bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 12 December 2023

Moga Allah jaga kita

 

Inilah keadaan yang sebenar :

1. Lelaki tersebut tak tahu atau tak nampak ada ular dibawah yang sedang mematuk tangan wanita tersebut sehingga berdarah.

2. Wanita tersebut tidak tahu atau tidak nampak ada batu besar yang sedang menghempap lelaki tersebut sehingga berdarah.

3. Lelaki tersebut merasakan (di dalam hati & pemikiran sendiri), 

"...isssh, aku dah sakit sangat kena hempap batu besar ni, tapi aku masih struggle tarik kau ke atas. Kenapa kau tak boleh buat extra effort untuk panjat sikit ke atas? Aku je yang berusaha lebih. Aku je yang berkorban lebih..."

4. Wanita itu pulak merasakan (di dalam hati & pemikiran sendiri),

"...laaa aku akan jatuh ni. Aku tak boleh panjat naik sebab ada ular tengah patuk dan gigit aku. Tangan aku dah lemah. Kenapa kau tak boleh berusaha lebih dan gunakan kekuatan kau untuk tarik aku naik? Tak bersungguh-sungguh ke nak selamatkan aku..."
.
.

MORAL OF THE STORY :

1. Kita tak akan nampak tekanan yang dihadapi seseorang. Kalau kita tahu dia ada masalah pon, kita tak boleh rasa "how deep masalah" tu sedang dia tanggung. 

Sama macam orang lain, tak akan tahu dan rasa bagaimana kesakitan yang kita sedang alami. Masing-masing tak berada dalam "kasut yang sama".

2. Orang lain yang tak merasainya/tak melaluinya, lebih senang bersangka buruk dan menyalahkan orang lain. 

Lebih suka sembang masalah dan prasangka buruk dalam hati dan pemikirannya, daripada berusaha mencari SOLUSI dan jawapan sebenar. Dan prasangka buruk ni akan disimpan lama di dalam hati sehingga menjadi dendam yang lebih besar.

3. Inilah kehidupan kita yang sebenar (dan tidak sihat). Sama ada di dalam kerja, keluarga, perasaan kita sendiri atau kawan sendiri. Kita perlu belajar untuk lebih "memahami situasi dikasut orang lain". Bukan hanya dikasut kita sahaja. 

The moment kita rasa orang tak paham keadaan kita, cuba kita tanya diri sendiri, kita dah faham keadaan orang lain? Self Reflect.

4. Belajar untuk berfikir sudut pandang orang lain, bayangkan kalau anda ditempat mereka, apa yang anda akan fikirkan, apa anda akan buat. 

Dan berbincanglah dengan baik tentang masalah itu. Fokus cari penyelesaian, bukan tentang masalah itu sendiri.
.

Muhasabah diri kita sama-sama. Moga kita hidup dalam circle yang positif dan baik-baik sahaja. Moga Allah jaga kita. Aamiin.. 😊
C&P : 💜

Related Post:

  • ADAKAH KOLON ANDA BENAR2 SIHAT? ADAKAH KOLON ANDA BENAR2 SIHAT?Ramai orang yang kata mereka buang air besar setiap hari.Sekurang-kurangnya sekali atau 2 kali setiap hari.Tapi adakah itu menandakan anda bena
 Read More
  • Azam baharu 2024 baiki diri. Dr Fadzilah Kamsah Azam baharu 2024 baiki diri. Dr Fadzilah Kamsah kongsi 35 tip bangkit, berubah lebih baikTAHUN 2023 akan melabuh tirai dalam tiga hari lagi, segala pahit dan manis telah dite
 Read More
  • Penutup 2023 Belum terlambat kakyus nak create entry untuk penutup 2023 yang banyak sangat suka dan duka kakyus tempuhi, walau bagaimana pun kehidupan perlu diteruskan. sukar mana dugaan,
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment