bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 4 December 2024

Untung Mak Mak Yang Selalu Baca Surah Al Waqiah, Rezeki Melimpah & Segala Urusan Pun Jadi Mudah


Menjadi doa dan harapan bagi setiap orang agar dipermudahkan segala urusan serta diberi kesenangan dengan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan. Salah satu cara untuk menjemput rezeki yang luas dan datang tanpa putus adalah dengan mengamalkan Surah Al Waqiah yang juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.

Al Waqiah bermaksud kiamat. Surah ini merupakan surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat.

Perlu tahu Surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Selain kita selalu mengamalkannya sendiri, pesan juga pada anak-anak agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan harian. Ini kerana Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

Antaranya;

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

MW: Jadi selain mengamalkannya sendiri, ajarkan juga anak anak kita dan keluarga agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan. Semoga kita diluaskan rezeki dengan melimpah ruah, dijauhi daripada kemiskinan dan kepapaan dalam kehidupan. Amin

 

 

Be First to Post Comment !
Post a Comment