Tiktok Mekyuhhh

Wednesday, 21 November 2012

pertanyaan dia yang buat aku bingung

budak-budak zaman sekarang nie memang cepat belajar. apa sahaja yang mereka lihat mesti ada yang mereka akan ikut. tu sebab kita sebagai ibu bapa patut tahu memilih cerita yang dipaparkan di televisyen. so cuba layan masalah yang aku hadapi bila berdepan dengan putri

Ibu : along belikan ibu kunyit hidup
Along : ok
Putri : "senyap"
-----------------------------------------------
Beberapa minit kemudian

Along balik membawa kunyit yang dipesan, Putri berlari ke arah along sambil mengambil kunyit yang dibawa along. Kunyit bertukar tangan

-------------------------------------------------
Putri : ibu, kunyit ni tak gerak pun. Tadi ibu ckp kunyit idup ke along masa bawak dari kedai along jatuhkan ke? Tu yang kunyit dah tak gerak. Sekarang ni kunyit mati kan ibu?

Aku cuma tersenyum







selepas cuti

dah lebih seminggu aku tak update blog kesayangan aku ni. banyak sangat dalam kepala aku ni nak ceritakan pada kawan2. yang paling utama adalah si bujang aku dah jadi remaja... heheheheh
Wednesday, 7 November 2012

cuti tersepit

sebut je pasal cuti semua orang akan tersenyum sebab..... yeahaaaaa, tak payah pergi kerja. heheheheh. minggu depan cuti tersepit semua orang dah apply cuti termasuk aku. dan minggu depan jugaklah banyak benda nak kena buat, paling utama adalah hubby kena bawah along ke klinik berkhatam(sunat lah tu...)

eeeeemmmmmm.... si along ni siap cakap ngan aku dia nak sunat laser tapi dan hubby lebih suka dia sunat biasa. maksud biasa tu paham2 je lah kan klu ada yang tak paham tu buat2 paham je ler. tapi kalau yang boboy ni tak paham kena sunat lagi sekali...aku ska tu..... hahahhha.

minggu depan juga rombongan dari kampung datang (abah, mak, ina&anak, inie&anak, kaklong, ima, noman, pezal, liza, ana dan zakiyyah) keluarga aku ni dari singapore rumah mak sedara aku sebab dia buat kenduri kawen sepupu aku tapi aku tak pat pergi so mereka ni wakil aku dan hubby.

 


Wednesday, 31 October 2012

Kenali Wanita Melalui Cara Berjalan


Berginjat
Jika dari belakang kelihatan seperti berginjat, wanita yang berjalan seperti ini dipercayai tidak jujur. Ketika berbual, perkataan yang sering keluar dari mulutnya cenderung menyinggung perasaan orang lain.
Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap ego. Namun jangan risau, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki kerana memiliki wajah yang menarik.

Menoleh ke kiri dan ke kanan
Wanita yang berjalan sambil menoleh ke kiri dan ke kanan biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun wanita seperti ini dianggap tidak jujur dan sombong tetapi ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hati mereka. Wanita seperti ini kononnya senang diatur dan diuruskan.

Menunduk
Wanita yang suka berjalan tunduk atau memandang ke bawah disifatkan memiliki sifat yang tertutup. Mereka hanya akan berbual dengan orang yang rapat dan mereka yang dipercayai sahaja.
Wanita seperti ini biasanya sukar ditakluk hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati mereka, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebabnya, wanita jenis ini sangat setia dan tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Kepala menegak
Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh dan bukan mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-kali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu pergaduhan kecil tercetus. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas sahaja.

Badan bergoyang
Jika wanita berjalan dengan pergerakan badannya ke kiri dan ke kanan, tandanya wanita itu tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, ia akan dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Sifatnya yang suka ambil mudah menyebabkan banyak persoalan tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan diri sendiri.

Badan menegak
Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampuri oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menariknya, wanita ini bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa memiliki sifat-sifat yang manja.

Seperti zirafah
Jika berjalan seperti zirafah, maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini memiliki perasaan sensitif. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

SUARA HATI2

kita tidak tau laut itu seberapa DALAM, tapi kita harus tau seberapa DALAM kita MENGENAL 0rang yang kita cintai, 
Kita tidak tau langit itu seberapa TINGGI, tapi kita harus tau seberapa TINGGI kita MENGHARGAI org yang kita cintai, 
Kita tidak tau bulan itu seberapa INDAH, tapi kita harus tau seberapa INDAH MASA2 yg telah kita LEWATI dgn org yg kita cintai, 
Kita tidak tau bintang itu seberapa BANYAK, tapi kita harus tau seberapa BANYAK PERHATIAN yg kita berikan utk org yg kita cintai, 
Kita tidak tau angkasa itu seberapa LUAS, tp kita hrs tau seberapa LUAS kita MENGERTI org yg kita cintai, 
Kita tidak harus MENCINTAI SESEORANG Yang Sempurna, tapi kita hrs MENCINTAI org yg tdk sempurna DENGAN CARA yg sempurna, Bukan karena ia SEMPURNA, tapi krn ia dapat MENYEMPURNAKAN hidup kita, 
Bukan karena ia INDAH, tapi karena ia dapat MEMBUAT segalanya menjadi INDAH utk kita, Cintailah orang APÀ ADANYA, bukan karena ADA APANYA...

SUARA HATI

 
KALAU 1 hari awak nak menangis, bagitau saya.
Saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama awak

KALAU 1 hari awak ada mslh, bgtau saya.
Saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya, tapi awak boleh berkongsi dengan saya

KALAU 1 hari awak mahu berjalan pergi, bagitau saya.
Saya tak janji untuk halang awak pergi, tapi saya boleh berjalan bersama awak

KALAU 1 hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, bagitau saya. Saya janji akan ada untuk awak.

Tapi

KALAU 1 hari awak perlukan saya & saya tiada
mungkin kerana saya yang lebih memerlukan awak
Sunday, 28 October 2012

GM Klang


ari ni seharian kuar shopping (shopping ke?)... sebenarnya aku ngan famli teman adik aku (awie & wife) cari manik untuk kedai pengantinnya di terengganu. jauh giler datang seremban pastu ajak kami ke klang. aku kalau bab2 bershopping nie memang malas skit, korang mesti hairan kan sebab aku wanita yang tidak berapa suka bershopping. bukan apa, aku ni jenis kalau nak beli sesuatu barang kuar rumah terus pergi ke tempat yang memang dituju untuk beli apa yang aku hajatkan tu.heheheheh...

berbalik pada GM Klang, hari nie ke klang pun jem balik seremban pun jem. penat giler badan aku yang bam2 ni. dah lah haus sebab hari nie panas terik perjalanan kami. di GM Klang tu tak delah best sangat pun. barang pun sama jer, kat seremban pun berlambak tapi entahlah.... mungkin aku ni memang bukan kaki habiskan duit (nak cakap aku ni penjimat lah tu... aku memang penjimat bab2 macam ni memang beruntung hubby aku... hahahhaha). tapi memang betul lah... (angkat bakul lagi)

aku tengok gm ni baru lagi beroperasi kerana ada kedai yang belum buka, tempatnya ala2 tesco je pun. macam aku cakap tadi barangan nya boleh didapati di seremban sahaja cuma adik aku cakap kalau nak beli borong murah. entah ler sebab aku tengok harga satu (kalau tak beli borong lah) sama jer ngan harga di seremban.

korang layan lah sedikit gambar yang aku tepek di blog kesayangan aku ni.

kami baru sampai

ada lah barang yang dia nak tu...

baju2 nya pun biasa je..