bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday, 24 February 2022

aku contact rapat suami

sekarang ni aku masih dalam quarantine sebab contact rapat dengan suami yang positif covid-19. ia bermula dengan mak mertua yang demam 3 hari tak baik2 sehingga hari ke 4 kakak ipar buat saliva dekat mak dan ayah mertua. keputusan adalah mak positive dan ayah negative 

keesokan harinya kami sekeluarga pulak buat test dan mendapati bahawa kami negative. sebenarnya pada 18/02/2022 kami sekeluarga akan berangkat balik ke terengganu tetapi kami batalkan niat sebab risau dengan kesihatan keluarga dikampung terutama pada mak. aku mengambil keputusan untuk batalkan niat tersebut.

bermula pada hari ahad 20/02/2022 suami tiba-tiba demam dan susah nak bernafas, biasa lah dia memang selalu panik tapi aku tenang kan keadaan menyatakan tiada apa berlaku walaupun dalam hati sangat risau memandangkan dia pesakit asma. aku bawa dia ke klinik panel berdekatan dan doktor yang memeriksanya menyatakan bahawa oksigen normal.

tidak habis disitu aku pergi cari test kit kerana aku memang rasa suami ada jangkitan. jangkaan aku tepat bila test tersebut adalah positive. aku dan anak2 alhamdulillah negative.

selang keesokan hari 21/02/2022 putri anak no 2 pulak demam dan sakit tekak. aku bagi ubat demam dan ubat batuk dan ada supliment yang memang sentiasa ada bersama aku iaitu produk forever living. begitu jugak dengan suami aku bagi produk yang sama iaitu :

1) Alovera gel

2) Artic Sea

3) Bee Pollen

4) Bee propolis

5) vitamin c

6) peach

asbab suplimen ni alhamdulillah 22/02/2022 kami beransur sembuh. semalam jugak aku mengalami sakit tekak yang amat sangat dan sendi sakit-sakit macam demam denggi. ngilu satu badan dan sangat lemah. waktu ini selera makan aku drop, sama dengan putri.

adha waktu malam dia dedar tapi alhamdulillah keesokan hari 22/02/2022 badan dah mula hilang panas dan dia sangat aktif...




Related Post:

  • korea drama - kpoplama juga aku tak tengok cerita drama korea ni.. maklumlah bizi dengan kerja hakiki dan perniagaan aku yang alhamdulillah semakin maju... aminsekarang ni aku layan cerita Ghost Doc
 Read More
  • Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.comsila klik link ini www.fairusmamat.comingin dapatkan BUKU ini secara PERCUMA? buku ini bacaan ringan dan penuh maklumat yang sesuai dibaca oleh segenap lapisan masyarakat. Jom sert
 Read More
  • Gempa Bumi di Malaysia?pagi tadi korang ada dapat rasakan tak gegaran anggaran 10 minit dekat tempat korang? member opis bagitau gegaran tu berlaku dan menyebabkan mereka keluar daripada bangunan. aku de
 Read More
2 comments on "aku contact rapat suami"