Tiktok Mekyuhhh

Thursday, 11 September 2014

Kesini lagi

Aku xnak sakit.... tapi Allah mahu menduga lagi

Jejaka ini

Post kali ni ada kisah sedih sikit. Ni berkenaan seorang jejaka yang amat aku sayangi, sanjungi, hormati...

Dua minggu yang lepas adik aku wasap kami adk brdk berkenaan jejaka tampan ini yang matanya dilitupi selaput. Selaput tersebut telah dijangkiti kuman... bimbang kami bukan biasa2 memang luar biasa bimbang kami adk brdik.

Keputusan doktor pakar dr hospital gomen menyarankan bahawa selaput tersebut perlu dibuang dengan segera. Amat mendukacitakan bila Q jejaka tersebut lagi 2 bulan. Masa yang agak lama untuk ditunggu kerana mata dia perlu dibedah dengan segera.

Kata sepakat dr kami untuk melihat jejaka ini sembuh adalah dengan membuat operate di klinik private. Walaupun kos agak tinggi demi dia kami semua sanggup.

30hb Ogos 2014 satu pembedahan kecil telah dilakukan di klinik pakar yg berada di kuantan. Masih lagi keputusan yang kami harapkan tidak menjadi supaya selepas selaput di buang satu manik akan dimasukkan malangnya mata jejaka ini mengalami sedikit pendarahan. Manik akan dimasukkan pada tarikh yang akan diberitahu kelak.

Allahuakbar... Ya Allah, jagakan dia untukku kerana aku jauh....

Thursday, 4 September 2014

Lamer giler

Memang lama giler aku xupdate blog kesayangan aku ni. Ada lagi x follower aku ni atau dah beralih arah... huhuhu

Sebelum aku update bermacam macam cerita, tgk dlu wajah ayu aku... heheheh

Saturday, 19 July 2014

salam ramadan

lama sangat tak pos apa2 dlm blog kesayangan aku ni. sebelum aku berbicara panjang lebar ingin aku ucapkan pada rakan2 semua selamat menyambut bulan ramadan yang tinggal beberapa hari lagi nak tamat.

kejap je kan, pejam celik dah nak sampai ke penghujung ramadan. dan dah nak masuk bulan syawal.

dalam kita meniti bulan ramadan, dunia digemparkan dengan peperangan di Gaza dan kejutan yang amat dahsyat adalah MH 17 yang ditembak.

syahdu kejadian itu. aku menitis air mata sedih dengan peristiwa yang amat menyayat hati.

aku doakan semoga roh sedara seislam kita aman disana. sama juga di Palastin, semoga mereka dapat tempuh dengan berani... amin

Thursday, 26 June 2014

PENCARIAN 50 BLOGLIST COFFEELOVER

saya pun nak jugak, boleh clik sini untuk maklumat lanjut
Thursday, 19 June 2014

penjahat

semakin hari semakin giat manusia perangai binatang tanpa rasa belas kesian membunuh kanak2 yang tidak berdosa untuk mendapatkan organ dalaman. Ya Allah, adakah ini tanda2 akhir kiamat? manusia tidak takut melakukan dosa. membunuh tanpa belas kesian?

Ya Allah, jauhi anak2 aku, anak2 sedara aku, adik2 aku dan semua kanak2 di dunia dari dianiaya oleh manusia binatang yang rakus mengejar dunia demi kepentingan sendiri. Ya Allah, kau berikan mereka jalan untuk bertaubat.

aku juga muskil kenapa terlalu ramai pencuri organ ini? siapakah dalang disebalik perkara ini? siapa yang membeli????

kepada badan2 yang bertanggungjawab tolong la jaga keamanan rakyat malaysia dari perkara ngeri sebegini.

Ya Allah, lindungi kami dari semua perkara kejam ini... amin

Saturday, 14 June 2014

selamat pengantin baru adik2 ima & kerah

selamat sudah pernikahan dan persandingan adik2 ku... selamat menempuh alam rumahtangga....