Tiktok Mekyuhhh

Tuesday, 4 May 2010

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan
keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka
akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.


Sebelum Masuk Ke Rumah


Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah
dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah
dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka
yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya
menjawab salam malaikat itu.



Ketika Sakit


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya,
akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan
sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan
dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Khatam al-Quran


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.. Saiyidina Ummar bersuara kepada
Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa
yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya


Berkata Ibnu Abbas r.a.. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW)
israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu
sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah
Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada
orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu
tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a..s.


Nota


Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu
ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah
pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain..

…Wallahu a’lam

Keajaiban air mata






Aku bukanlah Superman, aku juga bisa nangis…

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Lama kelamaan menangis memang boleh membuatkan mata merah dan bengkak. Tapi jangan salah anggap kerana menangis dan mengeluarkan air mata ternyata boleh jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja? Ini dia 7 keajaiban yang bisa Anda dapatkan setelah menangis dan berair mata.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu obat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang alami. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 persen bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bisa menurunkan level stress kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandung 24 percent protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemukan bahwa air mata yang keluar dari hasil menangis karena emosional ternyata mengandung racun.
Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya dari mata.

5. Mengurangi stres
Bagaimana menangis bisa mengurangi stres ? Air mata ternyata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh yaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.
Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.

6. Membangun komunikasi
Selain baik untuk kesehatan fisik, menangis juga bisa membantu seseorang membangun sebuah komunikasi. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosial.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.
Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di pikiranmu setelah menangis, jangan dipendam karena Anda biasa menangis meledak-ledak.

iNiLaH HaKiKaT YaNG KeJaM uTK KiTe TeRiMa

Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb

Bu, adik Cuma ingin bertanya…

Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya...

Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?


Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

adik cuma nak tanya je bu.....

Renung renung kanlah !!!


-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup.......
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Akhir kata SAYANGILAH IBUBAPA KITA,TANPA MEREKA KITA TIADA DIMUKA DUNIA INI......DAN TANPA MEREKA,SAPALA KITA...TUL TAK???

dan ingatlah manusia, apabila kamu diatas, jangan lah kamu lupa mereka yg dibawah.

kita semua lahir dgn izin Allah dari setitis air yg mulia, jgn lah kita membuat kan diri kita hina dimata , dihati manusia....

Sunday, 2 May 2010

Jalan2 berdua ngan hubby

semalam seharian aku ngan hubby gi jalan2.. anak2 ngan mak dia (mak mertua aku ler..) coz minggu lepas mertua aku dah janji ngan si along (anak sulung aku) yang minggu nie dia nak ajak gi jalan2.tadi call si along dia cakap kat cinema tengok iron man 2, hai si adik (putri) xmeragam ker? hehehehe.. aku tau mertua aku blh handle punya si kecik tu.
kami pun apa lg, enjoy ler anak2 xde. pagi2 aku dah buat keja2 rumah (mengemas, membasuh, menyidai, dll..) dalam kol 1.30pm kami bertolak ke Port Dickson cari seluar hubby n kasut si putri di baden bundle. Panasnya bukan main dekat sana. cari punya cari xjumpa seluar kerja hubby tp jumpa baju keja dia jer. so, hubby buat keputusan nak gi tampin. aku ikut jer.. (bab jalan no hal)

sampai tampin dlm kol 4.30pm, jumpa lak sepupu hubby ngan famili dia di restoran sambal. memang kami nie tengah kebulur. so apa lg terus order nasi, mereka makan nasi goreng. borak2 kosong jer ngan mereka. lepas makan sepupu ajak gi umah mak dia (mak sedara hubby) tp hubby suh mereka jalan dulu kami akan menyusul coz hubby masih belum jumpa apa yang diingini kan nya.


singgah lak kat bundle di tampin, ada 2 kedai kami singgah tp dua2 tu hubby xberkenan coz mahal n xcantik. suka ati awak lah hubby.. (cerewet jugak hubby aku nie, aku pilih baju pun xcerewet cam dia, huhuu...)

pukul 6.30pm (lebih kurang lah) sampai umah mak sedara hubby. mereka suh tido sana tp aku menolak, bukan apa baju xde (bj kecik pun xde camner nak tido xkan nak pakai bj kecik n seluar kecik sampai esok xmau ler, huhuhuhu...)

lepas solat magrib n makan malam aku ngan hubby berangkat pulang. hubby ajak singgah umah makcu dia anta duit karipap yang ari tu aku tolong jual kan di opis. ada lah skit buat belanjer makcu n anak dia.

balik dr umah makcu ingat nak tengok cerita cerekarama tajuk dosa serupa tp aku dah terlelap dulu. macam bawak keta hubby cakap tp memang aku penat sangat.

* yang lain2 gambar lama, gambar owner gambar baru.. heheheh
Thursday, 29 April 2010

mak & adik ipar




nie gambar adik ipar ngan mak mertua aku. sajer jer masukkan dlm blog aku nie. hehehehe.... adik ipar aku duk kl so tiap2 bulan kena balik, biasalah anak mak kan. ayah mertua aku dah lama meninggal.

so tu jelah serba sedikit pasal keluarga hubby.

Matahari dari dekat (5,000 KM)


Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of
Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope


Sebagai Renungan:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah
SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril:
wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah:
sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril:
sebesar kurma...

Zabaniah:
kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril:
kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah:
kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.


PENGAJARAN:
Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA .

Monday, 26 April 2010

5 kekayaan..



5 perkara




خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها
lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1- وجه جميل
1:wajah yang cantik
2-
فلوس بالملاين
2:duit yang banyak
3-
صحة قوية
3:kesihatan yang baik
4-
اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5-
نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan


سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق
15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟
senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Sabda Rasulullah s.a.w.


من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat


بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan ,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat


أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak


بلغ عن الرسول
( صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

Semoga mendapat manfaat.