usezally Tiktok

Tiktok Mekyuhhh

Yuslina Property Tiktok

Wednesday, 19 November 2025

Hari Ni Hujan… Jadi Mood Pun Macam Sayu Je





Hari ni dari pagi lagi langit dah gelap. Angin pun lembut je lalu, macam bagi hint awal-awal yang cuaca akan memujuk kita untuk perlahan sedikit. Bila hujan turun, dunia macam jadi lebih sunyi. Bunyi renyai dekat tingkap tu… entah kenapa, buat hati rasa lembut dan mudah tersentuh.

Bila hujan, mood aku pun ikut suram sikit bukan sedih… cuma sayu. Sayu yang tenang. Sayu yang buat aku rasa nak duduk diam, tengok luar tingkap dan biarkan fikiran hanyut jauh. Macam ada ruang kecil dalam hati yang tiba-tiba jadi sunyi, dan aku biarkan saja ia berbunyi perlahan.


Kadang-kadang hujan ni macam peluk kita secara halus. Dia suruh kita berhenti sekejap, tarik nafas dan rasa apa yang kita tak sempat rasa bila hari cerah terlalu sibuk.

Hari ni hujan… dan sayunya itu melekat sampai ke dalam. Walaupun aku sebenarnya tengah duduk di pejabat, kerja menunggu atas meja, tugasan perlu juga diselesaikan tapi hati aku masih terhenti di luar tingkap, ikut berjalan sekali dengan hujan yang jatuh perlahan.



Tuesday, 18 November 2025

Semalam Si Kakak Exam Amali Fizik


Semalam hati aku rasa tak keruan sikit. Anak aku ada exam amali Fizik. Lepas habis exam, dia terus call aku sambil menangis, suara tersekat-sekat. Katanya dia tak sempat nak siapkan semua amali tu… terus luluh hati aku dengar.

Sebagai mak, kita kalau boleh nak angkat semua beban anak. Tapi ada benda yang kita tak boleh ubah apa yang dah berlaku. Jadi aku tenangkan dia. Aku cakap, “Perkara dah lepas, awak dah buat yang terbaik. Mungkin Allah bagi rezeki setakat itu je untuk hari ini. Jangan rasa down… yang penting sekarang fikir hari seterusnya, fikir exam yang awak masih akan tempuh.”

Aku tahu dia dah usaha. Aku tahu dia study sampai lewat malam. Dan aku percaya, bila kita dah buat sehabis baik, selebihnya serah pada Allah. Kadang benda kecil macam ni pun boleh buat mak rasa sebak, sebab kita cuma nak anak rasa kuat dan tak putus harapan.

Semoga esok-esok dia lebih tenang, dan semoga segala urusan exam seterusnya dipermudahkan. Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat Along, kakak dan adik 

Monday, 17 November 2025

Benda Paling Kecil Tapi Boleh Buat Aku Senyum Hari Ni


Kadang kita tak perlukan benda besar pun untuk buat hati gembira. Macam aku hari ni, masa keluar kerja pagi-pagi, jalan smooth je pastu trafik light hijau memang terbaik gembira tak terkata. Ringkas je kan tapi terasa bahagia sangat. Lepas tu, masa nak isi minyak, pekerja stesen bagi ucapan “terima kasih dan drive elok-elok” eh cair hati sekejap hahahah...

 

Sampai dalam kereta pun aku masih senyum sorang-sorang. Dalam dunia sekarang yang orang ramai sibuk kejar masa, sibuk dengan telefon masing-masing, kadang momen kecil macam ni terasa sangat berharga. Ia buat aku sedar yang kebaikan masih ada, cuma kita kena perlahankan langkah sikit untuk nampak dan rasa.

 

Ada hari, benda kecil tu mungkin datang dalam bentuk mesej dari kawan lama, atau anak jiran bagi biskut yang dia baru belajar buat. Kadang datang dari bau kopi panas yang wangi masa pagi masih sunyi. Semua tu nampak remeh, tapi sebenarnya itu “hadiah kecil” dari kehidupan.

Aku rasa, kalau kita belajar hargai benda kecil, hati kita akan jadi lebih tenang. Tak semua hari kita akan gembira, tapi bila kita mula perasan hal-hal kecil yang indah senyuman orang, langit biru, lagu kegemaran keluar di radio hidup jadi lebih ringan.


Benda kecil macam ni lah kadang jadi penguat semangat untuk teruskan hari. Dunia sekarang dah penuh dengan tekanan dan cepat marah, jadi bila ada momen macam ni, aku rasa syukur sangat. Tak semua orang dapat pengalaman yang simple tapi bermakna ni.


Kalau korang pula, apa benda kecil yang boleh buat senyum hari ni? 

Sunday, 16 November 2025

Mak-mak, kalau buat kerja rumah… kerja apa yang paling malas korang buat?


Kalau bab kerja rumah ni, memang tak pernah habis kan mak-mak? Setiap hari ada je benda nak dikemas, nak dicuci, nak dilipat. Tapi jujur cakap, kerja rumah apa yang paling korang malas nak buat? 

Kalau aku, memang no.1 paling tak suka mop lantai. Entah kenapa, rasa leceh nak perah air, pastu nak tolak mop satu rumah. Tapi kalau bab sapu lantai, basuh pinggan, lipat baju tu insyaAllah boleh lagi… siap boleh buat sambil dengar lagu.

Kadang bila dah malas sangat, aku biar dulu… nanti baru mop bila mood rajin datang balik, haha. Tapi puas hati bila tengok lantai bersih berkilat, rasa macam rumah baru pindah masuk.

