bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Friday, 16 March 2018

Aku hanya merancang

sejak 3-4 minggu kebelakanga ni hati sentiasa rasa sedih dan sayu. ada perkara yang aku rancang tidak menjadi kenyataan buat masa sekarang ni. 


ia bermula dengan kesabaran, bila rasa sabar kurang hati pun rasa sangsi dan was-was serta fikiran akan jadi salah faham. bagi aku sabar itu sangat penting sebab apa yang aku rancang ini bukan perkara yang biasa-biasa tapi perkara besar yang melibatkan hati dan keimanan. bukan aku nak cakap yang aku bagus dalam menyuarakan soal yang melibatkan iman ini cuma aku boleh baca anugerah yang Allah bagi dengan melihat kesabaran dalam diri seseorang tersebut.

serius aku katakan yang aku sangat ralat dan terkilan dengan perkara ini. sebenarnya sikit je lagi dah termakbul perkara yang aku inginkan cuma kepercayaan orang kepada aku dan kepercayaan orang dengan keupayaan aku membuatkan perkara ini gagal. di lubuk hati aku rasa sangat hiba dan sangat terasa tapi apakan daya aku. aku kena redha dan percaya apa yang berlaku adalah ketentuan oleh NYA yang mencipta kita sekalian alam.

biar lah perkara ini menjadi lipatan sejarah buat aku. akan tetapi aku akan terus berusaha menjadikan perkara ini nyata dan termakbul... Insya Allah

Related Post:

  • tiada niat hendak mengataAssalamualaikum dan salam sejahtera semua...cuba baca tajuk aku diatas tu, bukan bermaksud nak mengata tapi ini adalah peringatan pada diri aku sendiri dan kawan-kawan yang boleh t
 Read More
  • salam Jumaathari ini adalah hari terakhir bagi minggu ini aku bekerja dan hari ini la hari yang dinanti-nantikan oleh aku... heheheh sebab esok dah cuti yeeaahhhhaaaaa... soronok dan beronok r
 Read More
  • GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHMsaya pun dah terjebak dengan GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM ni.mesti cantik2 dia punya servenior. ni pun jalan2 di blog kawan saya iaitu MRS.A dan k
 Read More
4 comments on "Aku hanya merancang"
  1. Jangan putus asa, kita hanya merancang tapi Dia juga yang menentukan..
    Perancangan Dia sungguh indah, pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian.

    ReplyDelete
  2. betul tu
    jangan putus asa
    sentiasa positif

    ReplyDelete