bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Saturday, 11 November 2017

harap aku dikenang...



Pernah sekali Aisyah berasa amat cemburu kepada Saidatina Khadeejah. Lalu, terkeluarlah dari mulutnya

"Engkau masih ingat pada seorang perempuan TUA, padahal Allah telah menggantikannya dengan yang lebik baik!"
Apabila mendengar ucapan tersebut, Baginda menjadi marah. Terlalu marah. Sehinggakan berdiri rambutnya kerana menahan amarah tersebut.

"Tidak. Demi Allah, selamanya tidak akan ada gantinya. Dialah yang mula-mula beriman kepadaku sewaktu orang lain masih kafir. Dialah yang membenarkan aku sewaktu orang lain membenciku dan memulaukan aku. Dari dia aku diberi Allah anak-anak, sedang dari yang lain aku tidak mendapat anak"

Sejak dari peristiwa itu, Aisyah tidak lagi berani menyebut nama Saidatina Khadeejah secara kurang hormat melainkan beliau akan berlemah lembut dan berjaga-jaga dalam perkataannya.
‱ Lihatlah, betapa kasih dan sayangnya Baginda SAW terhadap isterinya yang bernama Khadeejah. Biarpun isterinya itu telah pergi bertemu Allah lebih dulu daripadanya, namun namanya tidak pernah lekang di ingatan dan sentiasa meniti di bibir mulut Baginda yang mulia.

‱ Suamiku.. Jadilah seperti Rasulullah, yang begitu menghargai isterinya biarpun dia telah tiada. Yang tidak pernah melupakan kebaikkannya biarpun jasadnya telah dipisahkan masa. Yang tidak pernah luntur kasih sayangnya biarpun dia telah pergi buat selamanya. Aku tunggu. Aku doa. Agar suatu hari nanti kau akan jadi seperti dia. Insan yang aku rindu melebihi segala-galanya.
.
sekadar perkongsian..

Related Post:

  • Dia part 2hari ini dia pergi berjumpa dengan seseorang yang boleh membantu, keputusan seseorang tu buat dia terfikir dan merasakan adakah seseorang itu telah buat dan lihat dengan sempurna? 
 Read More
  • Dia part 1Telah beberapa hari rasa tak tentu arah dan lain macam. bukan nak merungut tetapi terasa sangat lain macam. entahlah... memang rasa sangat bukan nak buat2 dan bukan cakap2 je, oran
 Read More
  • Dia part 3pagi ni badan mengigil memikirkan keputusan yang diterima pagi tadi... adakah betul keputusannya??? pening kelapa memikirkan apa sebenarnya berlaku...tak apa, DIA kan maha kuasa...
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment