Tiktok Mekyuhhh

Wednesday, 23 August 2017

29/07/2017 hari sejarah aku

bermula la sudah cerita buku baru dalam hidup aku bila pada 29/07/2017 aku diikat dengan ikatan akad oleh seseorang bernama Mohd Fadzlie bin Mohd Isa dengan sekali lafaz. saat itu perasaan aku berada diawang-awang sama ada aku di bumi nyata atau di alam mimpi.

semua ini bukan mimpi, bukan fantasi bukan juga di awang-awangan... aku sekali lagi sah bergelar seorang isteri. aku sendiri tak dapat gambarkan perasaan aku, masa berlalu terlalu laju sehingga aku sendiri tak mampu untuk memikirkan semua perkara.

biar la kali ini yang terakhir sehingga akhir hayat aku.. "berakhir la sudah kisah cinta antara aku dan dirinya" sekarang bermula kisah cinta aku bersama suami tercinta. harap dia boleh membimbing aku ke jalan mu Ya Allah...

perkara lama, kisah duka, kisah gembira yang dah lepas telah aku lepaskan jauh2 telah aku hanyutkan dari kotak fikiran aku. walaubagaimanapun kenangan tetap kenangan... semua itu ketentuan dari NYA. DIA yang nak semua tu berlaku pada diri aku. aku redha...

pada 29/07/2017 bermula la kisah cinta aku bersama suami. sekarang dah 25hari aku bergelar isteri kepada Mohd Fadzlie. aku bahagia dan aku aku gembira, doakan aku bahagia sehingga jannah..













Monday, 24 July 2017

pemergian dia sangat di rasa

Image result for nenek kartun

Khamis lepas bersamaan 20 Julai 2017 aku dikejutkan oleh satu berita yang sangat menyayat hati. perginya seorang yang aku sayangi dan sentiasa ada dalam hati aku.

Berita kematian dia aku dapat dari seorang cucu nya yang aku sendiri dah menganggap dia sebagai adik aku pada pukul 7.58 malam, di fahamkan beliau meninggal pada pukul 6.45 petang. Pengebumian di lakukan pada pagi Jumaat (21 Julai 2017) yang damai.

Aku bertolak (Jumaat - 21/07/2017) bersama anak dara aku pada pukul 7.45 pagi bagi menatap beliau untuk kali terakhir. Sampai disana sanak saudara beliau telah datang untuk mengziarahi. ada satu perkara yang aku tidak mampu menahan rasa sedih dan hiba tapi biar la ia menjadi rahsia...

sangat sedih dan kecewa bila menatap beberapa perkara yang telah berlaku. semoga roh arwah tenang di SANA.... Amin
Sunday, 9 July 2017

kenapa AKU dipilih

kenapa aku? kenapa mesti aku???

DIA pilih aku mesti ada sebab, supaya aku tidak leka? supaya aku tidak lupa? supaya aku tidak alpa? itu semua perancangan DIA untuk aku.

tapi aku lemah sangat, lemah sangat2, sampai satu tahap aku jadi lemah, aku jadi sakit, sangat2 sakit..
semoga aku akan terus tabah dan sabar... Insya Allah

Saturday, 8 July 2017

harap semua berjalan lancar

tinggal beberapa hari lagi untuk majlis. harap semua berjalan lancar.
harap apa yang terbuku dalam sanubari aku dapat dileraikan.... 

pengalaman pengajaran kehidupan


sebut je pasal famli hati aku jadi sayu maklumlah aku sebagai anak perantau. diam tak diam dah lebih 20 tahun aku di perantauan, kejap je kan? bagi korang yang tak pernah merasa jadi anak perantau tak kan rasa betapa perit, sukar, susah dan berbagai lagi dugaan dan rintangan

sumpah, aku rindu sangat-sangat kampung halaman. sumpah, aku rindu sangat wajah2 yang dari aku lihat dunia smpai aku dah besar panjang. sumpah, aku rindu semua tu...

mak, abah, adik beradik..

korang tak pernah sekali pun aku lupakan walaupun aku hepi mahupun sedih. kalau masa boleh putar balik aku xnk jadi remaja, aku xnk jadi dewasa, walaupun dulu keluarga aku susah aku tetap nak masa diputar semula...

betul kata orang tua2, masa itu emas.. lagi berharga dari emas dan kalau waktu boleh berputar aku nak sangat mula dari bawah, nak sangat masuk sekolah, nak sangat masuk U dan nak sangat bahagiakan mak abah.

pengalaman telah mendewasakan aku, dari budak kampung, dari budak susah, aku berdiri di atas kaki sendiri. aku jatuh aku bangkit lagi, aku tersembam aku bangun untuk tidak luka dan terluka. perancangan DIA kita tak tahu, dia nak uji kita sampai bila kita pun tak tahu.

hari ini bulan ini tahun ini aku redha dengan ketentuan nya, aku pasrah dengan segala yang berlaku namun untuk mengalah namun untuk menyerah tidak sama sekali.

orang nampak aku gigih, orang pandang aku kuat, orang pandang aku tersenyum tapi di sudut hati hanya DIA yang mampu mengetahui...

amin... D

Friday, 30 June 2017

balen2 gambar raya

ni aku upload balen gambar2 yg aku lambat dapat dari sehari sebelum raya sehingga raya ke 3

time ni baru nak gerak dari Seremban ke Ganu
 
ni kat pilah... time jem
 
raya pertama dalam camera hp en sado
 
raya ke 2 jalan2 umah member dengan kaklong n adik brdk
 
time ni dah nak balik seremban
 
Thursday, 29 June 2017

Hari raya ke 5

dah raya ke 5 kita ni kan? aku pun dah 2 hari kerja, rasanya tahun ni la tahun aku tak ambik cuti panjang maklum la nak simpan cuti kan.. hehehe

bosan duk opis sebab member2 lain masih bercuti dan aku dalam mood raya.. huhuhu
hari ni gi jalan raya umah haji rozali, sedap isteri dia masak.. masakan kampung (bendi air, sambal gesek, ikan goreng, jering, ayam goreng, telur dadar, sotong sambal dan kuih muih) nampak simple tapi sangat menyelerakan