindungi oleh DIA yang masa ESA... amin

Friday, 29 December 2023

Azam baharu 2024 baiki diri. Dr Fadzilah Kamsah

 

Azam baharu 2024 baiki diri. Dr Fadzilah Kamsah kongsi 35 tip bangkit, berubah lebih baik

TAHUN 2023 akan melabuh tirai dalam tiga hari lagi, segala pahit dan manis telah ditempuhi. Jadi apakah azam tahun baharu 2024 nanti?

Perbaiki diri perlu menjadi salah satu azam bagi merubah diri kepada versi lebih baik dan positif. Ini dikongsikan ilmu daripada pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah iaitu cara untuk memperbaiki diri serta-merta

“Anak cucu tok abah, jadikan senarai ini ‘checklist’ kehidupan kita mulai hari ini. “Setiap perkara nampak kecil tetapi besar impaknya pada kehidupan dan dunia kamu kelak,” katanya menerusi Instagram.


35 cara perbaiki diri seperti berikut:

1. Solat awal waktu.
2. Solat taubat setiap hari.
3. Set matlamat hidup.
4. Baca buku 10 mukasurat sehari.
5. Jangan menghukum orang.
6. Makan makanan berkhasiat.
7. Cintai diri sendiri.
8. Bangun dua jam lebih awal.
9. Menulis jurnal harian.
10.Tinggalkan tabiat buruk.
11. Sentiasa tanya maklum balas orang.
12. Belajar kemahiran baharu setiap hari.
13. Percaya dengan diri sendiri.
14. Mulakan rutin baharu setiap hari.
15. Rancang strategi baharu.
16. Sentiasa lihat perspektif berbeza.
17. Belajar melabur.
18. Jangan buat alasan.
19. Jangan bertangguh!
20. Rekod dan semak kewangan
21. Fokus positiviti.
22. Belajar bahasa baharu.
23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin.
24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
25. Fokus satu hal dalam satu masa.
26. Perhati kelemahan diri dan perbaiki.
27. Tinggalkan zon selesa kita.
28. Tukar persekitaran sosial kita kepada yang lebih positif.
29. Bina rutin senaman yang bersepadu.
30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.
31. Buat surat kepada ‘versi masa depan kamu’.
32. Tonton video yang bermanfaat selalu.
33. Buat senarai matlamat hidup.
34. Tolong orang walaupun kecil.
35. Berhenti dari melakukan hal sia-sia.

Tambah Mohd Fadzilah, setiap individu perlu sentiasa yakin dan bersemangat untuk berusaha bangkit dengan perubahan yang lebih baik pada 2024.

Yang penting, jangan berputus asa ketika menghadapi dugaan dan cabaran kerana ia merupakan pengalaman hidup yang akan mendewasakan kita.

Thursday, 28 December 2023

ADAKAH KOLON ANDA BENAR2 SIHAT?

 

ADAKAH KOLON ANDA BENAR2 SIHAT?

Ramai orang yang kata mereka buang air besar setiap hari.

Sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali setiap hari.

Tapi adakah itu menandakan anda benar2 sihat dari masalah berkaitan usus?

Jawapannya: SALAH! TIDAK!

.

Sihat atau tidak usus anda, mesti ada kaitan dengan ciri-ciri najis yang anda buang.

Berikut merupakan 6 ciri-ciri utama najis yang perlu anda perhatikan ketika membuang air besar.

CIRI 1: Tenggelam atau timbul
➡️ Najis tenggelam = usus tak sihat (banyak toksin) ❌

➡️ Najis timbul = usus sihat ✅

.

CIRI 2: Warna & bau
➡️ Najis hitam gelap & berbau = usus tak sihat ❌

➡️ Najis perang kekuningan & tak berbau = usus sihat ✅

.

CIRI 3: Bentuk
➡️ Najis berbentuk ketul2, melekit, lumpur, berair = usus tak sihat ❌

➡️ Najis berbentuk pisang (diameter 3cm, panjang 6cm) = usus sihat ✅

.

CIRI 4: Kekerasan
➡️ Najis berair (kelembapan >90%) & Najis keras (kelembapan 70%) = usus tak sihat ❌

➡️ Najis (kelembapan 75%-80%)  = usus sihat ✅

.

CIRI 5: Masa
➡️ Masa membuang 30 minit - 1 jam = usus tak sihat ❌

➡️ Masa membuang 2-3 minit (<5 minit) = usus sihat ✅

.

CIRI 6: Kuantiti
➡️ Kurang 1kg (atau sangat sedikit kuantitinya) = usus tak sihat ❌

➡️ Lebih kurang 1 kg = usus sihat ✅

[NOTA PENTING:
Ini bukan bermakna anda perlu timbang najis yang anda buang.

Namun cara sepatutnya ialah dengan...

Sebelum membuang air besar, anda timbang berat badan dulu. Katakan contoh berat 60kg.

Lepas membuang air besar ada tak turun 1kg? Jika anda timbang jadi 59kg. Itu bermakna anda membuang hampir 1kg berat najis.]

.

Ok itu saja 6 ciri-ciri najis yang menentukan usus anda sihat atau tak sihat.

Jika salah satu ciri gagal (Khususnya ciri pertama) bermakna usus anda betul2 belum sihat sepenuhnya.


Jadi lepas baca ciri2 tadi...

Cuba anda tanya diri sendiri...

Adakah anda rasa usus anda berada dalam keadaan sihat atau tidak?

Tuesday, 12 December 2023

Moga Allah jaga kita

 

Inilah keadaan yang sebenar :

1. Lelaki tersebut tak tahu atau tak nampak ada ular dibawah yang sedang mematuk tangan wanita tersebut sehingga berdarah.

2. Wanita tersebut tidak tahu atau tidak nampak ada batu besar yang sedang menghempap lelaki tersebut sehingga berdarah.

3. Lelaki tersebut merasakan (di dalam hati & pemikiran sendiri), 

"...isssh, aku dah sakit sangat kena hempap batu besar ni, tapi aku masih struggle tarik kau ke atas. Kenapa kau tak boleh buat extra effort untuk panjat sikit ke atas? Aku je yang berusaha lebih. Aku je yang berkorban lebih..."

4. Wanita itu pulak merasakan (di dalam hati & pemikiran sendiri),

"...laaa aku akan jatuh ni. Aku tak boleh panjat naik sebab ada ular tengah patuk dan gigit aku. Tangan aku dah lemah. Kenapa kau tak boleh berusaha lebih dan gunakan kekuatan kau untuk tarik aku naik? Tak bersungguh-sungguh ke nak selamatkan aku..."
.
.

MORAL OF THE STORY :

1. Kita tak akan nampak tekanan yang dihadapi seseorang. Kalau kita tahu dia ada masalah pon, kita tak boleh rasa "how deep masalah" tu sedang dia tanggung. 

Sama macam orang lain, tak akan tahu dan rasa bagaimana kesakitan yang kita sedang alami. Masing-masing tak berada dalam "kasut yang sama".

2. Orang lain yang tak merasainya/tak melaluinya, lebih senang bersangka buruk dan menyalahkan orang lain. 

Lebih suka sembang masalah dan prasangka buruk dalam hati dan pemikirannya, daripada berusaha mencari SOLUSI dan jawapan sebenar. Dan prasangka buruk ni akan disimpan lama di dalam hati sehingga menjadi dendam yang lebih besar.

3. Inilah kehidupan kita yang sebenar (dan tidak sihat). Sama ada di dalam kerja, keluarga, perasaan kita sendiri atau kawan sendiri. Kita perlu belajar untuk lebih "memahami situasi dikasut orang lain". Bukan hanya dikasut kita sahaja. 

The moment kita rasa orang tak paham keadaan kita, cuba kita tanya diri sendiri, kita dah faham keadaan orang lain? Self Reflect.

4. Belajar untuk berfikir sudut pandang orang lain, bayangkan kalau anda ditempat mereka, apa yang anda akan fikirkan, apa anda akan buat. 

Dan berbincanglah dengan baik tentang masalah itu. Fokus cari penyelesaian, bukan tentang masalah itu sendiri.
.

Muhasabah diri kita sama-sama. Moga kita hidup dalam circle yang positif dan baik-baik sahaja. Moga Allah jaga kita. Aamiin.. 😊
C&P : 💜
Wednesday, 18 October 2023

negara ku MALAYSIA



Bila tengok berita di Gaza, rasa geram, sedih dan sakit hati sangat. Tak dapat bayang situasi orang yang duduk sana.

Kemudian keluar rumah nak pergi kerja tadi nampak sekumpulan auntie chinese buat yoga kat taman sebelah. Ada juga beberapa orang sedang berjogging di situ.Nampak abang Grab breakfast dengan kawan-kawan kat kedai mamak. Borak pasal bola malam tadi agaknya (sebab kaki macam nak menyepak). Kat traffic light nampak seorang ayah bawa anaknya yang duduk kat bakul depan untuk hantar ke taska. Budak tu sandar ke ayahnya dengan muka mengantuk. Ada brader tongkat motor sambil hisap vape, sebab tunggu traffic light lama dikawal polis trafik.

Kat kereta tepi aku ada suami isteri borak-borak sambil gelak ketawa. Teringin nak tahu lawak apa diaorang share sampai ketawa begitu.Semua orang menuju ke destinasi masing-masing.

Nak bagitau.

Bersyukurnya kita semua hidup dalam negara yang aman tenteram ni. Takde risau ada bom dari negara jiran. Tak pernah terfikir nak pertahankan diri dari musuh. Ada pekerjaan. Ada rumah untuk berlindung dari hujan panas. Ada tempat nak kembali setiap hari. Tak pernah rasa kelaparan akibat tiada makanan. Nak beribadah senang. Boleh balik kampung jumpa mak ayah bila-bila masa. Boleh bercuti bila-bila masa.

Takde berita ahli keluarga dibunuh oleh musuh dengan bom atau ditembak. Tak perlu berjuang angkat senjata pertahankan keluarga dan negara. Tak perlu tunggu bantuan antarabangsa untuk bagi kita makan.

Benda itu real berlaku di satu sudut lain dunia ketika kita semua menikmati hidup seperti biasa di sini. Keamanan ini merupakan satu nikmat terbesar buat kita semua. Syukur Alhamdulillah. Kita kena usaha pertahankannya.

Dalam masa sama jangan lupa bantu mereka yang berjuang nak dapatkan semua yang kita miliki ini. Mudah-mudahan satu hari nanti. Bantu dengan doa, sokongan dan kewangan jika mampu.

Begitulah.
Thursday, 12 October 2023

Astagfirullah hal'azim..Baru saya faham 😔

Astagfirullah hal'azim..Baru saya faham 😔


Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah 😌😅. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri. 

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari 😅.

 You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal. 
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal. 
Masa inilah diuji dengan masalah kewangan
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal. 

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan. 
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tidak lain tidak bukan, jawapannya adalah
               
- ALLAH SAYANG-

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan. 

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal. 

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40' 😌.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tidak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. Segalanya tidak lain tidak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian! 

Baik kan Allah

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul x bmf 😊

-Unknown writer-

UseZally