bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Wednesday, 2 January 2019

selamat tahun baru 2019

tahun ini adalah tahun aku genap berumur 40 tahun kehidupan aku sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. aku tak tahu berapa lama lagi aku boleh melihat dunia yang fana ini... aku sangat berharap bila aku dijemput aku sudah bersedia dengan amalan untuk mengadap Sang PENCIPTA.

tahun ini aku kena lagi banyak berusaha dengan biznes butik aku. walaupun perit dan penat dengan semua perkara ini aku akan tetap berusaha sehingga berjaya. aku tak mahu berputus asa dengan usaha yang aku berikan kepada bisnes butik aku ini. orang nampak best nya dah ada kedai sendiri tetapi aku masih belum boleh menghembuskan nafas lega.

setiap minggu aku dan suami seperti biasa akan ke nilai untuk meniaga barangan butik kami supaya butik kami dikenali. kalau masih boleh meniaga setiap pagi ahad aku nak cuba masuk pasar pagi di Paroi Jaya pulak... Insya Allah

ni la antara barangan yang aku jual...




dalam tahun ni aku berazam untuk :
  1. majukan butik dengan untung bersih 5-7k sebulan
  2. hantar mak dan abah gi umrah
  3. nak turunkan berat badan ke 45-48 kg
  4. nak beli van/kereta syarikat utk letak brg jualan

Related Post:

  • Setapak pertamaHari ni ke shah alam korek ilmu yang sangat bermanafaat bagi aku sebagai seorang yang 0 nowlagde. Berbekalkan semangat nak berjaya dalam bidang yang aku bakal ceburi ini. Bisnes ya
 Read More
  • Cuba tembus benteng Ada seorang kawan sekolah aku nak bawak aku berbiz yang mampu membuat income lagi besar.. kita tunggu apa yang kawan aku akan ajar aku.. yang pasti bisnes ini halal harap dari
 Read More
  • Produk tabitaApa-apa hal selfie dulu la. Sebenarnya aku nak bercerita pasal produk yang aku gunakan sekarang. Rasanya ramai yang kenal dengan produk tabita kan.. hasil dari pemakaian produ ini 
 Read More
4 comments on "selamat tahun baru 2019"