Perjalanan cuti sekolah kali ni memang betul-betul menguji kesabaran. Bertolak dari rumah pukul 9 pagi, ingatkan boleh sampai awal. Rupa-rupanya, jalan penuh jem dengan kereta yang sama tujuan—semua orang ambil peluang balik kampung cuti sekolah.
Sepanjang jalan, macam-macam aktiviti dalam kereta. Mula-mula kunyah kuaci. Lepas tu makan buah. Tak cukup, kek pula jadi alas perut. Tapi walaupun dah makan berkali-kali, tengok jam—kereta masih tak bergerak laju, kampung pun tak sampai-sampai lagi.
Tapi sebaik je kereta masuk halaman rumah, semua letih macam hilang. Bau kampung, suasana riuh keluarga, terus terubat rasa penat.
Aktiviti kampung pun bermula
• Makan-makan – meja terus penuh dengan juadah kampung. Ada nasi dagang, keropok lekor panas-panas, budu, ikan celup tepung… memang puas hati.
• Borak-borak – sambil makan, sambil bersembang dengan adik-beradik dan mak. Gelak tawa tak henti, cerita lama keluar balik.
• Gotong-royong kemas rumah – esoknya, aktiviti wajib mestilah kemas rumah bersama-sama. Sapu, mop, lap habuk, buang barang-barang lama yang dah tak elok. Bila buat sama-sama, kerja pun jadi cepat siap, dan rumah kampung nampak segar balik.
Pendek kata, walaupun perjalanan jauh dan penuh cabaran, cuti 13–15 September di Terengganu tetap jadi kenangan manis. Masa singkat tapi penuh dengan kasih sayang, tawa, dan rezeki makanan yang tak putus-putus. 💕
Be First to Post Comment !
Post a Comment