Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 10 December 2015

Lagi satu tapak


Assalamualaikum kawan2 semua... ingat lagi tak dengan entry Setapak Pertama? Sekarang saya dah mara satu tapak lagi. Saya sangat berharap kawan2 dapat follow dan post pada kawan2 yang lain anda juga di blog hartanah saya ini.

Jasa baik kawan2 yang sering mengikuti perkembangan saya akan sangat saya hormati dan sanjungi. Doakan saya akan mara setapak demi setapak... doakan saya berjaya juga yea... amin

http://hartanah4semua.blogspot.my
Monday, 30 November 2015

Selamat tinggal Pak Yus... Al-fatihah



Assalamualaikum... saya dapat entry ni dari kenalan rapat Pak Yus di facebook.

Pada yang ingin mengenali peribadi Arwah Pak Yus.

Bacalah dengan nama Allah.

Suatu ketika saya dalam kesempitan wang, Insan inilah datang menghulurkan bantuan. "Nah ambik duit ni, kalau xdk duit nk hidup, habaq kt aku, jgn habaq kt org lain, kita geng utara, jgn bt malu kt org", sambil ketawa.

Di kemudian hari bila saya nak pulangkan duit yg diberi, inilah kata Arwah. "aku xmau, dripada hg bg kt aku, baik hg bg kt anak yatim, xpun p blanja kawan2. Ramai lg yg perlukan duit tu." Mulianya hati kamu. Ketika mana saya bosan, Insan inilah akan ajak lepak bermain PS4 FIFA dirumahnya. Manchester City team Favourite dia. Sebelum game bermula, dia akan siap pakai Full Jersi dan Boot.

Semangat katanya. Dari tengah malam sampai pagi penuh dengan gelak tawa. Riangnya kamu. Ketika berada di kampung, Insan inilah akan call/wassap ajak main Futsal dan Bola Sepak. Bayar court, bayar padang, bayar pengadil semua duit poket dia. Selesai bermain, Insan inilah yang akan belanja satu pasukan ,kadangkala sekali dengan team lawan. Murahnya hati kamu.

Apabila Rajalawak United ditubuhkan, Insan inilah yang sponsor kami Jersi dan Bola. Dalam padang, dialah Kapten kami. Atas stage komedi, dialah Mentor dan Idola kami. Teringat pesan Insan ini kepada saya, "bila dah femes nanti, jgn lupa diri, jgn sombong".

Tapi, apakan daya, kehendak Allah. Saya terkilan. Arwah pernah mintak saya buatkan dia satu lagu raya versi Reggae. Saya siapkan, tapi tak sempat utk proses rakaman. Katanya, "aku nak lagu ni, aku nak rap duo dgn Waris". Tersenyum saya ketika itu. Saya terkilan.

 Tak sempat membalas segala jasa baik Arwah ketika dia masih bernafas. Hanya mampu membalas ketika dia sudah kaku tak bernyawa. Jam 1 pagi saya dapat tahu, saya terus tutup cafe. Dari Perak saya ke Hospital Selayang. Alhamdulillah sempat jugak. Saya kapankan Arwah, saya Solatkan Arwah, saya usungkan Jenazah Arwah.

Sempat jugak saya kucup dahi Arwah untuk kali terakhir. Wajah dia jelas tersenyum. Jika benar didahi dia tertera Kalimah Allah sebelum ajal menjemput, ingatlah, dia bukan Biasa-Biasa. Saya bgtau ni bukan tujuan utk riak atau sbgainya, tp hanya utk khabarkan, tiada apa lg yg mampu sy balas jasa baik Arwah melainkan iringan dan kiriman Doa. Saham akhirat Insan ini sebagai salah seorang Penyumbang kepada sebuah Sekolah Agama di Perlis pasti dihitung Allah. Allahuakbar.

Pak Yus, air mata saya mengalir ketika mana saya menulis status ini. Terima kasih atas tunjuk ajar kamu. Terima kasih atas ilmu dan nasihat dari Kamu.

Al-Fatihah untuk kamu wahai Abang, Kawan, Ayah.
#yusjambu #weallloveu #jamburian
Sunday, 29 November 2015

Isteri oh isteri


Kisah Suami Kerja Kontrak 3 Bulan Tanpa Gaji Namun Diajak Isteri Ke Kedai Perabot Ini Kerana...

Jawapan isteri yang membuatkan suami menangis...

Assalamualaikum, kisah ini menceritakan suami yang bekerja secara kontrak dan sudah 3 bulan ditunda gajinya. Isterinya pada suatu hari mengajak beliau ke ekspo perabot dan hiasan dalaman rumah. Semuanya akan diceritakan menerusi perbualan di bawah:

"Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?"

Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.

Tapi, belum sempat aku berikan jawapan dia dah pergi.

Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.
Bukan demi perut aku. 

Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.

Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah famili. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.

"Jom."

Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.

Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.

Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.

Aku tengok dan tanya harga.

"Ribu. Belas ribu. Puluh ribu."

Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.
Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. 

Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?

Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.

"Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok."

Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.
Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,

"Awak nak dapur macam tadi, ya?"
Dia jawab,
"Nak sangat. Tapi..."

Aku mencelah.
"Tapi?"

Dia meletakkan kepalanya di bahuku.
"Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi.

Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia."

Aku terdiam. Senyum paksa.

"Abang tahu impian awak.."
Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.

Mencintai tidak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.

Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.
Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.

Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.

Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.

Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.

Syurga jadi milik kita jua.
Bang, 'syurga' bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.

Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.
Abang, anak-anak. 

Syurga saya."
Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian... 

cry emoticon
Masuk balik kereta. Senyum.
"Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?"
Isteri dan anak-anak serentak jawab, "Nak!"
Friday, 27 November 2015

Selamat jalan SSA

Hari ni 27112015 adalah hari terakhir Siti Sarah Ahmad (SSA) sebagai staf SAINS. rasa sangat kehilangan kawan yang sekian lama dalam syarikat. Sangat sedih dan sayu bila dia meninggalkan syarikat hari ini.

Orang tua2 cakap hilang berganti tapi tak sama dengan yang telah hilang tersebut. Sarah adalah seorang pegawai kewangan yang sangat mesra dan bertimbangrasa. Aku sendiri senang dengan komitmen dia sebagai seorang pegawai dan sebagai rakan se-syarikat.

Semoga ikatan persahabatan akan kekal hingga bila2.. amin

Geng Lunch bersama SSA tapi kak nora sorang tak ada... dah balik agak nya masa ni


Terima kasih SSA bagi ini pada aku. Akan simpan sebagai kenangan


Team HQ wasap group...

Nampak hepi tapi sebenarnya kami sangat sedih




Ni la SSA... semoga menempuh dunia baru di tempat kerja yang baru... aku yakin dia boleh dan dapat peluang yang lagi best... amin


Wednesday, 11 November 2015

Desi Damayanti @ tabita

Seronok sangat dapat berkenalan dengan produk dari Desi Damayanti ni. Walaupun harga sekarang dah naik sikit tapi produk dia masih lagi sama.

Kepada sape2 yang berminat boleh pm saya serta merta. Boleh la kita sama2 cerah, mulus dan paling penting adalah cantik.



Tuesday, 10 November 2015

Kek oooo kek

Sape yang tak gemar pada kek? Dari kanak2 sampai lah kepada orang dewasa majoriti suka makan kek.

Selalu kek di kaitkan dengan majlis hari jadi, tapi ada je orang akan order semperna majlis2 lain contohnya majlis ulang tahun perkahwinan dan majlis kahwin.

Tatapan contoh kek kepada anda semua lihat. Mana la tahu dalam masa terdekat ni ada yang nak tempah kek. Tak tahu patern macam mana boleh la tiru kek yang saya hidangkan ni... hehhe

Kalau kek macam ni, macam mana nak potong ek? Heheh

Wow, colourfull

Penuh dengan coklat dan gula2





Mesti rasanya manis dan sangat sedap kan





Tak lupa buat boboy





Pada zaman dahulu

Rindunya aku pada zaman kanak2 aku. Time dapat keluar bermain dengan kawan2 la saat paling hepi. Kayuh basikal pergi ke rumah member bertandang.

Halaman rumah yang besar dan tanah lapang memboleh kan kami bermain dengan selesa dan gembira. Bila terasa panas kami akan pergi ke sungai untuk mandi hilangkan rasa panas di badan. Dalam pada itu sempat kami menangguk udang... hehehhe.

Ni zeero point... aku suka permainan ni. Biasa budak pompuan suka la melompat lompat ni.

Ni plak permainan budak lelaki tapi aku suka je kalau mereka ajak main. Bila kalah kena ejek... hahaha

Kalau dekat ganu namanya geng tapi banyak negeri panggil decok

Permainan ni aku jarang main sebab kena jadi penyabar.


Sangat seronok dan masa tu tak kan ada lagi buat aku. Rasa sangat bertuah jadi budak kampung. Dulu kami nak gi mana2 bebas sangat tapi sekarang kes2 culik budak2 sangat berleluasa. Adakah Malaysia tanah tumpah darah ku sudah tak aman?