bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 16 November 2017

Tanah tumpah darah ku

Minyak naik lagi tak tentuang tak tentuang 
apa sudah jadi tak tentuang tak tentuang
sakit hati ini tak tentuang tak tentuang
bagai mahu mati tak tentuang tak tentuang

apa la nak jadi sekarang ni, duit turun tapi harga minyak terus meroket. kami ni insan biasa2 memang terasa sangat kehangatan kenaikan harga tu. bukan aku nak merungut tetapi dah terlalu banyak beban yang terpaksa kami hadapi dan tanggung. malahan aku bukan kerja di sektor kerajaan lagi lah rasa sangat terbeban dengan bebanan yang makin berat dan sangat berat.

bila harga minyak naik, semua akan  naik dengan alasan minyak dah naik. kasihan la dengan kami yang hanya ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang pastu malam dah x nampak nak kais kami mengikat perut untuk makan (huhuhuhu....)


sekarang aku isi minyak RM50.00 rasa macam isi rm15 sahaja walaupun aku menggunakan kereta buatan Malaysia. nampak tak dekat situ betapa kecik nya matawang Ringgit Malaysia berbanding sebelum ni? kalau berterusan macam ni impak dia sangat lah tinggi nanti. sebagai contoh mak dan ayah atau kita sendiri nak menunaikan haji atau umrah dari 6K boleh jadi sampai 15k untuk umrah so mampu tak nanti kita nak kesana? 

Malaysia oh tanah air ku...




Related Post:

  • salam Jumaathari ini adalah hari terakhir bagi minggu ini aku bekerja dan hari ini la hari yang dinanti-nantikan oleh aku... heheheh sebab esok dah cuti yeeaahhhhaaaaa... soronok dan beronok r
 Read More
  • LariMalam ni rasa sayu sangat rasa nak nangis rasa rindu dan mcm2 rasa la. Tak tau nak ungkap dengan kata-kata. Nak sangat lari ke zaman kanak2 zaman yang tidak perlu untuk berfikir ap
 Read More
  • give and takeassalamualaikum dan selamat sejahtera semua,korang pernah tak gaduh dengan seseorang dan cakap dalam hati yang korang tak akan maafkan mereka tersebut. aku dulu pernah dan ada bebe
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment