bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Monday 25 September 2017

majlis menyambut menantu

salam sayang saya ucapkan,
buat rakan2 blog sekalian,
majlis saya tidak la grand,
untuk semua tetamu undangan.

majlis pada 30/09/2017 dah semakin dekat cuma tinggal beberapa hari je lagi. aku harap sangat semua berjalan lancar seperti dirancang. aku juga harap rakan2 jemputan dapat hadir memeriahkan majlis.



belah aku kale maron manakala belah suami kale apa ek? hahaha lpe ar... majlis xde la besar mana cukup sekadar mewawarkan pada semua yang aku dan suami telah disatukan. doakan kali ini rumahtangga aku hingga ke jannah.

mana rakan2 yang saya tidak jemput bukan bermakna saya sombong tapi saya sekadar buat simple dan ala kadar sahaja. harap jangan kecil hati yea



Thursday 21 September 2017

wanita terbahagia


Dr. Aid al-Qarni mencatatkan dalam salah sebuah karyanya, “أسعد امرأة في العالم ” – Wanita Terbahagia Di Dunia tentang dalam mencapai kehidupan yang bahagia; anda harus:
  1. Lakukan perkara yang anda suka. Sekiranya tidak dapat, cari hobi yang anda suka dan lakukannya di waktu-waktu lapang dan mahirkannya.
  2. Jaga kesihatan diri kerana ia adalah jiwa kebahagiaan. Ini bermaksud, makan dan minumlah sekadarnya, lakukan senaman berjadual dan elakkan daripada mempunyai tabiat buruk.
  3. Punyai cita-cita atau impian dalam hidup, kerana dengan bercita-cita, ia akan menjadi satu motivasi dan semangat untuk merealisasikannya.
  4. Hadapi kehidupan seadanya dengan menerima yang pahit mahupun yang manis.
  5. Hidup dalam realiti, bukan denngan menyesal untuk yang sudah lepas dan terlalu risau akan hari esok yang belum tentu tiba.
  6. Berfikir sedalam-dalamnya akan sebarang tindakan atau keputusan yang diambil dan jangan menyalahkan orang lain atas setiap keputusan yang diambil atau kesan daripada keputusan yang kita putuskan.
  7. Lihat pada mereka yang lebih susah daripadamu.
  8. Amalkan sikap suka memberi senyuman dan bersikap ceria, dan bertemanlah dengan mereka yang bersikap positif.
  9. Bersungguh-sungguh membahagiakan orang lain supaya kita terkesan dengan keadaan sekeliling yang membahagiakan.
  10. Anggap kebanyakan kejadian dalam kehidupan sebagai yang membahagiakan dan melapangkan dan jadikan ia sebagai salah satu sebab untuk memperbaharui kebahagiaan .
Dan, akhir sekali, nikmatilah hari ini dengan sepenuhnya dan carilah perkara-perkara yang boleh menghalang sebarang penderitaan sebelum ia datang menyerang.
Monday 18 September 2017

mari la sama2


Isu anak-anak Tahfiz: Tamparan hebat buat ibu bapa dan sistem pendidikan negara. 

12 tahun dah positif SYABU oiiii!! 

Diulangi...

12 tahun positif SYABU!!! Allahuakhbar!!!
Bukan kategori biasa-biasa punya masalah tu.🤒🤒🤒🤒🤒

Budak-budak yg melakukan jenayah ini katanya masih kecil.
Tidak matang, tidak tahu apa-apa.
Di bawah pengaruh dadah. 




Tapi bagi saya, modus operandi mereka cukup MATANG mcm org dewasa punya kerja.
Terbaik punya perancangan baii! 
Plan yg mereka buat bukan mcm akal budak2, lebih dari pembunuh bersiri!
Siap angkat tilam naik tgkat 3, beli petrol, curah minyak depan pintu masuk asrama, curi tong gas dr PPIM (bangunan sebelah) dan angkat ke tingkat 3 (bangunan tahfiz). Cucuk guna lidi kepala gas supaya gas keluar hala ke arah pintu, kunci pintu bilik dgn spanar dr luar. Ya Allah..

Xhebat lg ke planning tu??
Itu mmg btl2 berniat nk membunuh lah hingga xde jalan keluar lain utk mangsa selamatkan diri lgsung!

Pada pendapat saya dr kaca mata seorg guru, sudah tiba masanya kementerian pendidikan mengembalikan semula "hak" merotan dan mendidik pelajar kpd semua guru. 

Biarlah mak ayah melihat tapak tangan anak berbirat kemerahan dari menangis melihat tangan anak bergari masuk lokap!
Tidak matinya setakat rotan di tangan atau tapak kaki bermula darjah 1. Jika ibu bapa trlalu sayangkan anak-anak, blh ajar anak-anak sendiri di rumah ikut acuan sendiri. 🤷🏻‍♀

Tuan-tuan dan puan-puan,
Utk pengetahuan kalian, 
Hari ini, guru-guru di sekolah hanya boleh mengajar sahaja.
Sambil terkejar-kejar dgn tugas sampingan yg bertimbun-timbun.
Pertandingan, kursus, sistem online dan dasar-dasar yg perlu diikuti dan berubah setiap masa. 
Diselitkan pula SYARAT ketat iaitu TIDAK BOLEH menghukum pelajar dgn apa cara  hatta MEMBEBEL sekalipun.

Lalu bagaimana?

Bak kata Tuan Fdaus Ahmad  "Padan muka kita! Allah tarik anak-anak Tahfiz, Allah tinggalkan anak-anak Syabu"

Ejek Vs Bakar Orang. 

Anak-anak kita makin tenat😰

Cikgu Suraya yg xdapat tidur,
12.58 am.
Miri, Sarawak.

#SHARE
#SAYAIZIN

aku copy dr ws group, memang benar kata2 yang dilontarkan oleh cikgu di atas. sampai bila kita hanya melihat dan melihat? tragedi tahfiz terbakar yang menyayat hati dan telah membuka mata banyak pihak.

tapi kalau kita sebagai rakyat malaysia masih lagi leka, saya sendiri pun rasa takut dan gerun apa pulak perkara yang tidak disangka2 akan berlaku lagi.
Friday 1 September 2017

hari lahir mereka

Bulan lepas bulan lahir bagi ketiga-tiga jantung hati aku. kopak acik bulan ni... huhuhu

buat suami tercinta, semoga Allah pelihara kehidupan abg, murahkan rezeki abg, bahagia bersama isteri abg dan panjang umur



semoga mereka panjang umur, murah rezeki, sihat, bahagia, taat pada kedua orang tua..