bila bicara perlu berhati-hati, penulisan perlu dari hati...

Thursday 15 March 2018

kasih seorang ibu

semalam 14/03/2018 kita dikejutkan oleh satu berita tergempar berkenaan kemalangan yang menyayat hati dan naluri. kita hanya merancang Tuhan yang menentukan segalanya. kes kematian seorang anak yang berusia 2 tahun yang ditinggalkan oleh ibu di dalam kereta sangat terkesan oleh aku sebagai seorang ibu juga.

hati ibu mana tidak hiba dan tidak sedih, kejadian berlaku tanpa disangka. ramai netisan menuding jari kearah si ibu tanpa mengetahui perkara sebenar. walaupun salah ibu, ibu juga manusia biasa yang mempunyai kelemahan jadi sebagai orang awam jangan lah mengata tanpa mengetahui isu sebenar.

semua yang berlaku atas ketentuan Allah... dia yang menginginkan semua berlaku. kita sebagai manusia kena redha dan tabah. kita baca artikal yang dikeluarkan oleh Berita Harian.


am@nstp.com.my

PORT DICKSON: "Maafkan ibu.. maafkan ibu sayang, ibu tak sengaja," jerit Hasmah Masroh, 32, apabila anak perempuannya, Nur Awfa Humaisha Muhammad Ali Riduan, 2, maut akibat sesak nafas selepas tertinggal dalam kereta selama empat jam di parkir sebuah kolej kemahiran di Batu 3 di sini, hari ini.

Suasana sedih menyelubungi perkarangan bilik mayat Hospital Port Dickson (HPD) di sini, apabila wanita terbabit terpaksa ditenangkan ahli keluarga dan kenalan.
Ratapan Hasmah menyebabkan hampir 30 rakan sekerja yang memberikan semangat kepadanya turut mengalirkan air mata.
"Ibu minta maaf sayang, ibu betul-betul terlupa.. ibu tak ingat, ibu menyesal. Malam tadi Awfa okey saja, hari ini Awfa dah pergi tinggalkan ibu," rintihnya.
Hasmah turut memberitahu rakannya, pagi tadi beliau mengangkat anaknya yang sedang tidur di rumah di Taman Hartamas, Sunggala dan meletakkannya di tempat duduk belakang kereta PROTON Saga miliknya.

Katanya, sebaik tiba di kolej itu, dia terus mematikan enjin kereta lalu memasuki pejabat hingga tidak sedar anak yang dibawa bersamanya.

Sementara itu, rakan Hasmah yang enggan dikenali berkata, rutin harian Hasmah yang juga tenaga pengajar di kolej berkenaan ialah menghantar anak sulungnya berusia lima tahun ke tadika di pekan Port Dickson sebelum menghantar mangsa ke rumah pengasuh di Kampung Paya, sebelum memulakan tugas.

"Kejadian pagi ini di luar jangkauan. Dia sudah menghantar anak sulung ke tadika, namun terlupa anak kecilnya itu tidak dihantar ke rumah pengasuh," katanya ditemui di HPD, di sini.
Beliau berkata, Hasmah mungkin tertekan dengan lambakan kerja dan mereka turut menerima lawatan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) hari ini.
Suami Hasmah, Muhammad Ali Riduan, 30-an pula berkata, beliau mengetahui kejadian jam 1.30 tengah hari itu selepas dihubungi isteri ketika berada di tempat kerja di Pejabat Tanah Daerah Seremban.

"Saya reda dengan ketentuan dan sesungguhnya Allah lebih menyayanginya," katanya menahan sebak dan enggan mengulas panjang.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan dalam keadaan pintu dan tingkap kereta tertutup bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya, wanita terbabit hanya menyedari anaknya ditinggalkan selepas empat jam, lalu bergegas lari ke keretanya untuk mendapatkan anaknya.

"Malangnya budak itu sudah tidak sedarkan diri dan dibawa ke Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi disahkan meninggal dunia dan dirujuk ke HPD," katanya.

Zainudin berkata, hasil bedah siasat mendapati budak berkenaan meninggal dunia disebabkan strok haba atau kepanasan melampau dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Be First to Post Comment !
Post a Comment