Tiktok Mekyuhhh

Monday, 6 April 2015

Perkara sebenar (03.04.15)

Semalam cerita along kena tumbuk oleh rakan sekolah.

Hari ini en somi ke sekolah untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku. Aku tak ikut sebab aku kerja. Cikgu menceritakan bahawa budak yang tumbuk haqim tidak datang ke sekolah. Cikgu ckp lagi bahawa pelajar ini memang bermasalah. Maksud bermasalah tu adalah sentiasa ponteng sekolah.

Hubby telah mengetahui dimana tempat kediaman pelajar tersebut dan terus ke rumah pelajar tersebut bersama along. Hari ni along mc sebab bengkak yang dialami.

Tiba di rumah, hanya ibu nya sahaja yg ada. Anak nya tiada. Mungkin ponteng lagi... walaupun anaknya dikenakan tindakan gantung sekolah tapi hukuman itu belum dijalankan.

Masih tak puas hati kerana belum berjumpa pelajar yang dicari. Suami ambil keputusan untuk datang kembali waktu malam.

Sekitar pukul 8 malam, suami pergi lagi ke rumah pelajar tersebut. Pelajar dan ayah nya berada di rumah. Ayahnya memihak kepada anaknya. Suami tanya kenapa dia pukul along, alasan along cakap ayahnya bapuk. Along menafikan sekeras kerasnya.

Suami meminta anaknya memanggil kawan2 pelajar tersebut. Suami cerita, sebab aku tidak sama joint dalam perjumpaan ini bahawa rakan2 pelajar tersebut datang beramai ramai. Boleh dikatakan dalam 20 orang.

Suami bertanya siapa yang dengar along mengeluarkan kata kata bahawa ayahnya bapok... tiada siapa antara rakan2 pelajar tersebut yang berani tampil. Bila suami naik angin mana budak yang ckp tersebut, sorang demi seorang meninggalkan rumah pelajar tersebut. Mungkin takut dengan sikap suami yang bertanya dengan garang.

Suami gertak pelajar dan ayah nya bahawa jika pihak kami report polis, sah2 anaknya akan di tangkap tp suami hendak settle dengan cara baik. Dengan cara profesional. Suami cerita lagi bahawa ibunya adalah orang melayu dr terengganu kahwin dengan orang serawak dan tidak tahu status keagamaan kerana ibu dan ayahnya bertatu.

Terkejut aku mendengar cerita dr suami. Beristigfar aku sebentar. Suami aku beritahu kepada pelajar tersebut supaya tidak jadi gengster kerana dia adalah pelajar dan bangsa melayu.

Suami menasihati bahawa kenapa nak bergaduh antara melayu dan tak settle dengan cara baik.. kenapa mesti bertumbuk. Ini sikit, kalau isu ini jadi besar dia akan dihantar ke sekolah jahat.

Harap pelajar tersebut dan keluarga nya akan di rahmati Allah... begitu juga dengan aku sekeluarga.

Ya Allah, lindungi la aku dan keluarga dari sebarang kesulitan hidup... amin

Saturday, 4 April 2015

Along bertumbuk

Dipendek kan cerita pada hari khamis 02.04.15 along telah dihantar oleh cikgu balik ke rumah mertua aku kerana ditumbuk dengan rakan sekolah.

Perkara ini masih samar samar kerana aku tak tahu apa punca sebenar perkara yang berlaku.

Tuesday, 24 March 2015

Ufun yang sangat fun

- Renungan Bersama -

UFun kini telah mencecah usia 1 tahun 9 bulan... dalam tempoh tersebut UFun UToken telah melalui 4 Fasa perubahan & peningkatan harga serta projek nyata( akan saya sediakan grafik ini ).

Kini 23 Mac 2015, UFun telah mencecah sehingga 105 buah negara... suatu pencapaian terbaik bagi sebuah perniagaan yang masih dalam kategori yang amat mentah.... pemilik akaun pula belum mencecah 400 ribu orang.

Banyak perubahan telah berlaku sepanjang 2013 sehingga 2015. Ramai juga ahli yang telah meninggalkan UFun untuk menyertai perniagaan lain, kini kembali ke sini untuk meneruskan perjuangan bersama UFun.

Memang benar, apabila UFun mewujudkan Investment Point (IP), ramai ahli yang goyang & hilang kepercayaan kepadanya.... akibatnya, ramai orang luar yg mengambil kesempatan untuk menambahkan lagi rasa kekhuatiran mereka.. paling sedih jika ahli UFun sendiri yang mempengaruhi ahli-ahli baru & pasif untuk menjual akaun mereka. Hanya kerana mereka ingin mempelawa mereka menyertai perniagaan barunya...

Tahukah anda, bahawa IP ini bakal memberikan pulangan terbaik buat kita. Setelah munculnya Unit Amanah & Pre IPO, ia peluang berganda untuk kita menikmati hasilnya. Ditambah pula dengan hadirnya lesen yang dinanti-nantikan selama ini...

