Tiktok Mekyuhhh

Friday, 25 February 2022

Gempa Bumi di Malaysia?


pagi tadi korang ada dapat rasakan tak gegaran anggaran 10 minit dekat tempat korang? member opis bagitau gegaran tu berlaku dan menyebabkan mereka keluar daripada bangunan. aku dekat rumah pulak tak ada rasa sebab kepala memang dah tingtong kot... hahahaha

korang baca aku dah copy n paste dari website berita harian

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera di Indonesia hari ini pada kedalaman 10 kilometer, kata agensi geofizik negara BMKG.

REUTERS melaporkan pusat gempa bumi berada di darat dan tiada risiko tsunami, kata agensi itu menerusi Twitter.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Lembah Klang, termasuk Kuala Lumpur, Pelabuhan Klang dan Cyberjaya.

Ia dikongsikan warga media sosial.

Sementara itu AFP melaporkan gempa itu melanda utara kepulauan Sumater pada kedalaman 12 kilometer, kira-kira 70 kilometer dari bandar Bukit Tinggi di barat wilayah Sumatera mengakibatkan penduduk meninggalkan kediaman masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Menurut Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan kerosakan setakat ini namun gegaran dapat dirasai di Riau, Sumatera Utara serta Malaysia dan Singapura.

Penduduk memaklumkan, gempa itu berlaku pada jam 8.30 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas USGS merekodkan gegaran berukuran 5.0 pada skala Richter.

Ketua Agensi Mitigasi Bencana Pasaman, Alim Bazar, berkata beberapa bangunan retak susulan gempa yang berlaku.

"Datuk Bandar mengarahkan semua penghuni di tingkat dua dan tiga supaya mengosongkan bangunan," katanya.

Bazar berkata, terdapat laporan kecederaan dialami penduduk namun tidak memiliki perincian mengenai perkara terbabit.

Penduduk Pasaman, hanya dikenali Irpanda, berkata dia merasai kedua-dua gegaran yang berlaku.

"Gegaran pertama hanya berlaku beberapa saat. Orang ramai bergegas meninggalkan kediaman dan bangunan sebaik ia berlaku.

"Kemudian satu lagi gegaran berlaku dan ia amat kuat menyebabkan orang ramai bertempiaran menyelamatkan diri manakala pesakit yang dirawat di hospital berhampiran diusung keluar," katanya.

Di Singapura, gegaran turut dirasai kira-kira jam 9.45 pagi waktu tempatan.

Polis dan perkhidmatan keselamatan menerima beberapa panggilan daripada orang awam yang melaporkan gegaran terbabit.

Di Malaysia pula, Jabatan Meteorologi memaklumkan gegaran dirasai di pantai barat Semenanjung.

"Gegaran dirasai terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Pada 2004, gempa bumi berukuran 9.1 pada skala Richter melanda pantai Sumatera mengakibatkan tsunami yang meragut lebih 220,000 nyawa.

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com


sila klik link ini www.fairusmamat.com

ingin dapatkan BUKU ini secara PERCUMA? buku ini bacaan ringan dan penuh maklumat yang sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Jom sertai giveaway ini. sangat ringkas dan mudah.

syarat-syarat sangat mudah dan simple je tau :

  1. Buat posting bertajuk Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com
  2. Muat naik gambar poster di atas ke entri anda dan buatkan link (backlink) ke entri ini.
  3. Publish-kan posting anda dan tinggalkan komen links di entri ini.
  4. Terpulang pada anda untuk tulis apa-apa di entri giveaway ini.
  5. (Pilihan) bantu tag 1, 2, atau seberapa orang teman blogger anda untuk turut menyertai giveaway ini. Maklumlah, saya ni berblog suam-suam kuku, takut tiada siapa sudi sertai. Tapi sekiranya seorang saja yang sertai, ia tetap pemenang.

Ok. Itulah sahaja syarat-syaratnya. Mudah bukan? Jadi, siapalah 2 orang yang bertuah untuk mendapat buku tersebut. Mungkin anda. Ya, anda yang sedang membaca entri ini.

