Tiktok Mekyuhhh

Saturday, 23 January 2016

Sabtu 23012016

Dah 23 hari kita menempuh tahun 2016 kan. Prestasi pun kena lah lagi tinggi usaha, sekarang ni pun kena mencari barang2 jualan... kena restock barang yang dah habis.

Senyuman manis buat kawan2 blogger dan pembaca setia saya... peace..

Orang kata tak perlu tergopoh gapah tapi bagi aku bab2 bisnes ni kena cepat2 tangkap tapi dalam pada tu kena la pikir barang kita tu ada kualiti ke tak betul x kawan2 bisnes? Hehehe....
Friday, 22 January 2016

Perlu straggle 2016

Gambar 2016 hehehhe

Tahun 2016 adalah tahun ke-6 aku berbisnes dengan bersungguh-sungguh. Aku doakan tahun ni aku memiliki sebuah kedai yang untuk perniagaan aku... insya Allah

Perancangan aku tahun ini adalah memiliki kedai butik bersama adik ke-11 aku iaitu Hasanah. Adik aku ni sedang belajar dalam bidang pembuatan baju dengan erti kata pasar adalah blajar jahit.. hehehe

Tapi, sebelum aku membuka butik aku nak sangat buka kedai serbaneka seperti kedai barangan wanita. Maksudnya ada tudung, baju, skincare dan colagen. Maksud di sini kedai tu top to toe kata orang kan. Aku kena berusaha semoga usaha aku berjaya.

Semua orang kenal produk ni kan? Fames dengan nama tabita tapi tahun lepas dah tukar kepada nama pengasas iaitu Desi Damayanti. Aku memang menggunakan produk ni, aku start guna pada tahun lepas bulan 3/2015.
Gambar sebelah kanan tu adalah muka aku sebelum jumpa produk Desi Damayanti. Aku akui memang muka aku tak ada jerawat tapi bila muka aku start kluar jeragat aku dah rasa risau... mana tak kan, kita wanita memang suka pada kecantikan. So, aku nak kongsi dengan wanita2 di luar sana untuk sama2 cantik dan menawan...
Untuk trial kami keluarkan set kecil dan set besar. Mudah di bawa kemana2 dan boleh masuk je dalam handbag.
Kami juga ada set besar iaitu set regular dan set exlusive. Boleh pilih mana set yang anda nak, xde masalah...

Selain set dari Desi Damayanti aku juga jual produk dari NN Beauty. Produk ni dari orang melayu kita tau, halalantoyiban... kelas orang melayu kita kan.







Tengok... dr atas sampai bawah produk dia. Dari luaran sampai dalaman... semua untuk wanita2 di luar sana. Kami memang nak semua wanita cantik dan menarik tertarik tau...



Ni pulak aku jual bawal double hicon. Warna yang sangat menarik sesuai untuk semua jenis golongan tau... kain dia sangat lembut, mudah dipakai, sangat selesa dan cantik...





Tak ketinggalan saya juga ada jual handbag tau... hehehe. Tu saya cakap semua kelengkapan wanita saya jual tau...

Kawan2 boleh masuk ke ig saya di shopperholic2u_ yea. Saya sangat2 mengalu alukan kedatangan anda di ig saya tau. Fb di nama yang sama shopperholic2u bleh buka juga. Tak ketinggalan blog saya shopperholic2u.blogspot.my
Monday, 11 January 2016

selamat tahun baru 2016


dah sebelas hari tahun baru 2016 membuka tirai tapi aku baru boleh update entry pertama aku ni. hari ni tak ada mood nak update entry sekarnag ni memandangkan badan rasa lemah, pikiran berserabut...

tapi di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada Pembaca Blog saya yang tidak seberapa ini.


Friday, 25 December 2015

Best kalau dapat ruang depan rumah macam ni

Dari dulu lagi aku sangat suka kalau halaman rumah yang cantik dan selesa, sedap mata memandang tapi semua tu kena gunakan kos... Kat bawah saya ambik dari pakcik google sebab ini antara ruang halaman rumah yang saya sangat suka.

Simple je kan.. tapi rumah saya tak boleh buat macam ni kerana ruang yang sangat sempit dan sekangkang kera je.. huhuhu

Ni lagi besar... kalau dapat beli tanah dekat kampung nak sangat saya dirikan rumah macam ni. Simple dan sangat kekampung kampungan... hehehe

Yang ni ok... cantik dan simple

Yang ni nampak simple tapi kos tinggi... 

Yang ni pun sangat cantik kan..

Yang ni untuk rumah yang ada ruang tepi yang besar

Yang ni pulak untuk rumah banglow kot..

Kalau dapat rehat sambil membaca di ruang macam ni fuh... nyaman dan segar kan?

Cantik kan?

