Tiktok Mekyuhhh

Saturday, 21 September 2013

kem bola astro 2013

hari ni gi stadium hang tuah, melaka untuk pemilihan bola tapi hari ni belum tahu lagi terpilih atau tidak. aku doakan along terpilih la...

lepas habis kem tu, dalam lebih kurang kol 5.30 pm sesi tu habis. masing2 dah lapar so alang2 dah sampai melaka mok kita gi makan ikan bakar... so kami gi makan le ikan bakar... masa nak gi restoran ikan bakar umbai, singgah jap dkt gerai coconut shake yang femos tu.

memang terbaik lah coconut shake nya... rugi beli satu, hehehehe.... maksud i satu sorg, aku sorg blh abis 2 cup. putri tak habis.

Monday, 16 September 2013

selamat bertunang shila-ocek

selamat bertunang aku ucapkan kepada sepupu en suami anak kepada bapa saudara nya iaitu shila.

semoga kekal hingga ke pelamin indah... amin. tak ada apa aku nak komen so layan gambr ini.

apa2 hal gambr empunya blog dulu... 


ini emak nya shila

tahniah pezal

kita ucapkan tahniah pada adik aku yang sorang ni... Muhammad Faizal bin Ghazali kerana layak menyambung pengajian ke peringkat degree di UiTM shah alam. hari selasa ni (17.09.13) lapor diri.

semoga lulus dengan cemerlang... amin

Tuesday, 10 September 2013

upsr 2013

hari ni (10.09.13-12.09.13) merupakan hari penting along kerana menduduki peperiksaan upsr. tahun ini adalah tahun terakhir upsr,dengar tahun depan dah takde upsr dah. "ibu sentiasa doakan yang terbaik buat along dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang nanti, amin..."

Thursday, 5 September 2013

anugerah pekerja cemerlang 2013

hari ini aku nak cerita kisah kakak aku yang di sayangi ni. dia dapat anugerah pekerja cemerlang you...

tahniah buat kaklong Rosina binti Ghazali


Monday, 2 September 2013

raya at HQ

ari ni makan lagi dan lagi.... sempena penutup syawal office wing sebelah buat makan2... masing2 bawak makanan.. hepi dapat makan sama kwn opis.


ni baru sebahagian.... xsempat nak snap lg sebab geram... nyum2

Saturday, 31 August 2013

hari gempar SAINS

khamis (29.08.2013) yang lalu kami semua digemparkan dengan satu panggilan yang sangat mencemaskan... "ada bom"

kami semua terpaksa di kerah untuk keluar dari bangunan SAINS serta-merta. pasukan polis serta skuad pengesan dan penghapus bom datang untuk mengesan bom tersebut.

kami semua terpaksa berpanas di luar bangunan untuk menyelamatkan diri. lama juga kami menunggu keputusan dari polis sama ada memang terdapat bom ataupun tidak.

lebih kurang pukul 11.30 pagi barulah kami di arahkan masuk semula ke dalam bangunan kerana polis mengesahkan tiada bom.

kami semua tertanya-tanya kenapa panggilan palsu itu hendak mengganggu SAINS...

muka macam tak takut pun... hehehhe

nilah muka org takut... 
pasukan polis datang membantu...