Tiktok Mekyuhhh

Friday, 9 February 2018

aku insan yang lemah

kita baca dulu lirik lagu ni, Rayuan ku daripada Rohana Jalil



Aku insan yang lemah 
Hanya mampu berserah 
Ingin sekali bertemu
Untuk mencurah rindu 

Masih tertanam kini 
Hatimu di hatiku 
Malam yang sepi begini 
Gementar hati ini 

Ingin ku hapus namamu 
Tapi tak berupaya 
Bilakah dapat bertemu 
Dengarlah rayuanku 

Hati bergetar Jantung berdebar 
Aku merindumu 
Setiap waktu 

Aku insan yang lemah 
Hanya mampu berserah 
Ingin sekali bertemu 
Untuk mencurah rindu

Masih tertanam kini 
Hatimu di hatiku 
Malam yang sepi begini 
Gementar hati ini 

Ingin ku hapus namamu 
Tapi tak berupaya 
Bilakah dapat bertemu 
Dengarlah rayuanku 
Hati bergetar Jantung berdebar 
Aku merindumu Setiap waktu

sebenarnya tak sama pun dengan lirik lagu ni cuma nak panjangkan perkataan nya sahaja.. heheh. aku tahu aku cuma manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. walaupun begitu aku sentiasa mahu berubah tapi kena la ikut kemampuan dan keupayaan aku.

sejak dua menjak ni rasa sangat sayu dan sedih je mungkin faktor usia kot. sebab tu la aku banyak melakukan perkara yang sentiasa Allah saran kan.

Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.”(At-Taubah:40)

saat aku mengalami kesedihan, ketakutan, atau kecemasan, ada tiga kalimat yang sering aku gunakan untuk berzikir.
  1. Istighfar, memohon ampun kepada Allah.
  2. La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah)
  3. Hasbunallaah wa ni’mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baiknya Pelindung)
kadang-kadang aku juga leka dengan hal duniawi sehingga aku lupa pada DIA yang Maha ESA.
Tuesday, 6 February 2018

mimpi

sebelum aku bercerita pasal mimpi aku malam tadi kita layan dulu lirik lagi Peter Pan MIMPI YANG SEMPURNA... ambil dari mr google

gambar dari En Google


Mungkinkah bila ku bertanya
Pada bintang bintang
Dan bila ku mulai merasa
Bahasa kesunyian...
Tololkah aku yang berjalan
Dalam kehampaan
Terdiam, terpana, terbata
Semua dalam keraguan
Aku dan semua
Yang terluka karena kita
Akukan menghilang
Dalam pekat malam
Lepas ku melayang
Biarlah ku bertanya
Pada bintang bintang
Tentang arti kita
Dalam mimpi yang sempurna

sebenarnya malam tadi aku mimpi pasal Fatah Amin beb... hahaha klakar pun ada sebab Fatah Amin bukan la pelakon kesukaan aku tapi tak tahu kenapa malam tadi ada termimpi dia. dah la aku mimpi aku minat giler pada dia dan dia pulak layan je aku... hahaha
 

bangun2 terus mengucap nape la boleh si Fatah Amin masuk dalam mimpi aku yang tak berapa sempurna. kalau mimpi makanan ok jugak ni mimpi orang apa ke jadah nya... hahahah tapi aku tak adalah nak ceritakan pada En Suami sebab rasa segan pulak... takut kena kecam... hehehe
Friday, 2 February 2018

FEBRUARY GIVEAWAY by Lady in Red Planner

saya pun tak nak lepaskan peluang untuk dapatkan Giveaway from Lady in Red Planner sebab suka sangat bauan daripada de'xandra ni.

sape-sape yang membaca blog saya ni boleh la mencuba nasib yea... jom kita ramai-ramai joint Giveaway ni yang sangat simple dan senang syarat2 dia.

Apa yang anda suka baca dalam blog seseorang?
  1. saya suka baca blog seseorang sebab lifestyle dia
  2. saya suka tengok gambar
  3.  penulisan blogger yang tersendiri dan jadi diri sendiri
  4. suka berkawan dengan ramai kenalan dalam laman sosial. 


Tuesday, 30 January 2018

Air Freshener de’xandra

Mana kawan yang dah tau aku adalah dealer untuk produk de’xandra akan tahu yang aku juga jual baby baru keluaran de’xandra ini iaitu air freshener untuk kereta dan boleh juga di gantung dimana-mana.