Yang ni pun bleh deploy dekat rumah saya.. cantik2

Simple dan cute...

Yang ni pun saya boleh ambik untuk rujukan

Yang pun boleh... 

Selamat maulidur Rasul


Selamat menyambut maulidur rasul. Hari ni semua orang cuti semperna menyambut hari kekasih kita yang sangat kita sayang.

Ni je gambar yang snap semalam... hehhehe

Hari ni 24.12.2015 aku bawak jantung hati aku gi jenjalan... makan2... dan shopping. Tak de la shopping sangat pun cuma beli barang2 kelengkapan sekolah mereka je.
Friday, 18 December 2015

Warkah buat Suziaina Alias 16122015

Dia seorang kawan yang sangat baik, periang dan sentiasa gembira. Mula2 aku kenal dia semasa aku berada di tingkatan 1 Sek. Men Matang, Hulu Terengganu. Dia salah seorang sahabat aku dalam kelas.

Berpewatakan sederhana, kurus, tinggi lampai dan berkulit hitam manis.. sangat rajin dengan kerjayanya sebagai seorang tukang jahit. Dia la Suziaina binti Alias yang telah meninggalkan aku dan rakan2 buat selama lamanya.

Habis sekolah, aku tidak pernah putus berhubung dengan dia walaupun jarak kami jauh... dia berada di kampung, aku pula anak perantau. Sering mengutus surat bertanya khabar antara satu sama lain. Hubungan kami jadi sedikit renggang selepas aku telah berkeluarga. Setiap kali hari raya aku tak pernah lepaskan peluang untuk berkunjung ke rumah dia.

Sekarang hanya kenangan sahaja berada di minda aku. Kenangan yang sangat berharga bersama dia. Malam ini, aku tidak dapat lelapkan mata bila teringatkan dia rakan aku yang telah pergi buat selama-lamanya.

Berita yang aku terima dari sahabat baik aku juga menyatakan dia sedang sakit. Berita tersebut menerangkan dia di tahap kritikal, berita itu aku terima sebulan sebelum puasa tahun ini... masa tu pikiran aku hanya teringat kan dia, aku nak telefon tapi aku tak daya bertanya kerana aku takut air mata aku mengalir.

Kalau tak silap, pembedahan pertama dia pada bulan puasa. Semasa aku balik raya aidilfitri aku tak sempat melawat dia kerana masa yang sangat singkat.

Dia mengalami kesakitan dan menjalani pembedahan kedua pada hari raya haji. Aku balik raya haji... memang aku sangat rindukan rakan aku ini dan memang hati sangat2 hendak berjumpa dengan dia. Allah mengizinkan aku untuk melawat dia di rumah...

Allahuakbar, dia sangat2 kurus dan tidak bermaya. Setitik air mata aku jatuh tapi aku cepat2 lap supaya dia tidak nampak. Dia dan keluarga sangat2 kuat dan tabah seperti dia dulu yang aku kenal. Seorang yang sangat tenang dan baik hati.

Bulan 11 aku mendapat berita dia dimasukkan ke hospital Kuala Terengganu tempat juga dimana kaklong aku bekerja. Aku wasap kaklong untuk menziarahi dia di sana. Keadaan dia sangat uzur ketika itu, tidak mampu bergerak tetapi masih boleh mendengar dan hanya menggerakkan jari nya.

15.12.2015, rakan2 di kampung yang telah diamanahkan oleh kami yang berada jauh untuk pergi menziarahi dia. Telah beberapa kali mereka menziarahi dia dan pada hari itu mereka bertemu buat kali terakhir sebelum dia menghempuskan nafas yang terakhir pada malam 16.12.2015.

Genggaman tangan dia buat rakan2 yang menziarahi pada hari tersebut menandakan ucapan terakhir buat kami semua.


Sahabatku, tenang dan damai lah kamu disana. Semoga Allah tempatkan kau di kalangan orang2 yang beriman.. damai dan tenang lah kau wahai sahabat diasana.

Wahai permata hati mu, tabah la dalam menempuh hari2 yang masih jauh dan panjang.

Sahabat, kenangan suka dan duka bersama mu tidak akan aku lupakan sampai bila2.. Al-fatihah buat mu rakan yang sangat aku sayang... amin
Thursday, 10 December 2015

Lagi satu tapak


Assalamualaikum kawan2 semua... ingat lagi tak dengan entry Setapak Pertama? Sekarang saya dah mara satu tapak lagi. Saya sangat berharap kawan2 dapat follow dan post pada kawan2 yang lain anda juga di blog hartanah saya ini.

Jasa baik kawan2 yang sering mengikuti perkembangan saya akan sangat saya hormati dan sanjungi. Doakan saya akan mara setapak demi setapak... doakan saya berjaya juga yea... amin

http://hartanah4semua.blogspot.my