Tiktok Mekyuhhh

Tuesday, 10 November 2015

Rokok vs vape

Gambar sekadar hiasan

Kepada perokok tegar dan vape sila baca dan semoga ia menjadi pedoman kepada anda.

Lelaki umur 40an itu merenung saya. Suram. Sambil terbatuk-batuk dan bunyi nafas bersiulan dan kencang.

"Encik Zxxx , paru-paru encik dah rosak sepenuhnya. Keupayaan encik untuk bernafas dengan normal dan baik sudah terjejas. Encik masih merokok lagikah?"

Angguk lemah.

"Sekarang ni, saya kena bantu pernafasan encik dengan menggunakan mesin pernafasan sebab kandungan karbon dioksida encik terlalu tinggi. Bila-bila masa sahaja pernafasan encik boleh terhenti."

BiPAP (sejenis mesin pernafasan) dipasangkan kepada Encik Zxxx.

24 tahun merokok - hampir sepuluh batang rokok sehari. Setahun kebelakangan ini diselang-selikan dengan Elektronik Cigarette atau nama famousnya Vape.

"Doktor, pesakit katil 8 collapse!"

Bergegas pergi ke katil 8.
Encik Zxxx terkulai. Tiada respons. Nafas terhenti.

" Start CPR. 2 minutes push fast and hard. Standby IV Adrenaline 1mg!"

Houseman berpeluh-peluh membuat CPR. Bukan mudah. Memberi tekanan sedalam separuh ketebalan ruang dada selaju minima 100 kali per minit untuk 2 minit. Ujian untuk otot-otot yang tidak sado.

4 minit masa berlalu.

"Prepare intubation set! Continue CPR!"

Tiub pernafasan dimasukkan ke dalam rongga pernafasan.

Pesakit kembali - berjaya mendapat nadi. Pernafasan diteruskan dengan bantuan melalui bag pump oxygen.

Pakar bius dipanggil - memohon untuk mesin bantuan pernafasan (ventilator). Dimaklumkan bahawa mesin pernafasan hanya tinggal satu set sahaja yg boleh digunakan - malam masih muda (9 malam) - jika ada pesakit lain yg collapse atau kritikal bermaksud kemungkinan besar pesakit lain itu tidak akan mendapat mesin bantuan pernafasan.

Encik Zxxx dimasukkan ke dalam ICU.
Bacaan paras Karbon Dioksida beliau mencapai tahap yg sangat tinggi. Kesan nicotine yg berjaya merosakkan sel-sel paru-paru dan melemahkan fungsi pernafasan beliau.

Seminggu beliau tinggal di ICU.
Isteri yg sedang mengandung sugul dan sabar menanti setiap hari. Memeluk dua orang anak yg masih tidak mengerti.

Penghujung hari ke 10, saya melihat beliau di wad.
Sudah pulih. Tidak memerlukan oksigen. Diberi pelbagai ubat-ubatan untuk mencuba mengatasi kesan penyakit paru-paru beliau (COAD - Chronic Obstructive Airway Disease). Diberi kaunseling untuk berhenti merokok dan berhenti Vape.

"Encik Zxxx boleh balik ke rumah hari ini. Temujanji dengan doktor lagi 3 bulan akan datang."

Senyum. Angguk. Ceria lega bernafas.

Kos rawatan dibayar - rm 350.
Kos sebenar - rm 12000 (rawatan ICU, bekalan ubatan, bil wad)
Kos erti hidup - tidak ternilai.

3 bulan kemudian.

Encik Zxxx datang ke klinik.
Simptom paru-paru masih lagi ada setiap hari walaupun diberi ubat maksima.
Ketika memeriksa beliau, ada bau "apple smoke" tersisa di nafas beliau.

"Encik masih Vape lagi?"

Tunduk. Diam.

Saya menggeleng kepala.
" Mungkin patut saya mencadangkan Encik Zxxx untuk menyediakan tabungan bagi keluarga kerana Encik berisiko tinggi untuk menghadapi suasana kritikal seperti yg pernah terjadi. Dan saya tidak tahu nak meramalkan apa nasib Encik nanti."

Mata beliau terbeliak. Muka berubah. Masam mencuka berlalu pergi.

1 bulan kemudian - sedang membuat rondaan di wad, kelihatan Encik Zxxx di katil 42 - disambungkan kepada mesin pernafasan - tidur, nafas berombak. Kali ini bukan di ICU - kerana ICU sudah penuh.

" Dia masuk balik, doktor.." bisik Houseman.

Malam itu saya mendapat panggilan dari Medical Officer saya:
" Patient bed 42 suddenly stopped breathing. Kami cuba resuscitate tapi he is gone. Cause of death saya letak sebagai Non infective Acute Exacerbation of Chronic Obstructive Airway Disease."

Kembali ke rahmatullah.
Punca Kematian sepatutnya diletak sebagai "kesan daripada merokok dan Vape".
Sayang sekali....

- Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yg kamu dustakan?
Surah ar Rahman -

* Cerita dikarang berdasarkan himpunan pengalaman bekerja di wad perubatan.
Saturday, 7 November 2015

Semoga berjaya dan jumpa lagi

Semalam 06112015 adalah hari last bagi student practical ni, haqim nama dia. Sekejap je dah 6 bulan dia practical di SAINS. 

Semoga dia akan sentiasa success dalam semua bidang yang dia ceburi... amin
Ni la team Ict, aqim yang pakai baju purple tu

Ada la sikit cenderamata buat dia. Harap dia suka

Bos enterframe.. hahaha

Sebagai tanda terima kasih kami belanja haqim makan..

Ish2... aku bab makan laju... lalalal

Kalau si Putri ni mesti sempat

Masih mood holiday tengok konsert Wing 30 tahun. Tengok tajuk yang aku bagi tu.. tapi memang la si putri ni.

Dia tak akan lepaskan peluang mandi di kolam hotel walaupun masa sangat suntuk. Malam tadi dah la balik hotel dalam pukul 3 pagi, badan yang sengal2 ni dah jadi letih sangat.. dia pulak merengek nak mandi kolam... layan je la.

Tak pernah lupa bawak baju mandi



Kolam tak berapa besar tapi boleh la putri mandi dengan seronok

Tinggal dia sorang mandi..

Kami hanya memerhatikan putri mandi... heheh

Thursday, 5 November 2015

Kita insan biasa

Gambar sekadar hiasan

Malam tadi, ketika minum kopi, saya merasa sedikit pahit.... Namun tetap juga la saya minum..

Dan pada ketika air kopi tinggal suku, baru la saya perasan, saya lupa kacau kopi dan susunya.. ..

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu, terasa sangat manis pula.. .. Terlalu manis sehingga tidak mampu saya telan..
Agaknya itu la resam hidup.. Ada kalanya kita lupa, yang 'manis' itu ada di dasar.. Perlu dicari.. Dan kiranya kita malas mencari, maka hanya pahit la yang dapat kita nikmati..

Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, segalanya sudah terlewat..

Mujur la, Allah sudah membantu 'membancuh' hidup kita antara yang pahit dan manis.. Kerana hidup pasti kurang maknanya kiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit saja.. Atau yang manis-manis saja..

Makanya, hirup la hidup dengan senyuman, .. dan tak perlu hiraukan sangat apa orang nak kata dan umpat belakang kita.... Sebab diaorang pun bukannya bagus sangat !! ......

Ucap la syukur Alhamdulillah untuk satu lagi peluang kita menghirup udara di bumi Allah swt ini.. ..
Assalamu'alaikum..
Salam penuh berkat..
Salam perjuangan..
Salam kasih sayang..
Wednesday, 4 November 2015

Konsert Wing 30 tahun

Kalau ikutkan badan yang tak berapa nak sihat lagi ni mau je skip pegi ke konsert tu. Tapi mr suami beriya2 nak aku pergi sekali kesian pulak nak tolak permintaan dia.

Malam Sabtu 31.10.2015 tu bermulanya konsert. Sabtu petang tu aku dan keluarga (anak2 pun en suami angkut sekali) check in di hotel Mandarin yang berada di area Stadium Merdeka tu. Hotel tu ok la bleh bagi 3 bintang, bersih dan selesa.







Ni la hotel yang kami sekeluarga check-in. Jalan kaki je ke Stadium Merdeka tu, so jimat parking dengan tak la sesak nak cari parking.
Apa2 hal selfie itu harus.. heheh

Sampai je dekat Stadium hujan punya la lebat tahap gaban la. Rasa nyesal bawak anak2 terutama adik, kesian kesejukan. Dalam 15 minit juga nak tunggu ke masuk dalam. Tetiba security pintu kira ala2 bonzer datang ckp ngan aku suh masuk sebab ada budak2. Dapat la masuk dan dapat la tempat yang memang stategik.








Dah dapat masuk tapi punya la lama kami tunggu artis buat persembahan. Aku rasa lebih 1 jam kami tunggu dah la hujan belum reda2 lagi nasib baik aku pilih tempat berbumbung tak de la kesejukan dalam hujan. Cuma kesihan pada si putri kesayangan En suami ni merengek kesejukan. Kesian dia...

Kesimpulannya aku kena tengok bila nak bawak anak2 mesti tengok cuaca dan tempat. Si along tak ada masalah sebab dia dah besar.

Dia datang balik

Seminggu aku holiday (kpj) rasa sakit2 dan sengal2 masih belum pulih tapi aku gagahkan untuk menjalankan tanggungjawab kepada syarikat.

Dia datang balik tahun ni.. 

punca aku je yang tahu. Punca kecik faktor pemakanan.. kena kontrol makan ke? Oh tidak... dah kena sound pun masih nak pikir pasal makan ko ni yus. Tak serik2 ye ko kan... hehehe...


Cuba kalau saya tak nak dengar

'Cakap awk je saya nak kena dengar bila part saya bersuara awk asyik bangkang je'. Pernah tak korang alami situasi mcm aku alami ni. Dalam pergaulan malah kat mana2 pun situasi ini akan berlaku.

Selalunya situasi macam ni boleh mencabar keimanan sabar aku tapi tak pe sebab aku bukan jenis yang suka melatah. Cool je beb, tak pe... ada ubi ada batas sampai masa ko Dia yang akan balas.

Marah na kan? Mesti la marah sebab aku bukan hamba manusia aku hamba kepada Pencipta aku iaitu DIA yang berkuasa. Jangan marah2 yus nanti stress datang, bila stress mari timbul la sakit so jangan marah2 tk bagus untuk kesihatan yus..

Baik... tarik nafas hembus.... fuh... lega. Dah keluarkn segala beban dalam otak ni. Kawan2 yang baca jangan stress pulak, nak tahu aku stress ngan sape.. heheh. Ni rahsia. Tak payah nak jadi tanda tanya sangat la... biar aku buang segala bala bencana dalam kotak pemikiran aku ni.... hehehe

Boleh tengok gambar sekadar hiasan tu... tenang dan damai