Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 12 February 2026

Tukar-Tukar Hadiah CNY - Team Feliz Zumba

 


Semalam, Rabu (11 Februari 2026), kami sempat luangkan masa buat satu aktiviti santai sempena sambutan Tahun Baharu Cina iaitu acara tukar-tukar hadiah dengan bajet sederhana, sekitar RM5 hingga RM10 sahaja. Walaupun bajet kecil, semangat semua memang besar. Acara diadakan di Bilik Training opis je bermula sejurus selepas waktu kerja, dari jam 5.00 petang hingga 6.00 petang.

 



 

Sebelum hari kejadian, kami dah buat undian tema warna hadiah. Antara warna yang terpilih ialah biru, putih, purple, coklat, kuning, merah, oren, pink dan hijau. Jadi masing-masing datang dengan hadiah ikut warna yang dah ditetapkan. Ada yang siap balut, ada yang pelik apa barang yang besar sangat sampai 2 paperbeg besar.

Bila sesi tukar hadiah bermula, memang kecoh satu bilik. ketawa memang bergema ruang bilik, suara riuh rendah, siap ada yang usik bila dapat hadiah pelik atau luar jangka. Walaupun aktiviti ringkas, jelas nampak semua kawan-kawan enjoy dan dapat lepaskan stres selepas seharian bekerja.

Yang paling penting, bukan nilai hadiah yang jadi ukuran, tapi momen kebersamaan tu. Aktiviti macam ni sebenarnya menguatkan hubungan sesama rakan sekerja dan buat suasana tempat kerja jadi lebih mesra dan hidup.


 

Semoga ukhuwah yang terbina melalui aktiviti kecil macam ni akan terus kekal dan makin erat dari semasa ke semasa. Kadang-kadang, perkara paling simple itulah yang paling lama tinggal dalam ingatan.

 


3 comments on "Tukar-Tukar Hadiah CNY - Team Feliz Zumba"
  1. wah ni lagi best dapat banyak hadiah

    ReplyDelete
  2. Seronok la aktiviti gini...Sy pun ada planning nk buat jgk...Tgh tgk date =D

    ReplyDelete
  3. seronok tukar2 hadiah...tapi, tak nampak pula yang menyambut CNY... hihihi

    ReplyDelete