Hadiah :
2 buah buku x 2 orang pemenang. (Pemenang dipilih melalui sistem cabutan bertuah yang terdapat dalam internet)

Tarikh :
Giveaway ini berlangsung bermula 24 Februari hingga 8 Mac 2022.

dan saya nak tag rakan blogger yang lain juga...

korea drama - kpop

lama juga aku tak tengok cerita drama korea ni.. maklumlah bizi dengan kerja hakiki dan perniagaan aku yang alhamdulillah semakin maju... amin

sekarang ni aku layan cerita Ghost Doctor yang dibintangi oleh Rain dan rakan2 sebab yang aku kenal rain je hahahahha... baru episode 3 sebab cerita dia panjang. nak cerita panjang lebar pun aku x boleh sangat sebab baru episode 3 kan


sape yang belum layan lagi cerita ni memang sangat recommended sebab jalan cerita yang sangat best.. hahahha


Thursday, 24 February 2022

aku contact rapat suami

sekarang ni aku masih dalam quarantine sebab contact rapat dengan suami yang positif covid-19. ia bermula dengan mak mertua yang demam 3 hari tak baik2 sehingga hari ke 4 kakak ipar buat saliva dekat mak dan ayah mertua. keputusan adalah mak positive dan ayah negative 

keesokan harinya kami sekeluarga pulak buat test dan mendapati bahawa kami negative. sebenarnya pada 18/02/2022 kami sekeluarga akan berangkat balik ke terengganu tetapi kami batalkan niat sebab risau dengan kesihatan keluarga dikampung terutama pada mak. aku mengambil keputusan untuk batalkan niat tersebut.

bermula pada hari ahad 20/02/2022 suami tiba-tiba demam dan susah nak bernafas, biasa lah dia memang selalu panik tapi aku tenang kan keadaan menyatakan tiada apa berlaku walaupun dalam hati sangat risau memandangkan dia pesakit asma. aku bawa dia ke klinik panel berdekatan dan doktor yang memeriksanya menyatakan bahawa oksigen normal.

tidak habis disitu aku pergi cari test kit kerana aku memang rasa suami ada jangkitan. jangkaan aku tepat bila test tersebut adalah positive. aku dan anak2 alhamdulillah negative.

selang keesokan hari 21/02/2022 putri anak no 2 pulak demam dan sakit tekak. aku bagi ubat demam dan ubat batuk dan ada supliment yang memang sentiasa ada bersama aku iaitu produk forever living. begitu jugak dengan suami aku bagi produk yang sama iaitu :

1) Alovera gel

2) Artic Sea

3) Bee Pollen

4) Bee propolis

5) vitamin c

6) peach

asbab suplimen ni alhamdulillah 22/02/2022 kami beransur sembuh. semalam jugak aku mengalami sakit tekak yang amat sangat dan sendi sakit-sakit macam demam denggi. ngilu satu badan dan sangat lemah. waktu ini selera makan aku drop, sama dengan putri.

adha waktu malam dia dedar tapi alhamdulillah keesokan hari 22/02/2022 badan dah mula hilang panas dan dia sangat aktif...




Tuesday, 22 February 2022

Cara atasi masalah kekurangan keyakinan diri

 Cara atasi masalah kekurangan keyakinan diri:-


1. Melatih minda positif dan hilangkan kenangan lalu.
2. Buangkan perasaan risau yang teramat sangat
3. Ubah penampilan
4. Kuatkan hati dan mental
5. Luaskan pergaulan dan perbaiki komunikasi
6. Jangan pandang mereka terlalu hebat
7. Sentiasa berdoa.

Monday, 21 February 2022

aku beryukur kini aku mampu lagi tersenyum dan ikut aturan takdirMu dengan tenang

 Tuhan, 


Aku tak tahu apa aku rasa sekarang sedih pun tidak, kecewa pun tidak, terlalu bahagia pun tidak,

Namun, aku beryukur kini aku mampu lagi tersenyum dan ikut aturan takdirMu dengan tenang.

Ya Allah,
Satu aku pinta jagalah kedua syurgaku hingga kesyurgaMu.


Friday, 18 February 2022

CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT

 📌 CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT


🌸 Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah;

      اللهم صَلٌِ عَلٰى سَيِّدنَِا مَُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنُبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الأُمِّيِّ
      وَعَلٰى آلِهِ وصَحْبِهِ وسَلّم

🌸 Membaca Surah Al-Kahfi

🌸 Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat

🌸 Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat

🌸 Memperbanyakkan membaca Al-Quran

🌸 Memperbanyakkan amalan bersedeqah khususnya sebelum solat

🌸 Memperbanyakkan amalan sunat

🌸 Memotong kuku kaki dan tangan

🌸 Memperbanyakkan zikrullah khususnya istighfar

🌸 Memakai pakaian sunnah,  iaitu berpakaian putih atau hitam bagi wanita

🌸 Memakai wangi-wangian (bagi lelaki)

🌸 Hadir awal ke masjid