Pagi ni kami siap-siap nak bersarapan di Restoran Suhaimi Ipoh. Makanan dia sedap cuma nasi lemak bagi aku kureng sikit la sebab warna tak menarik dan tak berapa nak pedas.
Macam biasalah kena tunggu Grab sebab dekat ipoh Maxim macam susah sikit nak tembus. So anggaran dalam pukul 8.30 pagi kami dah siap sedia u ntuk bersarapan.
masa kami sampai dekat Restoran Suhaimi ni tak ada lah ramai sangat orang tapi bila kami dah abis makan, rupa nya ramai menunggu kat kerusi depan restoran... patut la aku tengok masa nak masuk kenapa kerusi ada kat depan ni... ni la motif nya hahahahah
selesai makan kami balik hotel dulu dan kemas-kemas untuk check out. Barang-barang kami boleh letak dekat Kaunter bawah sebab tak kan kami nak bawak luggage besar-besar tu kan? hehehhehehe.. destinasi ke dua adalah Tasik Cermin. sampai je di Tasik Cermin, Malangnya kami tak dapat masuk dalam sebab banjir menyebabkan laluan atau jalan nak masuk dinaiki air. Jadinya kami hanya berlegar-legar belah luar sambil membuang masa yang ada. heheheheh
Memandangkan kami dekat Tasik Cermin tak lama, kami repeat balik ke Plan B sambil menikmati ais kepal...
selesai saja makan dan jalan-jalan dekat Plan B tu, destinasi seterusnya adalah ke Canning Dimsum. Kami sampai sana anggaran pukul 12.00 Tengahari dan orang pun tak ramai lagi masa ni.
Anggaran pukul 2 petang kami berehat di ruang menunggu yang berada di Hotel tempat kami menginap ini. Memandangkan kami masih mempunyai masa terluang sebelum kami berangkat ke ETS Ipoh, kami menikmati makanan petang di Oldtown yang berdekatan hotel.
Orang cakap oldtown kat semua negeri pun ada kenapa nak makan situ jugak? sebab memang dah tak ada idea dan lagipun kami takut kan gi jauh-jauh, biasa la kan kalau guna grab atau maxim ni masa tak tentu. so kami decite untuk jalan kaki sahaja.
last sekali kami sampai ke ETS hampir pukul 6PM, masuk terus ETS Nadh yang turun KL Central dah kena panggil. malang bagi kami yang turun ke Seremban sebab ETS delay anggaran 30minit. Dah dalam ETS tempat duduk aku tak berapa selesa sebab 4 sit mengadap antara satu sama lain. Ia buat aku jadi kaku...
Sampai Seremban anggaran pukul 11 malam, badan dah rasa penat giler... esk nak kerja pulak tu. Sampai rumah terus mandi dan tidur, tak fikir dah si kecik tu heheheheh.
Kesimpulan nya, aku menikmati waktu healing bersama rakan-rakan opis dan berharap akan ada destinasi baru untuk kami healing lagi walau hanya 1 malam. harap rakan-rakan opis tak serik untuk sama-sama bercuti lagi nanti... TAMAT
Be First to Post Comment !
Post a Comment