Tiktok Mekyuhhh

Tuesday, 9 December 2025

Jemputan Majlis Kahwin ada kepada Sahabat Suami 07/12/2025

 


pada Ahad (7/12/2025) yang lepas aku, suami, adha dan mak aku pergi ke majlis kenduri kahwin adik kawan suami. Dah lama betul tak pergi majlis yang buat makan hidang. Bila sampai je, terus rasa macam balik ke zaman dulu, pinggan tersusun elok, lauk datang satu-persatu, siap ada orang tolong tambah kuah. Fuhh… nostalgia betul. Rasa macam tetamu VIP padahal datang biasa-biasa je.


Tapi yang paling win hari tu pengantin berarak naik tandu. Ya Allah, lama gila tak tengok adat Negeri Sembilan yang jenis usung-usung ni. Tandu dia cantik dan simple, bila pengantin duduk, orang sekeliling semua siap pegang phone, sebab moment tu bukan selalu dapat tengok. Masa tandu tu mula bergerak… aku dah huuu takut jugak ni. Sekali tengok pengantin atas tandu tu bergoyang-goyang sikit, aku pula rasa gerun. Eh stabil ke tidak ni? Dalam hati aku: “Kak, jangan senyum sangat… pegang tepi tu kuat-kuat. Kang jatuh viral satu Malaysia.” 

Tapi sebenarnya moment tu memang meriah gila. Orang ramai tepuk tangan, ada muzik kompang, Suasana dia penuh adat, penuh budaya, dan penuh gelak ketawa. Majlis simple tapi rasa hidup. Lain macam feel bila dapat tengok adat lama yang masih orang pelihara. Balik tu aku rasa happy sebab dapat pengalaman yang rare, bukan setakat makan hidang, pengantin pun dapat ride sekali... heheheh



Monday, 8 December 2025

Macam Mana Nak Dapat Gelaran Datuk?


Selalu kita dengar orang dapat gelaran Datuk ada yang dapat masa Hari Kebangsaan, ada yang masa Hari Keputeraan Sultan. Kita pun tertanya… “Eh, aku bila pulak?” Jadi hari ni saya nak kongsi secara santai macam mana sebenarnya orang boleh dapat gelaran Datuk.

Jangan risau, bukan kena isi borang macam nak renew roadtax.

Melalui Sumbangan Besar pada Negeri atau Negara. Ini cara paling “betul”. Biasanya gelaran Datuk diberi kepada orang yang berjasa:
 • Bantu naikkan ekonomi
 • Aktif dalam kebajikan
 • Banyak bantu masyarakat
 • Berjaya dalam bidang seni, hiburan atau sukan
 • Pemimpin syarikat yang beri impak besar

Pendek kata, kena ada track record yang orang boleh nampak.

Melalui Pencalonan, Bukan Apply Sendiri yea Untuk dapat gelaran Datuk, orang lain kena calonkan kita.Selalunya daripada:
 • Ketua jabatan
 • Kementerian
 • Kerajaan negeri
 • Persatuan atau NGO

Jadi kalau awak tiba-tiba nak hantar “resume Datuk”, memang tak boleh ya. Sistem tak terima. 

Ada Tapisan & Panel Penilaian Walaupun dah dicalonkan, tak semestinya terus dapat. Ada panel yang akan:
 • Semak sumbangan
 • Tengok rekod kerja
 • Pastikan calon layak

Kiranya banyak peringkat juga sebelum nama naik ke istana.

Penganugerahan oleh Sultan / YDP Negeri / YDPA. Inilah bahagian paling dinanti. Setiap negeri ada gelaran sendiri:
 • Dato’ / Dato’ Sri (contoh: Terengganu, Pahang, Johor)
 • Datuk (contoh: Melaka, Sabah, Sarawak)
 • Datuk / Tan Sri (peringkat Persekutuan)

Kalau nama naik dan diluluskan… barulah dapat panggil “Yang Berbahagia”.

