Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 27 October 2016

Berakhir sudah... amin


Beberapa bulan kebelakangan ini hati tak tenteram, jiwa terus dihimpit pelbagai dugaan. tapi aku bersyukur aku ada keluarga, ada rakan2 dan saudara mara yang banyak membantu saat aku jatuh tersungkur menyembah bumi.

Biar la keperitan berlalu pergi seperti air sungai yang mengalir.. tidak akan berpaling lagi demi masa depan yang masih jauh.

Semoga aku akan sentiasa tabah, cekal dan redha dengan semua kejadian yang menimpa. aku maaf kan mereka...
Wednesday, 31 August 2016

Hepi belated birthday to my puteri

Pada 17.08.2016 genap umur puteri ibu yang diberi nama Putri Nurqaireen Qistina yang ke 8.

Semoga sihat, bijak dalam semua perkara, gembira... ibu sayang awk adik.










Wednesday, 17 August 2016

Sky trex Shah Alam

Pada 13.08.2016 aku, nad, faizal, ana n kw  dia ke Taman Botani Shah Alam untuk skytrex ni. 1st time kami ambik beginner...

Nama pun sky kan... semua aktiviti atas pokok je. Sape gayat ni sukar la skit. Bagi aku beginner ni tak ada la mencabar pun tapi tak pe sebab dah lama tak lakukan aktivitikan.

Layan je gambar dibawah yea
























Tuesday, 9 August 2016

Selamat hari lahir yang ke 15

Hari ni 09.08.2016 genap hari lahir putera sulung aku yang kami beri nama Muhammad Amirul Haqim yang ke 15 tahun.


Sangat pantas masa berlalu, anak aku dah meningkat bujang dan dewasa. Rasa macam semalam je aku lahirkan dia, rasa sekejap je dia pandai berkata2....


Ibu  sentiasa doakan awak menjadi anak yang soleh, beriman, taat pada ibu dan abah, boleh menjaga kami dan adik bila besar nanti... kamu dan adik la permata yang sangat berharga buat ibu, kamu berdua la nyawa ibu...

Sunday, 7 August 2016

Sambal ikan tongkol mak

Hari ni aku masak lauk ikan sambal untuk famli. Nak upload gambar malu sebab x berapa cantik... hahaha

Aku sebenarnya teringat sambal ikan tongkol mak, masih terasa lagi macam mana rasa dia dekat lidah aku. Memang tak sama dengan sape2 yang lain masak termasuk kaklong (pakar masak). Kalau dekat nak je balik kampung suh mak masakkan tapi apakan daya aku insan perantau.


Friday, 5 August 2016

Hilangkan stress

Hari ni kami #ictdepartment kluar minum lepas berhempas pulas menyiapkan masalah #bugs

Dah settle semua baru la boleh bersenang lenang... kami pun pergi la minum hilang kan stress. Stress la konon... hehehe


Thursday, 4 August 2016

Nawaitu...

"Mulakan hari dengan nawaitu positif dan bertenang bila disungkit." Selalu aku ingatkan diri sendiri dengan perkataan nawaitu iaitu niat. Niat yang baik akan mendapat aura positif...

Ingatkan nawaitu positif setiap pagi, setiap langkah pertama setiap pagi..

Semoga aku menjadi usahawan berjaya dengan nawaitu yang betul dan ikhlas... dengan izin MU... amin