bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 31 December 2010

selamat tinggal 2010





hari nie last tahun 2010.....

sekejap sangat masa berlalu kan. tak terasa kita sudah tamat tahun 2010. rasa terharu, sebak, sedih dan gembira semua bercampur aduk. yang terharu adalah aku semakin meningkat matang, yang sebak aku semakin dimamah usia, yang sedih aku masih seperti tahun2 yang lalu dan yang gembira adalah rezeki aku sekeluarga semakin meningkat.. Alhamdulillah...

azam????
nak buat apa berazam kalau azam yang sudah2 masih terbengkalai... azam aku? setiap tahun aku berdoa semoga keluarga aku dilimpahi kebahagian di dunia mahupun akhirat. dan azam aku pada tahun 2011 adalah semoga perniagaan keluarga akan bertambah maju.. insyaallah.

kenangan????
banyak kenangan manis mahupun pahit aku tempuhi. biasalah sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kelemahan mesti tidak lari dari membuat kesalahan. semua yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian.

apa berlaku???
  1. tahun nie hubby dapat kerja dekat SAINS
  2. Along meningkat remaja walaupun perangai keanak-anakan masih terserlah
  3. adik semakin tinggi dan nakal dengan karenah yang tidak pernah penat
  4. aku? semakin lebar... huhuuh
tahun baru nie aku juga berazam ingin menjadi seorang yang lebih matang dalam menanggani masalah yang sentiasa menimpa. aku juga berazam menjadi seorang isteri yang taat kepada suami dan solehah. aku nak jadi ibu yang penyayang dan mitahli.... Insyaallah

semoga tahun ini kesihatan kami sekeluarga akan bertambah sihat. kenangan semasa berada di hospital kerana mengidap demam denggi masih menjadi mimpi ngeri dalam tahun 2010. sakit bukan kepalang.... semua sendi menjadi ngilu. sesiapa yang telah melaluinya akan rasa betapa seronoknya menjadi seorang yang sihat.

Related Post:

  • semakin sihatdari hari sabtu sampai hari rabu aku rasa diri aku semakin sihat. syukur kepada Yang Esa kerana masih mahu melihat hambamu di muka bumi ini. ku panjat syukur pada Mu kerana dapat l
 Read More
  • Hari ke-5 di wadaku rasa ari nie aku dah sihat sejahtera, hehehehhe.... rasa sihat yang membuak-buak leh ker cakap cam tu? macam orang yang lupa diri lah pulak yea. bukan apa aku cuma nak cakap ya
 Read More
  • Sudah sihathari nie dah 3 hari kuar dari wad. rasa sengal2 ada lg sikit2 tp xpe janji dapat balik umah.. selamat balik umah kepada yuslina bt ghazali. huhuu.. syahdu nya, seminggu tinggalkan 
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment