bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Tuesday, 29 October 2024

Trip to IPOH with officemate (19/10/2024 - 20/10/2024) Part 2 day 1

Sampai je dekat Ipoh aku selaku bahagian Maxim atau Grab terus order kenderaan untuk ke Hotel Citytel Express Ipoh. Kami sampai Ipoh lebih kurang pukul 1pm dan perut pun berkeroncong masing-masing.

                                                                            #tandahadir          

sampai-sampai ETS Ipoh wajib ambik gambar dulu yea gais... heheheh
 

Setiba nya di hotel kami ingat nak drop je luggage kami tapi bila Nadh tanya kaunter dan mereka cakap kami dah boleh check in. Aku ingat check in pukul 2pm, mereka cakap bilik kami memang dah ready untuk kami.

Hotel kami tak ada lah besar mana tapi yang memuaskan adalah bilik yang selesa dan bersih. Aku bagi 5star. 


 


sementara menunggu check in apa lagi... ambik gambar kenangan lah dulu.
 

dalam 1 bilik ada 3 katil iaitu 2 single dan 1 Queen ckup untuk kami berempat

 lepas masukkan semua barang-barang dalam bilik kami terus ke destinasi pertama iaitu mencari makan untuk tengahari walau masa tu dah hampir pukul 2 petang. Sebelum order maxim kami search dulu tempat makan yang berhampiran. Alhamdulillah tempat makan tak jauh dan beraneka juadah di restoran tu. Aku lupa apa nama restoran yang kami search tu memandangkan mata kami hanya pandang makanan depan mata sahaja. Dah makan kami semua bersandar kekenyangan.....

 

DESTINASI KE-2

lepas makan tengahari kami tak berlengah lagi ke destinasi ke dua iaitu ke PLAN B(nama tempat dia). Dekat sini banyak makan viral, memandangkan kami dah makan tadi so kami jalan-jalan je la sini sambil minum kopi








lupa nak bagi tahu tema untuk hari Sabtu siang adalah warna hitam yang kami bincang sebulat suara... 

bersambung ke Part 3 Day 1

Related Post:

  • Di Penang at Perbadanan Bekalan Air PP (part 1)Perjalanan yang memenatkan dan makan masa 8 jam. Aku dengan member2 opis yang menyertai lawatan ke syarikat air Pulau Pinang sampai ke hotel Cititel Express lebih kurang pukul 6.45
 Read More
  • Bila kami balik raya hajiTahun ni raya haji jatuh pada hari khamis 24.09.2015. Aku cuti dari 23hb hingga 27hb.sekarang ni tiket memang mahal la. dah lama tak balik naik bas, kematu bontot.. heheheh. aku ba
 Read More
  • sepetang bersama...Dah lama sangat aku tak keluar dengan mak dan adik2. waktu2 berharga macam ni la aku tak akan lepaskan peluang bersama mereka tersayang.tak pergi mana2 pun just keluar ke bandar ma
 Read More
Be First to Post Comment !
Post a Comment