bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 14 May 2010

hati seorang kakak

Senak perut aku, hancur hatiku, luluh jantung aku... kenapa semua ini berlaku pada keluarga aku? kenapa??? .....

tut3... tut3...
ada suara serak kedengaran pada corong telefon. bait2 bicara dari orang ditalian membuat pikiran aku dan hati aku jadi tidak keruan, tidak menentu, tiba2 air mata aku jatuh berlinangan. kenapa? kenapa???? tiba-tiba pikiran aku teringat pada mereka. apakah perasaan mereka? boleh kah mereka menerima semua perkara nie? Ya Allah.. kuat kan hati mereka kuat kan juga hati ku.

adik,
mana akal dan fikiran mu? kenapa ikut hati sedangkan kau tau ikut hati akan mati? kenapa ikut rasa yang memang terang-terangan akan binasa? kanapa ikut nafsu yang kau akan lesu? kenape? kenape? kenapa?...

Insaflah wahai adik ku. kau akan merasa saat sunyi, saat sepi, saat dimana kau akan merasa ruginya hidup yang tiada arah. tidak kah kau nampak muka-muka sedih mak dan abah? bila kakakmu ini tanya tidak kah ada setitik kekesalan pada diri mu. jawapan kau membuat kan diriku tertanya-tanya, kau menyesal tapi kau tidak mampu menahan nafsu kedegilan mu. berfikir aku sejenak adakah anak2 remaja zaman sekarang sudah tiada otak untuk berfikir walaupun mereka berpelajaran tinggi?

aku menatap wajah sayu si adik. dia cuma mampu menangis dan termenung memikirkan masa depan nya yang sama ada masih bersinar atau sudah gelap gelita. aku memandang tepat wajah adik ku yang aku sendiri tidak tau adakah aku marah, adakah aku kesian atau pun aku tidak mempunyai perasaan lagi ketika ini.

mak,
ampuni lah dosa adik. peluk lah tubuh adik kerana dia memerlukan belaian seorang ibu. maafkan dirinya diatas apa yang telah dia lakukan. setiap apa yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya. mudah-mudahan dia akan mendapat keinsafan dari Yang Satu.

abah,
janganlah membenci adik lagi. maafkan dia kerana dia masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar mu. dia jua adalah antara lambang cinta mu bersama ibu. mungkin kedegilan dia akan memberi kekuatan yang abah tidak tau apa yang DIA mahu sampaikan pada abah.

aku juga berharap apabila dia berada di rumah besi yang terlalu ramai penghuni yang senasib dengannya akan menunjukkan jalan yang lurus dan memberi keinsafan pada dirinya.

hukuman masih belum dijatuhkan pada adik tapi aku tau apa hukumannya. aku tau berapa sebatan nya. aku jua tau lama mana dia akan berada di rumah barunya. adakah dia mampu berada di sana berbulan-bulan, bertahun-tahun? dia sendiri yang akan tentukan dan dia mesti laluinya kerana dia yang melakukan semua kesalahan itu.. Ya Allah tabahkan lah hati adik.

sesungguhnya aku sudah tidak dapat berpikir apa2 lg tentang adik. bila aku kenangkan nasibnya air mata aku seolah-olah tau apa yang patut dilakukan iaitu mengalirkan air mata. di suatu masa nanti aku berdoa agar dia akan menjadi insan berguna dan soleh.. Amin.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFWqfCTJUfHAEavCZJ5ug8PDJg3sa47h2Oe4WxNceGKbiTDUbGq_eu87jbA3ehaX3fUBPNwqAJTRZ_sU1ZPf0yhpclsxm9hEIawaDfwMSOUT7632E3PlEU-l8XO57DcNSvnH0UdOItjZZy/s400/nod.jpg

(hasil nukilan... yusrh79)

Related Post:

  • gambar eni n anak nya - minanie lah anak buah aku yang pertama. nama penuh dia aku lupalah tp kami panggil mina. dah 2bulan, aku belum tengok real lg nie pun upload dlam fb adik aku. comel sungguh geram mak n
 Read More
  • majlis pertunangan zarawipada 07.11.2011 adik aku yang lelaki telah melangsungkan majlis pertunangan dengan wanita pilihan nya, ain namanya. aku selaku kak ngah mengharapkan yang terbaik kepada adik tersay
 Read More
  • Rozalina akad nikah (15.01.2011)time ena kawen aku xpat balik so aku n famili akan balik time kenduri nanti. lawa kan adik aku nie? hehehehehe....dia kawen ngan orang klate. dah 2 orang adik ipar aku orang klate.
 Read More
4 comments on "hati seorang kakak"