Tiktok Mekyuhhh

Showing posts with label sUKaN. Show all posts
Showing posts with label sUKaN. Show all posts
Thursday, 18 December 2025

MasterChef KSR Part 2

 


Sambungan cerita MasterChef KSR yang berlangsung pada Sabtu lepas, 13/12/2025.




Acara bermula seawal jam 9.00 pagi, bila semua peserta dikumpulkan dan diumumkan cabaran pertama setiap kumpulan diberikan RM100 untuk membeli bahan mentah di NSK Seremban 2. Masa yang diberi untuk misi membeli barang hanyalah 1 jam sahaja. Masing-masing terus bertukar jadi chef + akauntan + pembeli tegar, kira harga sambil berlari dalam pasar. Ada yang ulang-alik rak rempah, ada yang termenung depan ayam sambil buat kira-kira dalam kepala.








Selesai urusan membeli, semua peserta bergerak balik ke ibu pejabat untuk sesi memasak.Bila masuk je kawasan dapur, suasana terus bertukar meriah luar biasa. Tema hari tu masakan India, jadi urusetia pun pasang lagu-lagu Bollywood tanpa segan silu. Terus rasa macam tengah berada dalam set filem India  bezanya semua pakai apron, bukan sari 







Aku pula ditugaskan untuk buat Live TikTok.Nak kata senang tu, tipu la weh. Dari pukul 9 pagi sampai 1 tengah hari, tangan aku literally lenguh pegang phone. Berdiri, pusing sana sini, rakam meja ke meja, interview sikit-sikit. Haus jangan cakap, lapar pun jangan tanya. Rasa macam tangan nak tercabut, tekak kering, perut berbunyi ikut rentak lagu Bollywood. Tapi demi content, aku teruskan juga. Profesional konon 





Walaupun penat, keseluruhan acara memang best gila. Gelak ketawa, kecoh, bau rempah satu ruang, semua orang enjoy. Dan akhirnya, pemenang dinobatkan dari Dapur Lebur kumpulan yang dianggotai semua perempuan. Memang padu, kemas, rasa pun on point. Memang layak menang, tak boleh dinafikan.









Pendek kata, MasterChef KSR ni bukan sekadar pertandingan masak, tapi jadi memori manis yang penuh gelak, penat, lapar dan kepuasan. Kalau ada season seterusnya… aku rela jadi cameraman lagi  asal ada air dan makanan siap 

 




 

 

Thursday, 28 August 2025

Berakhir Sudah Sukan Bekalan Air Malaysia 2025 - Selangor Tuan Rumah

 


Alhamdulillah, berakhir sudah Sukan Bekalan Air Malaysia (SBAM) yang berlangsung pada 20 hingga 25 Ogos 2025. Perasaan bercampur-baur bila mengimbas kembali detik-detik sepanjang kejohanan ini – ada manis, ada pahit, ada gelak tawa, dan ada juga rasa penat yang tak terkata.

 

Kami berjaya menjuarai peringkat kumpulan setelah menewaskan pasukan dari Melaka, Pulau Pinang, dan Sarawak tetapi terkandas di suku akhir melawan Petra

Bagi saya dan pasukan bola jaring, walaupun kemenangan bukan milik kami, tapi kami tetap berbangga kerana sudah berikan yang terbaik. Setiap titik peluh, setiap latihan yang kami lalui sebelum perlawanan benar-benar mengajar kami tentang erti kerjasama dan semangat juang.

Kenangan paling indah? Mestilah karenah rakan-rakan seperjuangan yang sentiasa ada untuk menceriakan suasana. Ada yang serius fokus, ada yang suka buat lawak untuk hilangkan rasa gemuruh, dan ada juga yang jadi ‘coach segera’ bila tengah panik di gelanggang. Inilah warna-warni yang buat pengalaman ini sukar dilupakan.

SBAM 2025 mungkin sudah melabuhkan tirainya, tapi kenangan dan pengalaman yang kami kutip akan kekal dalam ingatan. InsyaAllah, lagi 2 tahun kami akan datang lagi ke Terengganu dengan semangat yang lebih kuat!

 


 






Thursday, 14 August 2025

Aku & Bola Jaring di Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2025


Tahun 2025 ni memang penuh cabaran, tapi dalam sibuk-sibuk kerja, aku dapat satu peluang yang tak semua orang rasa—wakil pasukan syarikat untuk acara bola jaring di Sukan Bekalan Air Se-Malaysia yang bakal berlangsung pada 20 hingga 25 Ogos 2025. Tahun ni, tuan rumahnya pula Air Selangor, jadi memang terasa lagi semangat nak bertanding.

Walaupun aku bukanlah pemain profesional, tapi minat dan rasa nak cuba tu membuak-buak. Latihan pun dah bermula—petang-petang lepas kerja, kami turun padang. Penat memang penat, badan rasa macam nak tercabut, tapi bila bersama satu pasukan yang saling gelak, saling jerit bagi semangat, semua rasa lelah tu hilang.

Bola jaring ni nampak macam senang, tapi sebenarnya kena banyak berlari, kena cepat buat keputusan, dan kena kuat kawal emosi bila kena “block” atau bola kena rampas. Kadang-kadang aku fikir, sukan ni bukan sekadar fizikal—ia ajar aku tentang kerjasama, sabar, dan fokus.

Tapi yang paling lawak, masa latihan minggu lepas aku sempat rasa “glamer” sebab berjaya tangkap bola tinggi… sekali terpijak kaki sendiri dan hampir jatuh. Nasib baik ada gaya “cover line” — buat-buat stretching sambil pura-pura tak ada apa berlaku. Lepas tu, bab paling mencabar bukan masa main, tapi masa tunggu giliran — nak duduk takut otot kejang, nak berdiri takut semput.

Aku harap bila tiba hari pertandingan nanti, kami bukan saja dapat main dengan baik, tapi juga bawa balik kenangan manis. Menang atau kalah tu adat permainan, tapi pengalaman dan persahabatan yang terbina tu lah yang paling berharga. Dan kalau ada gambar aku tengah buat muka serius, jangan terpedaya… itu sebenarnya muka tahan nafas sebab dah pancit.


Tak sabar nak rasa suasana meriah di sana, jumpa peserta dari seluruh Malaysia, dan buktikan yang Team Bola Jaring syarikat aku ni bukan calang-calang! 

Wednesday, 13 August 2025

SUKAN BEKALAN AIR SE-MALAYSIA 2025

  



🔥 Tarikh: 20 – 25 Ogos 2025
📍 Tuan Rumah: Syarikat Air Selangor

Tahun ni, semua geng industri air dari seluruh Malaysia akan turun padang (dan turun gelanggang!) untuk Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2025. Meriah weh! 😍 Tahun ni Air Selangor jadi tuan rumah, jadi bersedialah untuk acara paling happening dalam kalendar industri air.

Kita ada 13 acara sukan yang confirm buat semua berpeluh, gelak, dan mungkin… terpeleot sikit 🤭 :
1️⃣ Footgolf & Footsal
2️⃣ Badminton
3️⃣ Pingpong
4️⃣ Golf
5️⃣ Bola Jaring
6️⃣ Bola Tampar
7️⃣ Bola Sepak
8️⃣ Dart
9️⃣ Carom
🔟 Tarik Tali
1️⃣1️⃣ Bowling 



🎯 Objektif?
Selain nak rebut piala, kita nak eratkan lagi hubungan antara semua warga industri air. Yang menang kita raikan, yang kalah pun kita tepuk tangan. Janji semua balik dengan memori manis dan semangat baru.

Jadi geng… standby jersi, kasut sukan, dan semangat juang masing-masing. Kita jumpa di Sukan Bekalan Air Se-Malaysia 2025! 

Sunday, 10 August 2025

Latihan Bola Jaring: Antara Semangat dan Realiti Usia 40-an




Siapa sangka, pada usia 40-an ini saya kembali aktif di gelanggang bola jaring. Dulu masa muda-muda, lari sana sini tak rasa apa. Tapi sekarang… ya Allah, baru suku masa permainan, saya dah pancit! Nafas tercungap-cungap macam baru lari marathon.

Setiap kali habis latihan, badan rasa macam baru kena lenyek lori. Sakit-sakit sampai ke esok pagi. Bangun tidur pun perlahan-lahan, takut tersalah gerak nanti sendi menjerit. Tapi dalam perit itu, ada satu rasa puas yang susah nak digambarkan.

Bukan mudah bila umur dah masuk 40-an. Tenaga tak sama macam dulu. Baru nak panaskan badan, dah rasa penat. Tapi saya tetap teruskan sebab minat, dan sebab kawan-kawan yang sama naik semangat.

Latihan bola jaring bukan sekadar berlari ke sana ke sini. Ia perlukan strategi, fokus, dan banyak berfikir. Bila nak passing? Bila nak block? Nak bergerak ke mana? Otak pun penat sama macam badan! Tapi di sebalik semua cabaran tu, saya belajar sesuatu – bahawa usia bukan penghalang untuk kekal aktif, cuma kita perlu lebih bijak jaga diri.

Jadi buat anda yang mungkin sedang berkira-kira nak aktif semula dalam sukan selepas usia 40-an, saya boleh katakan – teruskan. Memang pancit, memang penat, memang sakit-sakit, tapi percayalah… rasa puas tu tak ternilai.

Thursday, 31 July 2025

Latihan Bola Jaring Ke SBAM 2025

 Latihan Boleh Jaring SBAM 2025: Permulaan Langkah Menuju Kejayaan



Pada 20 hingga 26 Ogos 2025, satu fasa penting telah bermula bagi pasukan kami apabila latihan bola jaring diadakan sebagai persediaan awal menuju kejohanan akan datang. Suasana di gelanggang begitu bersemangat sejak hari pertama, dengan para pemain hadir tepat pada waktunya, bersedia untuk memberi sepenuh tenaga dan komitmen.

Latihan ini bukan sekadar mengasah teknik dan strategi, tetapi juga medan untuk membina persefahaman antara pemain. Setiap hantaran, setiap percubaan jaring, dan setiap arahan jurulatih disambut dengan penuh fokus dan kesungguhan. Walaupun kadangkala keletihan jelas terpancar di wajah kami, semangat untuk membawa nama pasukan ke peringkat yang lebih tinggi tetap tidak luntur.

Sepanjang minggu latihan berlangsung, pelbagai aspek permainan diberi penekanan — dari ketepatan hantaran, pertahanan yang mantap, hingga kepada gerakan taktikal di kawasan jaring. Jurulatih juga memberi peluang kepada semua pemain untuk menunjukkan potensi masing-masing, dalam suasana latihan yang kompetitif tetapi tetap membina.

 



Apa yang paling membanggakan, semangat berpasukan semakin kukuh. Gelak tawa, sorakan semangat, dan sokongan sesama pemain menjadi warna sepanjang sesi berlangsung. Ia bukan hanya latihan fizikal, tetapi juga latihan mental dan emosi — sebagai satu keluarga, satu pasukan.



Latihan boleh jaring ini hanyalah permulaan. Masih banyak yang menanti di hadapan. Namun, dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan sepanjang minggu, kami percaya pasukan kami sedang melangkah ke arah kejayaan yang lebih besar, insya-Allah



Wednesday, 11 May 2016

Sukan Bekalan Air se Malaysia (SBAM) Ipoh

Pada 07/05/2016-09/05/2016 telah berlangsung kejohanan mini sukan antara syarikat air di Malaysia. Aku antara salah seorang atlit ke sana. Hepi pun ada, risau pun ada, gerun pun ada. Perasaan bercampur2...

Pada 07hb tu kami ke Ipoh dengan menaiki bas charted Syarikat sewa sebanyak 2 buah dan beberapa kenderaan syarikat.

Hari pertama 07/05/2016 pukul 8.30am kami berkumpul di perkarangan opis sebelum berlepas. Kami pakai baju kaler kuning... sampai di Hotel dalam pukul 3pm tapi jadi spoile adalah kami kena tunggu 1 1/2 jam untuk masuk ke bilik. Bilik aku paling last, alasan hotel tengah kemas... dah la dari jauh naik bas dalam 6jam pastu tunggu lagi.. marah tu memang marah tapi bagi aku kemarahan tak boleh selesaikan masalah...






Time ni kami singgah di RnR Gopeng kalau tak silap aku untuk makan tengahari.

Ni hari kedua di ipoh, time ni kami menang lawan tuan rumah Perak dan Kelantan



Kak izan injured time ni dan tak dapat main lagi. Kesian dia


Ni pagi hari terakhir kami berlawan malangnya kami kalah dengan Melaka dan selangor


Ni pulak dinner malam terakhir...