Cuba kita lihat ke belakang sedikit.... antara projek nyata yang UFun / UToken telah usahakan....
1. Bangkok Marina Resort & Spa JV Bina Puri - dalam pembinaan.
2. Han Bai Yu Marble MOA UToken Reserve Limited
3. IPTv Satelit Unispace JV dengan Rainbow TV
4. Simkad U365M - dilancarkan oleh MB Selangor.
5. Projek Solar ( akan datang )
Apakah ini masih belum kelihatan kukuh serta gah syarikat UFun...? Apakah mahu mencari perniagaan / pelaburan yang menjanjikan pendapatan pantas tetapi lenyap tanpa dikesan?

UFun / UToken suatu perniagaan yang nyata & tidak pernah menjanjikan kekayaan kepada ahli-ahlinya... tetapi memberikan pulangan yang terbaik tanpa kita sedari....

Jika sebelum ini, kita boleh menyimpan wang di dalam institusi pelaburan / perbankan yang memberi pulangan antara 8% - 10% setahun, dalam UFun yang tidak menjanjikan apa-apa keuntungan tetapi memberi pulangan sehingga 10,000% tanpa disedari ( berdasarkan fakta keuntungan sebelum ini ), masih lagi teragak-agak & ragu-ragu...

Benar, akaun UToken adalah akaun anda.... anda berhak terhadapnya.... tetapi lihat kembali apa tujuan & hasrat kita dengan menyertai UFun ini....?

Sabar adalah kunci kepada sesuatu kejayaan.....

Saya bukanlah sesiapa di dalam UFun Club ini.... saya seperti rakan-rakan juga..... mengharapkan suatu yang terbaik daripadanya untuk kita & keluarga kita.....

Semoga usaha syarikat untuk menjadikan UToken  sebagai Digital Currency BERLESEN PERTAMA DI DUNIA ini akan tercapai apakala lesen Unit Amanah ini dikeluarkan tidak lama lagi....

Doa saya, moga kita semua bebas hutang & berjaya di dunia & akhirat... amiin..

Yang benar,
Aku

Sunday, 22 March 2015

Bayou beach

Ni kisah bulan lepas, tak de masa tambah dengan malas2 nak update. Bila angin malas ni crite banyak pun jadi xde cerita nak kongsi.

Gambar je la mainkan peranan.

Saturday, 24 January 2015

Putri di tahun 1/2015

Masa 12hb hari tu aku hantar putri ke sekolah rendah. Ya Allah dah besar anak ibu... aku tengok je awk dr luar bilik darjah. Pandai awk menyesuaikan diri... alhamdulillah

Ibu sentiasa doakan awk dan along menjadi anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat serta taat pada ibu dan abah

Selamat tahun baru 2015

Dah 24 hari kita di tahun baru. Dan dah bertambah lagi usia kita...

Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2015 kepada semua rakan2 blogger tersayang semoga tahun 2015 memberi sinar kebahagian kepada kita semua... amin

Wednesday, 7 January 2015

Pengalaman kawan2

kekadang......dia org...yg msk biz....lain...trs buruk2 kn ufun...dh ramai kami jpa....tpi bonus...ufun...ttp jgk ambil....nk.msk biz lain.msk je le tak perlu burukkn ufun....

Mmg sekarang.......          Aku tersenyum, kerana harga token terus naik     Aku tersenyum puas terkenang masa lalu..... Ketika itu masa aku memulakan biz Ufun,   Office pun tak de lagi...    Hanya table talk guna kertas kosong shj utk PENCERAHAN.......  Bulatkan dan bulatkan sahaja cerita akan IMPIAN UFUN..... Itulah Tak ramai yg PERCAYA DUSTA dan BERANGAN sahaja kamu ini katanya.......

Masa bermula ada ramai seangkatan saya juga yg buat...      
Masuk bulan ke 5, ramai yg give up tak buat......
Ramai rasa susah sbb duit lambat dapat.......
Maklumlah split pertama hampir 8 bulan...
Ufun bukan MONEY GAME tapi adalah sebuah perniagaan
Ramai yg tak percaya
Tapi saya tetap teruskan PERJUANGAN

TEKAD saya mahu jadi JUTAWAN UFUN.......
Namun tiada yg PERCAYA waktu tu...
Saya KONGSIKAN kisah TAK PERCAYA ini pada anda semua...

Org TAK PERCAYA  aku akan jadi JUTAWAN.......
Akhirnya aku jadi
JUTAWAN UFUN ..... Bukan aku saja tapi bersama 300 JUTAWAN UFUN yg lain

Pada rakan2 yg buat Biz Ufun...
JANGANLAH anda KECEWA dgn ayat TAK PERCAYA ini...
UFUN adalah KEAJAIBAN pada mereka yg TAK PERCAYA...percayalah

Gurindam ini adalah kisah benar group mereka,  beramai2 jadi jutawan Ufun

Mari kita contohi Dr Fadil 001 Melayu Ufun Malaysia n Satu bulan d Ufun pendapatan Dr Fadil lebih 1 juta rm Ameen2 mudah2an.kita sama2 berjaya ya kak. Dr fadil...1 bulan 1 masjid....wah hebat2