Korang pulak macam mana? Ada tak kerja rumah yang korang paling “kurang minat” nak buat? Jom kongsi dekat komen, nak tengok siapa geng tak suka mop macam saya 

Saturday, 15 November 2025

Menu Malas Tapi Sedap Masa Cuti Hujung Minggu

  

 

Kadang bila hujung minggu tiba, mood nak masak pun ikut bercuti sekali. Tapi perut tetap lapar kan? Jadi ni aku kongsi tiga menu “malas-malas pun jadi” dan senang, cepat, tapi tetap sedap sampai menjilat jari

 

  1. Nasi Goreng Cincai Tapi Padu
Ambil je nasi semalam, tumis bawang putih dengan sedikit cili, masukkan telur, sayur apa yang ada, dan kicap. Siap. Kalau ada ayam goreng semalam, carik sikit masuk sekali terus upgrade jadi nasi goreng ‘chef malas’.

2. Roti Telur Cheese Leleh
Roti, telur, dan sekeping cheese dah cukup. Pecah telur atas roti, letak cheese, lipat dua dan bakar dalam pan. Lembut di luar, cair di dalam sesuai sangat untuk sarapan atau minum petang sambil tengok drama.

3. Maggie Goreng Campak-Campak
Rebus maggie macam biasa, toskan. Dalam kuali lain, tumis bawang, masukkan telur, sayur, dan maggie yang dah toskan tadi. Tambah sos cili sikit. Siap. cepat, sedap, dan paling penting tak banyak pinggan nak cuci

  

Biasanya aku akan guna bahan apa yang ada dalam peti. Kadang cuma ada telur, sayur sikit dan kicap tapi bila makan panas-panas, fuh! sedapnya lain macam. Kadang tu lagi sedap daripada yang beli luar. Yang penting, jangan stress kalau tak sempat masak lauk lima jenis. Cuti hujung minggu tu untuk tenang, bukan maraton dapur 



Friday, 14 November 2025

Selamat Jalan, Zulaika — 8 Tahun Penuh Kenangan



Semalam, suasana di opis terasa lain daripada biasa pada waktu petang, walau Masih ada gelak tawa Tapi rasa sedih sangat menguasai diri aku Dan kawan-kawan sebab semalam merupakan hari terakhir Teh Zulaika bersama kami setelah hampir lapan tahun berkongsi suka dan duka di tempat kerja ini.


Masih terasa seolah-olah baru semalam Teh Zulaika melangkah masuk ke pejabat buat pertama kali seorang gadis muda yang nampak pemalu dan penuh semangat Tapi sebenarnya periang. Dari masa ke masa, kami semua saksikan bagaimana dia berkembang, bukan saja dalam kerjaya tapi juga sebagai insan yang matang dan kuat. Dari zaman bujangnya, kemudian bertemu jodoh, berkahwin, dan kini sedang meniti fasa paling indah dalam hidup, bakal bergelar ibu pada bulan Jun 2026 nanti.


Selama bertahun-tahun ni, Teh Zulaika bukan sekadar rakan sekerja. Dia dah jadi sebahagian daripada keluarga kecil kami. Setiap hari, pasti ada sahaja gelak tawa dan cerita lucu darinya. Dialah orang yang boleh menceriakan suasana bila semua tengah stress, yang tak pernah lokek membantu bila ada kerja berat, dan yang paling penting sentiasa bagi semangat bila orang lain rasa down.




Bila fikir yang selepas ni meja dia akan kosong, rasa janggal pun ada. Tak ada lagi suara gelakkan setiap pagi, tak ada lagi lawak spontan yang buat semua tergelak sampai sakit perut. Tapi dalam sedih, kami tetap tumpang gembira sebab kami tahu Teh Zulaika akan melangkah ke fasa hidup yang lebih bahagia, bersama keluarga kecilnya.


Terima kasih, Zulaika, atas segalanya masa, tenaga, dan kasih sayang yang dah dicurahkan selama ni. Semoga perjalanan baru ni membawa lebih banyak senyuman, rezeki, dan kebahagiaan buat kamu dan keluarga.


Sedikit hadiah kenang kenanan buat Teh Zulaika dari aku yang Tak seberapa semoga awk terima Dan kenang aku selalu dalam kenangan.

 

Kami akan rindu kamu, selalu.  Love u Teh Zulaika

 



Thursday, 13 November 2025

Rasa Kosong Bila Kawan Nak Berhenti




Kadang-kadang kita tak sangka masa berlalu begitu cepat. Rasa macam baru semalam borak, gelak, dan berkongsi cerita suka duka dengan kawan sekerja yang dah jadi macam adik beradik sendiri. Tapi bila dia bagitahu nak berhenti hujung bulan 11 ni… terus rasa sebak.

Walaupun ada kawan lain di pejabat, suasana tu tetap tak sama. Dia ni antara orang yang selalu buat hari aku ceria — tempat aku luah rasa, teman borak waktu rehat, dan peneman bila stress dengan kerja. Lepas ni, ruang tu mesti terasa kosong… macam ada sesuatu yang hilang.

Kadang bila fikir yang hari-hari lepas ni takkan sama tanpa dia, rasa nak menangis pun ada. Tapi dalam sedih tu, aku tetap doakan dia terus berjaya dan bahagia dengan jalan baru yang dia pilih. Moga persahabatan ni tak terhenti walau tak lagi satu tempat kerja.

Terima kasih untuk semua kenangan — untuk tawa, nasihat, dan waktu yang tak ternilai. Persahabatan ni akan sentiasa aku simpan, walau kita dah tak kongsi meja dan rutin yang sama. 


UseZally