 Harga sama macam pewangi kereta di luar sana iaitu semurah rm10 sahaja. Wangian boleh dikatakan semua wangi tapi yang sangat top ada 8 wangian dan boleh dikatakan semua sedap bau nya. Sape2 nak cuba wangian boleh wasap saya di no 017-3502400 dan sape yang dekat dengan Butik kami boleh walk in ke sana yea iaitu di Kuala Berang, Hulu Terengganu tau.


 kalau korang nak tahu kami buat potongan sebanyak 5% tau bleh refer kat gambar bawah ni:

best kan? walaupun 5% tu tak banyak tapi ok la ada la jugak less, betul x?


Monday, 29 January 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

saya pun dah terjebak dengan GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM ni.

mesti cantik2 dia punya servenior. ni pun jalan2 di blog kawan saya iaitu MRS.A dan kawan baru saya RAYDAH so mana tau kan kot2 dapat... hehehe barang free kan mesti kena rebut dan cuba dengan jaya nya...

so,

blogger SITIYANGMENAIP & SALBIAHM saya dah ikut semua arahan. semoga saya berjaya.. Insya Allah

Thursday, 25 January 2018

tiada niat hendak mengata

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...



cuba baca tajuk aku diatas tu, bukan bermaksud nak mengata tapi ini adalah peringatan pada diri aku sendiri dan kawan-kawan yang boleh terima la kesalahan dan kelemahan diri. Aku sebenarnya mempunya ramai kawan yang rapat mahu pun juga tidak rapat dan ada antara mereka berkongsi masalah dengan aku. aku ni pulak jenis suka dengar je apa yang kawan-kawan nak luahkan pada aku tak kira isu apa sekalipun tadah je telinga mendengarnya.

ada satu isu tu yang menyentuh dan aku rasa sangat terganggu bila kawan aku ini yang aku sendiri tau macam mana karektor dan perangai dia, menceritakan pasal kesalahan orang lain yang sebenarnya dia kena mengaku perkara itu adalah perilaku yang dia selalu lakukan dan bila terjadi nya pada dia yang orang lain buat pada dia dan tidak boleh menerima kenyataan.

hendak sekali aku menyuarakan dalam dunia ini ada karma, apa kau lakukan itu la yang kau akan dapat tapi mulut aku masih tidak boleh menyuarakan perkara itu kerana hendak menjaga air muka kawan aku ini. Peringatan ini aku tuju juga pada diri aku sendiri dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara dan menyuarakan sesuatu perkataan yang akan diungkap.

entah la, kadang-kadang kita tidak boleh menjadi terlalu jujur dalam sesebuah persahabatan bimbang akan melukakan perasaan mereka. jadi aku sendiri akan sentiasa menjaga dan mendidik hati supaya berwaspada dan berhati-hati dalam pergaulan seharian.

di sini aku pinjam sepotong ayat yang sentiasa kita dengar "what u give u get back". Ungkapan itu sangat dalam dan sangat bermakna. sekian....
Friday, 19 January 2018

salam Jumaat


hari ini adalah hari terakhir bagi minggu ini aku bekerja dan hari ini la hari yang dinanti-nantikan oleh aku... heheheh sebab esok dah cuti yeeaahhhhaaaaa... soronok dan beronok ronok sangat rasa hati ini. berbunga serta kembang semangkok dah rasa nya.

Dalam Islam pun ada menyatakan yang hari jumaat adalah penghulu segala hari dan hari kiamat adalah pada hari jumaat. Banyak kelebihan hari jumaat ni kan. Kalau dekat Terengganu hari ni adalah hari cuti untuk penjawab awam tapi di Negeri Sembilan sebalik nya. Tak apa la kerja atau cuti kita sama-sama kena beringat yang mati itu pasti.

Hari ini belum lagi berakhir si suami dah ada plan biz dia. Terpaksa lah ikut plan dia esok kalau ikutkan aku, aku nak je duduk rumah santai-santai sambil menonton tv. Memandangkan esok nak keluar malam ni kena la siap2 sikit rumah. Kena basuh kain awal2 dan kemas rumah sikit2 mana yang boleh.