bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 21 September 2017

wanita terbahagia


Dr. Aid al-Qarni mencatatkan dalam salah sebuah karyanya, “أسعد امرأة في العالم ” – Wanita Terbahagia Di Dunia tentang dalam mencapai kehidupan yang bahagia; anda harus:
  1. Lakukan perkara yang anda suka. Sekiranya tidak dapat, cari hobi yang anda suka dan lakukannya di waktu-waktu lapang dan mahirkannya.
  2. Jaga kesihatan diri kerana ia adalah jiwa kebahagiaan. Ini bermaksud, makan dan minumlah sekadarnya, lakukan senaman berjadual dan elakkan daripada mempunyai tabiat buruk.
  3. Punyai cita-cita atau impian dalam hidup, kerana dengan bercita-cita, ia akan menjadi satu motivasi dan semangat untuk merealisasikannya.
  4. Hadapi kehidupan seadanya dengan menerima yang pahit mahupun yang manis.
  5. Hidup dalam realiti, bukan denngan menyesal untuk yang sudah lepas dan terlalu risau akan hari esok yang belum tentu tiba.
  6. Berfikir sedalam-dalamnya akan sebarang tindakan atau keputusan yang diambil dan jangan menyalahkan orang lain atas setiap keputusan yang diambil atau kesan daripada keputusan yang kita putuskan.
  7. Lihat pada mereka yang lebih susah daripadamu.
  8. Amalkan sikap suka memberi senyuman dan bersikap ceria, dan bertemanlah dengan mereka yang bersikap positif.
  9. Bersungguh-sungguh membahagiakan orang lain supaya kita terkesan dengan keadaan sekeliling yang membahagiakan.
  10. Anggap kebanyakan kejadian dalam kehidupan sebagai yang membahagiakan dan melapangkan dan jadikan ia sebagai salah satu sebab untuk memperbaharui kebahagiaan .
Dan, akhir sekali, nikmatilah hari ini dengan sepenuhnya dan carilah perkara-perkara yang boleh menghalang sebarang penderitaan sebelum ia datang menyerang.

Related Post:

  • selamat hari ibu 09/05/2010selamat hari ibu buat diri ku sendiri, semoga hari2 yang mendatang walaupun banyak dugaan akan aku tempuh dengan keyakinan dan kesabaran sebagai seorang ibu yang terlalu menyayangi… Read More
  • Hargai la sblm terlewat"hargai lah Ia sblm terlewat..." Jika seorang istri menangis dihadapanmu, itu berarti dia tidak dapat menahannya lagi...Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan ting… Read More
  • Waktu subur wanitaOleh : Dr. AzwanKenapa anda perlu tahu waktu subur wanita? Ada 2 sebab utama :1. Untuk memudahkan mendapat zuriat2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriatKedua-duanya adalah sa… Read More
2 comments on "wanita terbahagia"
  1. Bukan mudah menjadi seorang wanita..
    Wanita adalah seorang yang banyak berkorban untuk kebahagian orang lain berbanding dirinya sendiri..

    ReplyDelete