Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 10 September 2015

Abah pencen

Tak sangka sangat bulan 10 ni abah dah pencen. Sekejap sangat masa berlalu, rasa mcm semalam je aku habis sekolah menengah.

Abah...
Seorang lelaki, suami dan ayah yang sangat jujur dan amanah. Dalam pekerjaan mahupun dalam kehidupan. Walaupun ada masa aku sangat takut dengan ketegasan dia tp aku sangat sayang dan menghormati dia. Dalam kehidupan dia, beberapa tahun ni la dia rasa selesa dari segi kewangan mahupun kemahuan diri sendiri.

Selama ni dia hanya berfikir macam mana nak besarkan anak2 yang seramai 12 orang. Sampaikan satu masa dia terpaksa masuk ke hutan mencari kayu untuk di buat minyak wangi. Aku tak tahu apa nama kayu tersebut.

Aku masih ingat waktu dia bersama seorang kawan yang sangat rapat iaitu pakcik jusoh masuk ke hutan... dan aku tak pernah tahu pun waktu tu yang abah pernah sesat dalam hutan beberapa hari. Dengan tiada bekalan mereka hanya tawakal dalam mencari jalan keluar. Mungkin Allah nak tunjukkan kepada 2 sahabat ini betapa DIA maha kuasa...
Selepas beberapa hari baru abah balik dengan selamat. Berkat kesabaran dan tawakal mereka... Alhamdulillah

Abah, 
Aku ingat lagi waktu aku di sekolah menengah gaji abah waktu itu hanya rm500++. Walaupun aku mendapat biasiswa, ringan la sikit beban abah tp masih ramai adik beradik aku bersekolah.. abah mampu membesarkan kami dengan sempurna sekali.

Sekarang aku rasa sangat rindu kan dia. Rindu suara dia... rindu kebengisan dia.. walaupun kami jarang berborak, hati aku sangat rindu saat2 aku kecik2 dan membesar dengan didikan dia.

Abah, 
Walaupun dia sangat tegas tp dia seorang yang sangat sensitif. Mudah mengalirkan air mata dan mudah tersentuh hati. Walaupun anak2 banyak perangai dan karenah dia mampu tanggani dengan sempurna. Aku tahu dia sangat takut dengan tanggungjawab dia sebagai seorang ayah, takut tidak mampu mendidik kami adik beradik ke jalan yang diredhai oleh Nya.

Abah, 
Anak mu ini sangat bangga dapat seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Walaupn ramai antara kami adik beradik yang telah berumahtangga, dia sentiasa bertanya soalan2 pada mak.. memang betul la apa orang cakap, walaupun mereka tak direct berhubung dengan kita mak la yang akan update pada dia.

Abah, 
Semoga abah akan gembira dengan kehidupan sekarang. Boleh lupakan jerit perih mencari sesuap nasi buat kami adik beradik.

Dengan nama Allah saya sangat sanyang pada abah... semoga abah sentiasa sihat dan bahagia disamping mak dalam menempuh liku2 kehidupan ini... amin
Tuesday, 8 September 2015

Cuba tembus benteng

Ada seorang kawan sekolah aku nak bawak aku berbiz yang mampu membuat income lagi besar.. kita tunggu apa yang kawan aku akan ajar aku.. yang pasti bisnes ini halal

 

harap dari gambar ini terpancar bisnes yang cemerlang nanti... Insya Allah... amin 

Majlis kahwen fifah 30082015

Ingat jugak budak ni pada aku.. student praktikal ict tahun 2013 kalau x silap. Diam tak diam dah kahwin. Mereka melangsungkan majlis kahwin pada 30.08.2015. Majlis akad nikah sehari sebelum
Sama cantik dan sama padan... semoga kekal hingga ke jannah... amin
 

 

 

 

 

 

 

Jangan buat macam tu

gambar sekadar perhiasan... blog saya.. gambar saya... hehehehe


kenapa mesti ada sifat2 kepimpinan macam tu? macam mana orang nak respect dengan awak? awak cakap macam la kacang sangat... ingat dulu nak ucap sesuatu mesti berfikir dari otak yang bersih. jangan tahu nak kondem orang je. satu masa orang akan menyampah pada awak... percaya lah

saya salah seorang yang menghormati awak. kalau sikap macam ni, sikap yang sentiasa awak je yang betul macam mana saya orang biasa ni nak terus menghormati awak?
Thursday, 3 September 2015

Sabar itu separuh dari iman...

Allah dah cakap sabar itu separuh dari iman. Sebab tu la bila kita beriman kita akan menjadi orang yang sabar.

Bukan mudah untuk kita bersabar saat kita tengah marah dengan sesuatu perkara dan bukan senang kita nak senyum saat hati kita terluka dan sedih.


Gambar ni diambil dari encik google......



Wednesday, 12 August 2015

Syawal 2015 - reunion

Selama berbelas tahun aku tak jumpa kawan2 sekolah. Perjumpaan di rumah salah seorang dr member menjadi suasana sangat gamat. Rasa teruja, terharu dan sangat gembira bertemu rakan2.

Masing2 selama berbelas tahun ada sejarah tak ketinggalan pada aku juga. Perubahan fizikal juga ramai yang berubah. Dari sebesar kelingking jd besar penumbuk... heheheh, hepi tengok masing2 punya perangai... semua dah berkeluarga cuma ada dua tiga je la yg masih mencari cari teman hidup.

Masih ramai juga lagi masih belum jumpa tp selepas perjumpaan pertama hampir berjaya kami akan ke step seterusnya... insya Allah

Syawal 2015 - raya pertama

Baru rasa nak update pasal raya. Tahun ni (2015) hanya 1 je x balik iaitu adik no 9 nama khairah. Sedih juga sebab x cukup 12 orang tp tetap meriah.. amin

Tahun raya pertama sepatutnya ijau terqoise tp aku salah beli... kena marah sebab rabun warna.. hehehe. Aku balik ganu 6 hari je, rasa kejap sangat masa bila berada di kampung.

Tak banyak gambar untuk raya pertama ni dalam handphone... banyak dalam camera.