Jalan Pintas Versi Lawak (Tapi Sedihnya Takkan Jadi)
 • Selamatkan kampung dari banjir → dapat pujian, bukan Datuk.
 • Menantu kerabat → risiko tinggi, gelaran tak automatik.
 • Kumpul cucu → yang ini confirm jadi datuk, tapi bukan Datuk berhuruf besar. 
 • Viral buat kebaikan luar biasa → berpotensi, tapi kena konsisten, bukan sehari upload sehari hilang.

Kesimpulan, Nak dapat gelaran Datuk sebenarnya bukan mustahil — cuma perlukan:
 • Sumbangan jelas
 • Penglibatan dalam masyarakat
 • Orang yang yakin nak calonkan kita

Dan paling penting… rezeki & ketentuan daripada pihak istana. Siapa tahu suatu hari nanti, pembaca blog awak ni pun jadi YB Datuk kan.. hahahahah

Friday, 5 December 2025

Hari ni OOTD pinky


Bangun pagi tadi aku tengok almari… baju banyak, tapi hati terpaut dekat warna pink. Entah kenapa, mungkin sebab semalam mimpi makan aiskrim strawberi dua batang hahahah(tak ada mimpi pun... gurau je). Terus auto rasa nak jadi sweet girl gitu.


Lepas siap-siap, tengok cermin pun rasa macam:“Haa… ni lah rupa kalau Hello Kitty dengan manusia bergabung.” Comel ke tak comel tu belakang kira, yang penting confidence ON.



Jalan pergi kerja tadi pun rasa angin pun sopan je bertiupan sebab masa gerak dari rumah memang dah lewat dan  malas nak rush so kita chill je. Mungkin juga sebab pegawai-pegawai aku bercuti? yeahaaaa... tapi alang-alang dah lambat aku singgah klinik panel jap ambik ubat selsema dan ubat tahan sakit. Ubat ni memang sentiasa akan ada stok pada aku sebab si kakak akan sentiasa sakit kepala. Tapi aku jaga juga pemakanan ubat si kakak supaya dia tidak sentiasa berpaut pada ubat je

 

Berbalik pada warna pink hari ini,dia buat mood lain macam. Dia buat mood lembut, hati tenang, dan rasa macam dunia pun slow-mo kejap. Kadang-kadang bukan OOTD yang penting… tapi vibe yang datang dengan warna tu.

So yeah… OOTD pinky hari ni: sweet, lembut, dan sedikit mengada-ngada.Tapi itu lah me today. 



Thursday, 4 December 2025

Kelebihan Chia Seed & Cara Penggunaan


 
Dalam dunia pemakanan sihat hari ini, chia seed semakin menjadi pilihan ramai kerana saiznya kecil tetapi khasiatnya sangat besar. Jom kita tengok kelebihan utama chia seed dan bagaimana cara paling mudah untuk mengamalkannya setiap hari.


Kelebihan Chia Seed

1. Tinggi Serat & Melancarkan Pencernaan
Chia seed kaya dengan serat yang membantu melancarkan sistem penghadaman, mengelakkan sembelit dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Sesuai sangat untuk yang sedang diet.

2. Sumber Omega-3 Untuk Jantung Sihat
Ia mengandungi asid lemak omega-3 yang membantu mengurangkan kolesterol dan menyokong kesihatan jantung.

3. Menstabilkan Gula Dalam Darah
Bila chia seed direndam, ia membentuk gel yang memperlahankan penyerapan gula. Sangat membantu untuk elak gula naik mendadak selepas makan.

4. Membantu Turunkan Berat Badan
Oleh kerana ia cepat mengembang bila kena air, chia seed beri rasa kenyang yang lebih lama—kurang craving, kurang makan berlebihan.

5. Kaya Dengan Protein & Antioksidan
Chia seed juga tinggi protein serta antioksidan yang melindungi sel badan daripada kerosakan dan membantu kulit lebih sihat.

6. Tingkatkan Tenaga Harian
Ramai atlet dan individu aktif gunakan chia seed sebagai sumber tenaga tambahan kerana ia memberikan tenaga yang stabil dan tahan lama.


 Cara Penggunaan Chia Seed

1. Bancuh Dengan Air

Cara paling mudah:
 • 1 sudu chia seed
 • Campur dengan 1 gelas air
 • Biarkan 10–15 minit hingga kembang
 • Minum sebagai minuman sihat harian

2. Campur Dalam Air Lemon / Jus. 1 sudu chia seed + air lemon → minuman detox yang menyegarkan dan menyihatkan.

3. Tabur Dalam Makanan - Sesuai ditabur atas yogurt, oats, salad, bubur, smoothie bowl atau cereal.

4. Overnight Oat - Masukkan chia seed dalam resepi overnight oat untuk tekstur lebih pekat dan kenyang.

5. Chia Pudding
 • 2 sudu chia seed
 • ½ cawan susu pilihan
 • Simpan 1–2 jam → jadi pudding sihat yang sedap.


⚠️ Tips Pengambilan
 • Pastikan minum air secukupnya sebab chia seed cepat menyerap air.
 • Untuk permulaan, ambil 1 sudu kecil dulu sebelum naik ke 1–2 sudu besar sehari.
 • Elakkan ambil terlalu banyak sekaligus supaya perut tidak kembung.


Wednesday, 3 December 2025

Dapat Ole-Ole dari China

 

Hari ini dekat pejabat pegawai saya baru balik bercuti dari China selama 5 hari minggu lepas. Balik-balik je, terus bawa ole-ole untuk kami semua. Seronok betul bila orang travel luar negara dan tak lupa dekat kawan-kawan di opis ni 

 



Ada yang dapat keychain, ada dapat fridge magnet, ada juga kudap-kudap yang packaging dia comel-comel. Biasalah barang dari China warna-warni dan ada je benda unik yang buat kita senyum sendiri.

Apa pun, terima kasih dekat pegawai saya sebab ingat dekat kami. Seronok dapat ole-ole, tapi lagi seronok dengar pengalaman dia berjalan dekat negara orang.

Lepas ni entah siapa pula yang turn bercuti dan bawak ole-ole, kan? 

 




Tuesday, 2 December 2025

Bengkel Emergency Response Plan di LPPKN

 

Hari ni saya dan beberapa staf hadir bengkel di LPPKN untuk topik Emergency Response Plan dari jam 9 sampai 12.30. Tapi jujur… emergency paling besar pagi ni ialah emergency nak lawan ngantuk.

Serious weh, mata ni dah bagi warning awal-awal. Setiap kali fasilitator cakap “sekiranya berlaku kecemasan…”, saya dalam hati sambung, “…tolong selamatkan saya daripada tertidur depan orang.”

Ngantuk dia sampai rasa kalau saya menguap, ibarat boleh koyak mulut. Telinga dengar, tapi otak buffering. Tangan pegang pen, tapi tulisan pun dah mula jadi tulisan doktor.

Kalau ada KPI bengkel hari ni, saya rasa KPI saya hanyalah berjaya kekal hidup, kekal bernafas dan kekal tak tertidur. Harap-harap coffee break muncul macam hero dalam drama slow motion, sambil angin tiup rambut (berangan)

Lepas ni kalau ada lagi bengkel macam ni, saya kena buat Emergency Plan sendiri:
 1. Tidur awal
 2. Bawa kopi
 3. Bawa semangat (kalau jumpa)

 

 

 

 

Monday, 1 December 2025

Majlis pertunangan anak Kak Dila - cucu Mak Andak di Rawang 29/11/2025



Alhamdulillah, hari Sabtu bertarikh 29/11/2025, berlangsung dengan meriah majlis pertunangan anak sepupu suami yang diadakan di Rawang. Seronok tengok suasana keluarga berkumpul, penuh gelak tawa dan doa yang baik-baik buat pasangan. Majlis pun berjalan lancar, simple tapi sangat manis sesuai dengan moment penting dalam hidup mereka.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua mempelai. Semoga ikatan yang baru terbina ini terus dipelihara Allah dan dipermudahkan segala urusan menuju hari bahagia nanti. InsyaAllah, majlis nikah dijangka pada bulan 10/2026, moga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Doa yang baik-baik saja untuk mereka berdua, semoga kekal hingga ke hujung nyawa.