korang dah ada perancangan ke pasal nak menyambut bulan puasa ini? contoh dari segi hidangan berbuka ke? mana nak bawak anak2 berbuka ke? atau dah ada perancangan raya? nak raya dimana? nak pakai baju warna apa? atau dah beli baju raya? heheheheh
untuk tahun ni aku ingat nak tukar wallpaper rumah, bukan satu rumah tapi hanya ruang tamu untuk menaikkan aura baru untuk tetamu yang bakal berkunjung. ini hanya perancangan awal sahaja. dan kalau boleh nak buat opeh house untuk saudara mara serta rakan-rakan. dah lama sangat kami tak dapat kunjungan mesra dari mereka. seronok berkumpul sambil makan2 kan.
aku juga sangat berharap semoga aku dapat balik kampung halaman untuk berhari raya bersama mak dan adik beradik. berkumpul sambil borak2 hingga pagi... rindu sangat moment tu semua. aku doa sangat semoga dapat kami balik beramai2 dan berkumpul.
Be First to Post Comment !
Post a Comment