Tuesday, 9 December 2025

Jemputan Majlis Kahwin ada kepada Sahabat Suami 07/12/2025

 


pada Ahad (7/12/2025) yang lepas aku, suami, adha dan mak aku pergi ke majlis kenduri kahwin adik kawan suami. Dah lama betul tak pergi majlis yang buat makan hidang. Bila sampai je, terus rasa macam balik ke zaman dulu, pinggan tersusun elok, lauk datang satu-persatu, siap ada orang tolong tambah kuah. Fuhh… nostalgia betul. Rasa macam tetamu VIP padahal datang biasa-biasa je.


Tapi yang paling win hari tu pengantin berarak naik tandu. Ya Allah, lama gila tak tengok adat Negeri Sembilan yang jenis usung-usung ni. Tandu dia cantik dan simple, bila pengantin duduk, orang sekeliling semua siap pegang phone, sebab moment tu bukan selalu dapat tengok. Masa tandu tu mula bergerak… aku dah huuu takut jugak ni. Sekali tengok pengantin atas tandu tu bergoyang-goyang sikit, aku pula rasa gerun. Eh stabil ke tidak ni? Dalam hati aku: “Kak, jangan senyum sangat… pegang tepi tu kuat-kuat. Kang jatuh viral satu Malaysia.” 

Tapi sebenarnya moment tu memang meriah gila. Orang ramai tepuk tangan, ada muzik kompang, Suasana dia penuh adat, penuh budaya, dan penuh gelak ketawa. Majlis simple tapi rasa hidup. Lain macam feel bila dapat tengok adat lama yang masih orang pelihara. Balik tu aku rasa happy sebab dapat pengalaman yang rare, bukan setakat makan hidang, pengantin pun dapat ride sekali... heheheh



1 comment on "Jemputan Majlis Kahwin ada kepada Sahabat Suami 07/12/2025"
  1. Meriah majlis kahwin ni.. seram pula bila dilambung² tu.. kalau nak buat majlis naik Tandu macam tu, tak boleh lah yang badan comel²..kesian orang yang nak mengangkatnya..

    ReplyDelete