Hai semua!
Hari ni saya join Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor. Bila Roziah buat segmen ni, memang terus rasa nak join sebab dah lama follow blog dia – penuh dengan perkongsian yang dekat di hati. Rasa macam masuk rumah jiran sendiri je bila singgah baca blog Roziah, santai tapi banyak manfaat.
Segmen macam ni best, sebab bukan sekadar nak naikkan trafik blog, tapi lebih kepada ikatan antara blogger. Macam kita duduk borak-borak sambil kongsi cerita. Mana tahu lepas ni boleh tambah geng blogger baru, sama-sama singgah, sama-sama support.
Terima kasih Roziah sebab rajin anjurkan segmen macam ni. Harapnya blog saya dapat juga jadi sebahagian daripada bloglist Roziah. Kalau tersenarai, memang satu penghargaan besar!
So, jomlah geng blogger lain pun join sekali. Lagi ramai, lagi meriah kan?
________________________________________________________________________
Cara Nak Join Segmen Bloglist Klik SINI
- Buat satu entri di blog anda dengan tajuk: Segmen Pencarian Bloglist Roziah Muhammad Nor #1 (Oktober – Disember 2025).
- Masukkan banner segmen dan backlink ke entri asal ini.
- Tinggalkan link penyertaan anda di ruang komen entri ini.
- Wajib FOLLOW BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR.
Tempoh Segmen
- Tarikh mula: 20 September 2025
- Tarikh tamat: 30 September 2025
Pemilihan Bloglist
- Pemilihan 5 bloglist akan dibuat menggunakan Wheel of Name.
- 5 pemenang akan dimasukkan dalam bloglist sidebar untuk tempoh 3 bulan (Oktober – Disember 2025).
Mintak letak link post ni ye untuk penyertaan di post asal segment. Kalau letak link blog saja tak dikira.
ReplyDeleteTerima kasih sudi join ☺️
baik
Delete