bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 12 November 2024

Trip to IPOH with officemate (19/10/2024 - 20/10/2024) Part 3 day 1

waktu makan malam pun tiba so malam ni kami dah plan makan laksa sarang dengan Miker Pizza. kalau laksa memang peberat aku, pizza ni xde la suka sangat tapi bleh layan makan tak ada masalah punya sebab makan kan... heheheh aku semua bleh bedal.



dalam Pukul 6.45 pm kami dah siap2 untuk ke destinasi pertama waktu malam iaitu makan laksa sarang, so macam biasa lah tunggu grab sampai baru kami gerak.

ruang ni dekat belah atas iaitu belah nak check in, kami naik dlu ambik gambar sementara tunggu grab sampai dekat bawah
 

 

Dalam pukul 6.47 petang grab sampai, destinasi pertama kami pada malam ini adalah Laksa Sarang cuma sayang nadzirah tak makan dan Nurul makan pun sikit je. So kami order 2 mangkuk sahaja sebab takut tak habis.

Bagi aku pencinta makanan, Laksa ni sedap dan aku bagi 7/10 bintang. 

Selesai makan jam menunjukkan pukul 7.45 malam so kami decide untuk balik hotel dahulu buat mana yang wajib, dah settle baru ke Miker Pizza yang yang boleh walk in sahaja dari Hotel.

 

Anggaran pukul 8.50 malam kami bergerak ke destinasi ke dua untuk malam hari adalah Miker Pizza. Punya la beratur panjang nak makan Pizza ni, kalau gi dengan suben harus dah batal nak merasa pizza tu sebab dia bukan yang jenis gigih beratur makan makanan viral ni. Biasa kalau tak aku, si Putri yang akan beratur jika kami betul-betul nak rasa makanan viral.

 

Dekat Pukul 10 malam jugak baru boleh makan, bertenang jugak la sebab orang ramai dah beransur pulang. Miker Pizza ni tempat dia sempit rasa tak selesa sangat kalau datang dengan keluarga sebab bila sempit orang ramai pastu suasana bising sikit. kalau ada anak kecik yang suka meragam elok batalkan niat nak gi situ.. kecuali hari biasa mungkin tak ada ramai orang.

 


Macam biasa la kena ambik gambar untuk kenang kenangan kami

Habis makan dalam pukul 10.50 malam, kami bergerak balik ke Hotel untuk beradu. Jumpa episod esok dengan tempat dan makanan yang aku nak cerita okey.... sambung ke Day 2

Related Post:

  • TIPS HARGAI PASANGAN TIPS HARGAI PASANGANđŸ€ Ucap TQ untuk perkara kecilđŸ€ Puji cantik baju, tudung,makeupđŸ€ Berkongsi matlamat & cita citađŸ€ Perbuatan simple :✅ Pegang tangan✅ Pandang mata✅ S
 Read More
  • Permulaan Tahun 2024 - Aktiviti JanuariTahun 2024 telah membuka tirai dalam kehidupan kita, nak tak nak kenalah hadap yea tak? Aku seperti biasala sebelum tahun-tahun sudah ada je nak diceritakan pada semua tentang apa 
 Read More
  • 5 KESILAPAN DALAM RUMAH TANGGA   5 KESILAPAN DALAM RUMAH TANGGA ❌ Tidak menghargai pasangan❌ Jangkaan yang tidak realistik❌ Perasaan negatif mengatasi hubungan❌ Hubungan emosi antara pasangan jadi sema
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment