bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 15 January 2025

Selamat Tahun Baru 2025



Selamat tahun baru 2025 kepada semua blogger yang mengenali mekyuhhh ni. Dah hampir 16 tahun aku dalam dunia blogger ni, sedar tak sedar je kan. Kadang bila teringat banyak peristiwa aku buka blog dan baca, banyak sangat pancaroba dalam kehidupan aku rupanya... huhuhu

 

kuat betul hati aku Allah tiup sampai aku tak terfikir aku boleh hadap liku-liku perjalanan aku dari dulu sehingga sekarang. Hati seorang manusia yang biasa-biasa sahaja mampu menghadapi dugaan dan rintangan yang maha ESA.

 

Dah 15 hari kita menghadapi tahun 2025 rasa mcm baru semalam kan tarikh 01/01/2025? heheheh... begitulah kehidupan.

 

Azam????

tahun ni apa azam korang? azam tahun lepas dah tercapai belum? Nak tau tak azam aku tahun ni? Azam aku tahun ni adalah:

  1. Nak jadi isteri solehah - sebab selalu melawan
  2. nak jadi hamba solehah - selalu tak jaga waktu solat
  3. nak beli kereta baru - tak pernah beli kereta baru, biasa yang second hand je
  4. nak biz maju - dah 2 tahun tak meniaga dengan serius
  5. nak jadi ibu mithali - selalu garang dengan anak2
  6. nak tambah simpanan - selalu terpakai simpanan yang ada
  7. nak tambah pahala sedekah - sebab amal jariah lain tak tau DIA terima atau tak

 semoga azam aku tahun ni termakbul... amin


Related Post:

  • rasa cinta yang bergelorahidup kita nie diumpama bola kan, sekejap diatas sekejap dibawah. kadang-kadang kita rasa hidup kita penuh dengan kebahagian dan kadang-kadang kita rasa penuh dengan kesengsaraan. 
 Read More
  • check up puteri pada 29.12.2010hari nie ada checkup utk puteri. jap gi dlm kol 2.00pm baru aku nak gerak dari opis. aku sorang jer hantar si jantung ati aku tu.sejak dua menjak nie aku tengok perangai dia bukan 
 Read More
  • bad moodanda selalu bad mood x? time bila anda badmood? bagi yus bad mood tu bukan perkara yang baik. yus pun selalu gak bad mood. banyak penyebab kita bad mood antaranya yang sering berla
 Read More
2 comments on "Selamat Tahun Baru 2025"
  1. Semoga yang baik2 je tahun 2025 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... saya doakan awak juga baik-baik sahaja tahun 2025 ini dan capai impian awak ok

      Delete