usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Friday, 12 December 2025

SEGMEN REFRESH BLOGLIST 2026

 


Segmen Refresh Bloglist 2026 – Blog Thisni3zahata

Saya jalan-jalan dekat blog Roziah ada plak Segmen ni, saya memang suka bab2 hadiah. Jangan dihalang untuk sama-sama menyertainya.

 

Thisni3zahata ingin membuat sedikit pembaharuan di blog dia katanya. Jadi, dia dengan sukacitanya melancarkan Segmen Refresh Bloglist 2026 sebagai salah satu usaha untuk mengemas kini senarai blog yang aktif serta merapatkan lagi hubungan sesama blogger.

Segmen ini dibuka khas untuk rakan-rakan blogger yang ingin tersenarai dalam Bloglist 2026. Tujuan segmen ini diadakan bukan sahaja untuk memberi sokongan sesama blogger, tetapi juga untuk memudahkan pembaca meneroka pelbagai blog menarik di luar sana.

Syarat penyertaan dia sungguh simple iaitu :

1. Buat 1 entry tentang segmen ni..
2. Letak gambar banner diatas dekat entry tu dengan backlink ke dia
3. Letak link post korang dekat komen entry dia


senang je kan dia punya syarat? so apa tunggu lagi sila lah kita sama2 memeriahkan segmen ini.

Thursday, 11 December 2025

Sakit tekak dan Batuk yang memenatkan

 


Beberapa hari ni badan memang tak berapa selesa. Tekak mula rasa pedih dan perit, sampai nak telan air liur pun terasa sakit. Bila bercakap lama sikit, suara pun jadi serak dan tak keluar macam biasa. Memang tak selesa, sebab setiap kali cuba nak makan atau minum, tekak rasa perit yang buat saya terpaksa berhenti sekejap.


Dalam masa yang sama, batuk pula datang berulang kali. Bukan batuk biasa-biasa, tapi jenis yang bila sekali batuk, tekak rasa bergegar dan pedih. Kadang-kadang sampai rasa macam anak tekak nak tercabut sebab terlalu kuat. Bila batuk tak berhenti-henti, dada pun mula rasa letih dan seluruh badan jadi cepat penat.

Waktu malam paling mencabar. Baru nak pejam mata, batuk datang semula. Bila dah tersedar sekali, susah pula nak tidur balik. Akhirnya bangun pagi pun dalam keadaan letih sebab tidur tak cukup dan batuk ganggu sepanjang malam.

Saya ambil ubat batuk untuk cuba kurangkan rasa tak selesa ni, tapi ubat tu pula bagi kesan lain. Lepas makan ubat, kepala mula rasa pening dan berat. Mungkin sebab ubat tu memang buat mengantuk, tapi bila saya cuba tahan sebab ada kerja lain nak buat atau tak nak tidur awal sangat, kepala jadi berdenyut dan tak selesa. Jadi bukan tekak je yang sakit, kepala pun turut sama rasa ‘berat’.

Beberapa hari ni saya banyak minum air suam dan cuba elakkan makanan pedas dan berminyak. Sikit-sikit keadaan rasa ok, tapi masih perlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Sakit tekak dan batuk ni nampak macam benda kecil, tapi bila kena berpanjangan, memang letih dan mengganggu rutin harian.

Harapnya dalam masa beberapa hari lagi keadaan akan baik dan batuk pun makin berkurang. Yang penting sekarang, jaga diri dan rehat secukupnya supaya badan cepat pulih.

Wednesday, 10 December 2025

Majlis Apresiasi Si Putri

 


Pada Jumaat, 5 Disember 2025, hari Putri memang marathon dari pagi sampai malam. Pagi hingga 5 petang dia dan kawan-kawan masih di sekolah, ikut kelas tambahan terakhir sebelum paper SPM. Habis kelas jam 5 petang, diorang terus pecut keluar macam bunyi loceng sekolah tu bagi tenaga tambahan. Putri dan kawan baik dia balik rumah dulu ambil baju dan kelengkapan semua terus ke Palm Mall Hotel, sebab mak kawan dia dah booking bilik khas untuk budak-budak ni bersiap. Memang heaven la Putri… penat sekolah hilang sekejap.

Gaun yang dia sewa dengan harga RM150 tu memang cantik, tapi berat macam bawa langsir hotel siap rel sekali.2 jam pakai macam nak tumbang dia cerita... heheheh. mula-mula Gaun tu sampai dia tengok mcm vougue sangat dan malu nak pakai so ibu dia paksa juga untuk pakai sebab dah sewa kan.

Majlis start majlis pukul 8.00 malam, Putri cerita 2 jam majlis tu lebih penat daripada 10 jam kelas tambahan. Sebab sepanjang majlis dia asyik pegang gaun, angkat gaun, tarik gaun, adjust gaun. Bila nak bangun ambik makanan, berat. Nak duduk, ketat. Nak posing, gaun jatuh sebelah. Memang challenge kecantikan sebenar.




