"terus terang aku cakap, aku kerja ni memang sebab nak tolong suami. Tak cukup weh kalau harap gaji dia sorang. Rupanya, walaupun niat aku tu baik, tapi aku salah."
Saya terdiam. Lama juga berfikir." Eh, apa yang salahnya, kak?
" aku dengar ceramah sorang ustaz ni. Dia kata, tugas cari nafkah adalah tugas suami. Bukan tugas kita untuk tolong cari nafkah. Tugas kita adalah untuk tolong agama Allah. Rezeki duit ni, Allah yang tolong bagi pada kita. Bukan kita yang tolong bagi pada suami. "
Kata kakak tu lagi, ustaz kata, bila isteri tolong cari nafkah sama-sama, mulalah suami jadi bergantung pada isteri. Dalam tak sedar, hilang pula kebergantungan pada Allah.
Ada juga isteri yang kuat sampai buat 2, 3 kerja untuk bantu suami. Dialah yang cari rezeki, dialah yang urus rumah. Yang suami pula, bila balik rumah saja semua benda dah tersedia. Sangat ramai suami yang pandai merungut bila rumah bersepah, tapi tak mahu menolong. Bab duit, tahu pula minta isteri tolong.
Akhirnya, lagi dia niat nak tolong suami, lagi dia jadi sakit hati. Semua pun terbeban atas bahu isteri. Dari bayar bil, beli barang dapur, urusan anak-anak, semua isteri yang buat.
Rupanya, niat isteri bekerja untuk tolong suami, tolong keluarga, sangat salah. Sepatutnya, niat kita bekerja ialah untuk DAKWAH. Untuk naikkan agama. Yang tolong suami kita tu, ialah ALLAH. Tugas isteri, doa banyak-banyak untuk suami. Supaya mencurah-curah rezeki untuk suami.
Saya khusyuk dengan penjelasan kakak ni. Dalam diam, saya mengangguk juga. Ada betulnya.
Kita kena jaga niat dari awal. Nak kerja, boleh! Tapi niat untuk bantu agama, niat untuk besarkan anak-anak dengan rezeki yang halal, niat untuk beri pendidikan terbaik untuk anak-anak supaya anak-anak boleh jadi pembela agama. Bukan niat bekerja untuk bantu ringankan beban suami.
Itu semua kerja Tuhan.
Lesson learned 💖 Betulkan niat
5 days ago
Be First to Post Comment !
Post a Comment