nak makan apa yea hari nie? ingat nak makan satey.. kena manje2 ngan hubby dulu, heheheheh... harap2 dapat.
| The image failed to load. |

satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa
Selamat Menyambut
Ramadhan
.
Maaf Zahir dan Batin
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina
Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.
Sekian, terima kasih

Di zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang berjanggut nipis atau jarang-jarang sekadar sehelai dua. Semasa beliau mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid, Rasulullah tersenyum dan memalingkan mukanya.
Sahabat itu pun merasa hairan dan dia menyangka Rasulullah s.a.w. senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka kepada janggutnya yang jarang itu.
Keesokkan harinya sahabat lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah s.a.w, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut…
Bertambah hairanlah beliau lalu diajukan pertanyaan kepada Baginda…
“Wahai Rasulullah mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?”
Lalu Baginda menjawab..
” Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu di janggutmu wahai sahabat”…..