Tiktok Mekyuhhh

Saturday, 22 January 2011

gambar eni n anak nya - mina






nie lah anak buah aku yang pertama. nama penuh dia aku lupalah tp kami panggil mina. dah 2bulan, aku belum tengok real lg nie pun upload dlam fb adik aku. comel sungguh geram mak ngah lah. kakak putri belum tengok kamu lagi dah jumpa puas lah kamu nangis kena cium dengan kakak putri. kakak putri nie pantang jumpa baby mesti nak cium... hehehehe

Rozalina akad nikah (15.01.2011)



time ena kawen aku xpat balik so aku n famili akan balik time kenduri nanti. lawa kan adik aku nie? hehehehehe....

dia kawen ngan orang klate. dah 2 orang adik ipar aku orang klate. biasalah dah nama pun jiran so kakngah doakan kalian bahagia sehingga akhir hayat
Sunday, 9 January 2011

keputusan


semakin usia kita meningkat semakin matang fikiran kita kan. skarang nie aku rasa matang dalam membuat sesuatu keputusan walaupun keputusan yang kita buat akan menjerat diri kita sendiri.

keputusan? matang ker aku nie? baru teringat satu perkara yang menginginkan aku untuk membuat keputusan. adakah keputusan aku nanti akan menjerat aku? arh!!!! buntu kepala aku dalam membuat keputusan nie. kalau aku mengalah sekarang bererti aku kalah sebelum berperang. kalau aku buat keputusan drastik nie adakah aku mampu tanggani apa yang bakal aku terima nie?????

arh!!!!! sakit kepala aku nak memikirkan apa akan terjadi nanti. sama ada keputusan nie baik untuk aku atau pun tidak aku kena buat keputusan jugak... semoga keputusan aku nie akan membuah kan hasil yang baik kepada aku seisi keluarga.... ammin
Thursday, 6 January 2011

pembuka bicara


dah 6 hari kita menyambut tahun baru tp aku baru hari nie nak wish pada kawan2. tahun nie adakah aku akan mendapat orang baru? kenalan baru? kawan baru? ...... hehehehhe

sebenarnya aku teringin nak mengandung lagi tp masih belum ada rezeki kot. si puteri pun dah besar (tahun nie 3 tahun). doakan aku yea...

faizal yusof meninggal

akasiaadamaya thumb Faizal Yusof aka Dani Adamaya Meninggal Dunia


pembuka bicara di dunia artis 2011 yang sedih. seorang lagi pelakon berbakat telah meninggalkan kita. dengar berpunca daripada serangan jantung.... al-fatihah buat arwah




Friday, 31 December 2010

selamat tinggal 2010





hari nie last tahun 2010.....

sekejap sangat masa berlalu kan. tak terasa kita sudah tamat tahun 2010. rasa terharu, sebak, sedih dan gembira semua bercampur aduk. yang terharu adalah aku semakin meningkat matang, yang sebak aku semakin dimamah usia, yang sedih aku masih seperti tahun2 yang lalu dan yang gembira adalah rezeki aku sekeluarga semakin meningkat.. Alhamdulillah...

azam????
nak buat apa berazam kalau azam yang sudah2 masih terbengkalai... azam aku? setiap tahun aku berdoa semoga keluarga aku dilimpahi kebahagian di dunia mahupun akhirat. dan azam aku pada tahun 2011 adalah semoga perniagaan keluarga akan bertambah maju.. insyaallah.

kenangan????
banyak kenangan manis mahupun pahit aku tempuhi. biasalah sebagai seorang hamba Allah yang terlalu banyak kelemahan mesti tidak lari dari membuat kesalahan. semua yang berlaku ada hikmah di sebalik kejadian.

apa berlaku???
  1. tahun nie hubby dapat kerja dekat SAINS
  2. Along meningkat remaja walaupun perangai keanak-anakan masih terserlah
  3. adik semakin tinggi dan nakal dengan karenah yang tidak pernah penat
  4. aku? semakin lebar... huhuuh
tahun baru nie aku juga berazam ingin menjadi seorang yang lebih matang dalam menanggani masalah yang sentiasa menimpa. aku juga berazam menjadi seorang isteri yang taat kepada suami dan solehah. aku nak jadi ibu yang penyayang dan mitahli.... Insyaallah

semoga tahun ini kesihatan kami sekeluarga akan bertambah sihat. kenangan semasa berada di hospital kerana mengidap demam denggi masih menjadi mimpi ngeri dalam tahun 2010. sakit bukan kepalang.... semua sendi menjadi ngilu. sesiapa yang telah melaluinya akan rasa betapa seronoknya menjadi seorang yang sihat.
Wednesday, 29 December 2010

check up puteri pada 29.12.2010


hari nie ada checkup utk puteri. jap gi dlm kol 2.00pm baru aku nak gerak dari opis. aku sorang jer hantar si jantung ati aku tu.

sejak dua menjak nie aku tengok perangai dia bukan main lagi lasak n degil. penat mulut aku jadi tarzan nak marah kat dia tp dia buat derk jer bila aku marah. kadang2 tu boleh naik darah aku... hai, anak2

dia juga skarang nie leter jer, xpenah penat bercakap... dah abis idea cakap n bertanya pada aku dia nyanyi pulak. lagu yang dia paling suka adalah 'biar cinta' dan 'cari jodoh'... kecik2 dah mula tunjukkan minat nyanyi, harap2 xserius lah coz aku nie xska anak2 jd artis atau kawan ngan artis. biasalah artis zaman skarang kan... paham2 sendiri jer lah