Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 15 October 2015

Di Penang at Perbadanan Bekalan Air PP (part 1)

Perjalanan yang memenatkan dan makan masa 8 jam. Aku dengan member2 opis yang menyertai lawatan ke syarikat air Pulau Pinang sampai ke hotel Cititel Express lebih kurang pukul 6.45 petang. Pagi tadi kami bertolak pukul 11.15 pagi

Sampai je aku terus ke bilik yang telah disediakan. Penat tak yah nak cerita la...







Apa2 hal selfie dulu la. Bilik memuaskan dan bersih... 


 Penambahan tu aku punya la... mana tau kot malam2 lapo.. hehehe



Pukul 8 malam kami menaiki bas ke tempat makan. Ambik masa dalam 20 minit jugak la perjalanan nya. Perut dah menyanyi ni... heheh
Malam ni kami makan seafood iaitu makanan kegemaran aku... hehe





Dah kenyang kami balik hotel beristirehat. Esok ada aktiviti lagi...

Monday, 12 October 2015

Kerja makan gaji VS berbisnes




Apa yang korang rasa? Mana best sama ada bisnes sendiri atau makan gaji? Kalau aku sendiri aku akan pilih berbisnes. Biarpun berbisnes tu banyak sangat dugaan tetapi dalam pada susah kita akan hidup dengan cara kita dan tidak terikat dengan sesiapa.

Walaubagaimanapun, salah langkah dalam menuju ke puncak kita akan tersungkur. Oleh yang demikin (chewah... heheh) Allah tidak akan sia2kan apa yang telah kita usahakan... insya Allah. Janji Allah itu pasti
Sunday, 11 October 2015

RunJangMi@korea

Cerita ni aku layan dari 1st apisod lagi. Cerita nya tak de la best sangat dan tak membosankan jugak, kena la dengan kepala aku ni.. heheh

Minggu depan mungkin last episod, mula2 aku sorang je layan cerita ni dah lama2 aku bukak, adik ngan aqim pun boleh layan sekali... hehehe
Wednesday, 7 October 2015

Hari lahir dia yang ke 60

Selamat hari lahir pada abah 05.10.2015 yang ke 60.

Sangat laju bumi berputar sehingga aku tak dapat rasakan umur abah dah sampai ke angka 60. Ingat lagi masa abah bawak aku ke sekolah rendah menaiki vespa merahnya, ingat lagi waktu abah jemput aku dengan landrover balik dari sekolah masa sekolah menengah. Memang laju sangat bumi berputar.

Aku sentiasa doakan abah akan sentiasa sihat dan gembira dengan kehidupan sekarang kerana aku adik beradik masih belum dapat menjaga dia dengan baik. Masih banyak perkara yang perlu kami lakukan pada dia. Dan yang paling penting kami masih bergantung pada dia, bergantung nasihat dan pelajaran dari dia.

Abah... yus sayang abah sangat2. Semoga Allah memberkati abag... amin

D'Terapung D'Jeti PD

Ahad lepas 04102015 aku bersama-sama keluarga en Suami gi Port Dickson makan2, borak2... sangat gembira semua orang.. aku sangat bersyukur dengan kegembiraan semua orang. Aku memang kaki makan dan memang suka sangat seafood. apa lagi makan dan makan lah.

sebenarnya salah satu perkara menggembirakan hidup aku adalah dapat makan makanan yang sedap-sedap. tapi bila aku berduka aku memang tak lalu makan. siapa yang kenal sangat dengan aku akan rasa lain dan hairan bila aku tolak makanan kegemaran aku, mereka mesti dapat tangkap aku sedang berduka. sebab tu kalau aku berduka dan rasa sedih meraka dapat tahu lebih2 lagi mak aku sendiri.

rasa seronok bila dapat berkumpul macam ni. kalau keluarga aku dekat mesti aku akan ajak pergi makan2 macam ni selalu walaupun aku tahu abah aku tak berapa suka makan kat luar tapi dalam dia bising2 dia akan bersama kami juga... abah2... rindu abah

tengah pilih nak makan apa. aku duduk je sebab aku memang belasah apa yang mereka hidangkan... heheh. lagipun sil yang berlanje. so duduk diam2 dan makan.

sengeh-sengih dapat gi jenjalan. masa gi ni malam lepas magrib keluar dan lagi lagi satu isnin dan selasa sekolah tutup sebab jerebu.





Saturday, 3 October 2015

Setapak pertama


Hari ni ke shah alam korek ilmu yang sangat bermanafaat bagi aku sebagai seorang yang 0 nowlagde. Berbekalkan semangat nak berjaya dalam bidang yang aku bakal ceburi ini. Bisnes yang aku tunggu-tunggu selama ini.

Setiap bisnes mesti ada turun dan naik.

Produk tabita


Apa-apa hal selfie dulu la. Sebenarnya aku nak bercerita pasal produk yang aku gunakan sekarang. Rasanya ramai yang kenal dengan produk tabita kan.. hasil dari pemakaian produ ini sangat-sangat berpuas hati.

Aku mula pakai produk tabita ni awal bulan 3/2015. Walaupun aku tiada masalah kulit, tetap ingin yang terbaik pada diri sendiri. Siapa lagi kan yang nak jaga diri kita kalau bukan kita sendiri. 

Kepada gadis-gadis dan wanita-wanita di luar sana boleh la call saya di no 017-3502400 untuk keterangan lanjut. 

Ni set trial hanya rm120 sahaja. Berbaloi sangat. Boleh tahan satu bulan seminggu.


Ni testimoni aku sendiri. Memang aku tak ada masalah kulit yang teruk tapi kulit aku kusam. Bila aku pakai tabita ni rasa kembali remaja dan sangat puas hati.