Tapi sebab tema malam tu “Smart & Elegant”, Putri tetap maintain. Walaupun dalam hati menjerit, luaran tetap senyum macam Miss Grand Seremban 2025. Kawan-kawan pun siap gelak, “Putri… gaun kau ni kalau buat workout boleh turun 2kg ni…”

Walaupun berat, gaun tu buat Putri nampak sangat anggun malam tu sampai cikgu pun puji. Dan walaupun penat, moment itulah yang Putri akan ingat sampai bila-bila dari kelas tambahan 5 petang, bersiap riuh di bilik hotel, sampai la menahan gaun yang berat sepanjang 2 jam majlis, semuanya jadi kenangan paling lucu dan paling sweet untuk penutup Tingkatan 5.

 





Tuesday, 9 December 2025

Jemputan Majlis Kahwin ada kepada Sahabat Suami 07/12/2025

 


pada Ahad (7/12/2025) yang lepas aku, suami, adha dan mak aku pergi ke majlis kenduri kahwin adik kawan suami. Dah lama betul tak pergi majlis yang buat makan hidang. Bila sampai je, terus rasa macam balik ke zaman dulu, pinggan tersusun elok, lauk datang satu-persatu, siap ada orang tolong tambah kuah. Fuhh… nostalgia betul. Rasa macam tetamu VIP padahal datang biasa-biasa je.


Tapi yang paling win hari tu pengantin berarak naik tandu. Ya Allah, lama gila tak tengok adat Negeri Sembilan yang jenis usung-usung ni. Tandu dia cantik dan simple, bila pengantin duduk, orang sekeliling semua siap pegang phone, sebab moment tu bukan selalu dapat tengok. Masa tandu tu mula bergerak… aku dah huuu takut jugak ni. Sekali tengok pengantin atas tandu tu bergoyang-goyang sikit, aku pula rasa gerun. Eh stabil ke tidak ni? Dalam hati aku: “Kak, jangan senyum sangat… pegang tepi tu kuat-kuat. Kang jatuh viral satu Malaysia.” 

Tapi sebenarnya moment tu memang meriah gila. Orang ramai tepuk tangan, ada muzik kompang, Suasana dia penuh adat, penuh budaya, dan penuh gelak ketawa. Majlis simple tapi rasa hidup. Lain macam feel bila dapat tengok adat lama yang masih orang pelihara. Balik tu aku rasa happy sebab dapat pengalaman yang rare, bukan setakat makan hidang, pengantin pun dapat ride sekali... heheheh



Monday, 8 December 2025

Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk?


Selalu kita dengar orang dapat gelaran Datuk ada yang dapat masa Hari Kebangsaan, ada yang masa Hari Keputeraan Sultan. Kita pun tertanya… “Eh, aku bila pulak?” Jadi hari ni saya nak kongsi secara santai macam mana sebenarnya orang boleh dapat gelaran Datuk.

Jangan risau, bukan kena isi borang macam nak renew roadtax.

Melalui Sumbangan Besar pada Negeri atau Negara. Ini cara paling “betul”. Biasanya gelaran Datuk diberi kepada orang yang berjasa:
 • Bantu naikkan ekonomi
 • Aktif dalam kebajikan
 • Banyak bantu masyarakat
 • Berjaya dalam bidang seni, hiburan atau sukan
 • Pemimpin syarikat yang beri impak besar

Pendek kata, kena ada track record yang orang boleh nampak.

Melalui Pencalonan, Bukan Apply Sendiri yea Untuk dapat gelaran Datuk, orang lain kena calonkan kita.Selalunya daripada:
 • Ketua jabatan
 • Kementerian
 • Kerajaan negeri
 • Persatuan atau NGO

Jadi kalau awak tiba-tiba nak hantar “resume Datuk”, memang tak boleh ya. Sistem tak terima. 

Ada Tapisan & Panel Penilaian Walaupun dah dicalonkan, tak semestinya terus dapat. Ada panel yang akan:
 • Semak sumbangan
 • Tengok rekod kerja
 • Pastikan calon layak

Kiranya banyak peringkat juga sebelum nama naik ke istana.

Penganugerahan oleh Sultan / YDP Negeri / YDPA. Inilah bahagian paling dinanti. Setiap negeri ada gelaran sendiri:
 • Dato’ / Dato’ Sri (contoh: Terengganu, Pahang, Johor)
 • Datuk (contoh: Melaka, Sabah, Sarawak)
 • Datuk / Tan Sri (peringkat Persekutuan)

Kalau nama naik dan diluluskan… barulah dapat panggil “Yang Berbahagia”.

Jalan Pintas Versi Lawak (Tapi Sedihnya Takkan Jadi)
 • Selamatkan kampung dari banjir → dapat pujian, bukan Datuk.
 • Menantu kerabat → risiko tinggi, gelaran tak automatik.
 • Kumpul cucu → yang ini confirm jadi datuk, tapi bukan Datuk berhuruf besar. 
 • Viral buat kebaikan luar biasa → berpotensi, tapi kena konsisten, bukan sehari upload sehari hilang.

Kesimpulan, Nak dapat gelaran Datuk sebenarnya bukan mustahil — cuma perlukan:
 • Sumbangan jelas
 • Penglibatan dalam masyarakat
 • Orang yang yakin nak calonkan kita

Dan paling penting… rezeki & ketentuan daripada pihak istana. Siapa tahu suatu hari nanti, pembaca blog awak ni pun jadi YB Datuk kan.. hahahahah

Friday, 5 December 2025

Hari ni OOTD pinky


Bangun pagi tadi aku tengok almari… baju banyak, tapi hati terpaut dekat warna pink. Entah kenapa, mungkin sebab semalam mimpi makan aiskrim strawberi dua batang hahahah(tak ada mimpi pun... gurau je). Terus auto rasa nak jadi sweet girl gitu.


Lepas siap-siap, tengok cermin pun rasa macam:“Haa… ni lah rupa kalau Hello Kitty dengan manusia bergabung.” Comel ke tak comel tu belakang kira, yang penting confidence ON.



Jalan pergi kerja tadi pun rasa angin pun sopan je bertiupan sebab masa gerak dari rumah memang dah lewat dan  malas nak rush so kita chill je. Mungkin juga sebab pegawai-pegawai aku bercuti? yeahaaaa... tapi alang-alang dah lambat aku singgah klinik panel jap ambik ubat selsema dan ubat tahan sakit. Ubat ni memang sentiasa akan ada stok pada aku sebab si kakak akan sentiasa sakit kepala. Tapi aku jaga juga pemakanan ubat si kakak supaya dia tidak sentiasa berpaut pada ubat je

 

Berbalik pada warna pink hari ini,dia buat mood lain macam. Dia buat mood lembut, hati tenang, dan rasa macam dunia pun slow-mo kejap. Kadang-kadang bukan OOTD yang penting… tapi vibe yang datang dengan warna tu.

So yeah… OOTD pinky hari ni: sweet, lembut, dan sedikit mengada-ngada.Tapi itu lah me today. 



Thursday, 4 December 2025

Kelebihan Chia Seed & Cara Penggunaan


 
Dalam dunia pemakanan sihat hari ini, chia seed semakin menjadi pilihan ramai kerana saiznya kecil tetapi khasiatnya sangat besar. Jom kita tengok kelebihan utama chia seed dan bagaimana cara paling mudah untuk mengamalkannya setiap hari.


Kelebihan Chia Seed

1. Tinggi Serat & Melancarkan Pencernaan
Chia seed kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Sesuai sangat untuk yang sedang diet.

2. Sumber Omega-3 Untuk Jantung Sihat
Ia mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan kolesterol dan menyokong kesihatan jantung.

3. Menstabilkan Gula Dalam Darah
Bila chia seed direndam, ia membentuk gel yang memperlahankan penyerapan gula. Sangat membantu untuk elak gula naik mendadak selepas makan.

4. Membantu Turunkan Berat Badan
Oleh kerana ia cepat mengembang bila kena air, chia seed beri rasa kenyang yang lebih lama—kurang craving, kurang makan berlebihan.

5. Kaya Dengan Protein & Antioksidan
Chia seed juga tinggi protein serta antioksidan yang melindungi sel badan daripada kerosakan dan membantu kulit lebih sihat.

6. Tingkatkan Tenaga Harian
Ramai atlet dan individu aktif gunakan chia seed sebagai sumber tenaga tambahan kerana ia memberikan tenaga yang stabil dan tahan lama.


 Cara Penggunaan Chia Seed

1. Bancuh Dengan Air

Cara paling mudah:
 • 1 sudu chia seed
 • Campur dengan 1 gelas air
 • Biarkan 10–15 minit hingga kembang
 • Minum sebagai minuman sihat harian

2. Campur Dalam Air Lemon / Jus. 1 sudu chia seed + air lemon → minuman detox yang menyegarkan dan menyihatkan.

3. Tabur Dalam Makanan - Sesuai ditabur atas yogurt, oats, salad, bubur, smoothie bowl atau cereal.

4. Overnight Oat - Masukkan chia seed dalam resepi overnight oat untuk tekstur lebih pekat dan kenyang.

5. Chia Pudding
 • 2 sudu chia seed
 • ½ cawan susu pilihan
 • Simpan 1–2 jam → jadi pudding sihat yang sedap.


⚠️ Tips Pengambilan
 • Pastikan minum air secukupnya sebab chia seed cepat menyerap air.
 • Untuk permulaan, ambil 1 sudu kecil dulu sebelum naik ke 1–2 sudu besar sehari.
 • Elakkan ambil terlalu banyak sekaligus supaya perut tidak kembung.


UseZally