Tuesday, 18 November 2025

Semalam Si Kakak Exam Amali Fizik


Semalam hati aku rasa tak keruan sikit. Anak aku ada exam amali Fizik. Lepas habis exam, dia terus call aku sambil menangis, suara tersekat-sekat. Katanya dia tak sempat nak siapkan semua amali tu… terus luluh hati aku dengar.

Sebagai mak, kita kalau boleh nak angkat semua beban anak. Tapi ada benda yang kita tak boleh ubah apa yang dah berlaku. Jadi aku tenangkan dia. Aku cakap, “Perkara dah lepas, awak dah buat yang terbaik. Mungkin Allah bagi rezeki setakat itu je untuk hari ini. Jangan rasa down… yang penting sekarang fikir hari seterusnya, fikir exam yang awak masih akan tempuh.”

Aku tahu dia dah usaha. Aku tahu dia study sampai lewat malam. Dan aku percaya, bila kita dah buat sehabis baik, selebihnya serah pada Allah. Kadang benda kecil macam ni pun boleh buat mak rasa sebak, sebab kita cuma nak anak rasa kuat dan tak putus harapan.

Semoga esok-esok dia lebih tenang, dan semoga segala urusan exam seterusnya dipermudahkan. Ibu sentiasa doakan yang terbaik buat Along, kakak dan adik 

1 comment on " Semalam Si Kakak Exam Amali Fizik"
  1. susah ye sekarang...dulu2 rasanya amali tu, cikgu amik sepanjang tahun...sebab tak ingat pula ada hari yang ditetapkan untuk periksa amali...ke tak igt, tau2 dapat sijil amali, lulus.. semoga yang baik2 untuk anak kita semua..dipermudah urusan mereka untuk menimba ilmu..aamin

    ReplyDelete